Adakah anda salah seorang yang baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2021 yang mengumumkan bantuan terbaru iaitu Bantuan Prihatin Rakyat? Tentu sekali anda sekarang sibuk untuk cari cara daftar BPR dan mula buat permohonan BPR bukan?
Walaupun masih lagi belum rasmi, izinkan kami berkongsi.
Perlukah daftar BPR untuk penerima BPN 2.0?
Seperti yang dimaklumkan di atas, masih lagi belum ada maklumat rasmi. Namun, jika mengikut trend sebelum ini, jika anda penerima BPN 2.0 sebelum ini, iaitu penerima lama, segala maklumat tentang diri anda memang sudah ada dalam sistem. Jadi, jawapan ringkasnya ialah anda tidak perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat. Boleh terus buat semakan BPR apabila dibuka nanti.
Yang di atas tadi ialah jawapan ringkas. Jawapan panjangnya pula, anda sebagai penerima BPN 2.0 sebelum ini, kemungkinan besar anda tidak perlu daftar atau buat permohonan BPR lagi. Cuma anda dikehendaki untuk baca cara kemaskini BPR jika ada apa-apa perubahan.
Jadi apa yang saya perlu buat?
Mudah sahaja.
Kami ulang sekali lagi. Seperti yang diberitahu dalam perenggna di atas, untuk terima Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BPR. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.
Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
- Jika dulu bujang, sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini. Kenapa? Ini kerana amaun bantuan sudah tidak sama.
- Jika dulu sudah berkahwin dan belum ada anak, manakala sekarang sudah ada anak, anda perlu buat kemaskini.
- Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
Bila tarikh boleh apply BPR?
Tarikh untuk apply BPR masih lagi belum diumumkan. Harap bersabar.
Pendaftaran BPR bagi permohonan baru
Seperti yang jangkakan di atas, ini adalah panduan dari BPN 2.0 sebelum ini. Jika anda bukan penerima BPN 2.0, barulah boleh buat permohonan baru BPR.
Memandangkan pautan untuk permohonan baru BPR masih lagi belum dibuka, kami hanya kongsikan mengikut langkah-langkah permohonan BPN sebelum ini. Yang terbaik, rujuk panduan BPR login apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.
Berikut ialah langkah untuk mendaftar BPR, yang kami jangkakan sama seperti BPN 2.0:
- Kami jangkakan, direct link untuk portal rasmi adalah seperti berikut: https://bpr.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Pastikan status semakan anda ialah Tiada Rekod
- Klik butang Permohonan Baru
- Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
- Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
- Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
- Kahwin
- Ibu Bapa Tunggal Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak
- Bujang
- Klik Teruskan untuk meneruskan proses dan cara daftar BPR
- Soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
- Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Seremban
- Klik Teruskan
- Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
- Masukkan Nama Penuh anda
- Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik
- Pilih Kata Kunci Keselamatan
- Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja
- Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
- Antara soalannya ialah:
- Apakah tahun kelahiran ayah anda?
- Apakah tahun kelahiran ibu anda?
- Apakah warna kegemaran adan?
- Apakah makanan kegemaran anda?
- Apakah haiwan kegemaran anda?
- Apakah lagu kegemaran anda?
- Apakah buku kegemaran anda?
- Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
- Apakah sukan kegemaran anda?
- Apakah buah kegemaran anda?
- Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
- Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
- Klik Teruskan
- Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPR sekali lagi
- Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
- Klik Teruskan
- Isikan Kata Laluan
- Isikan Pengesahan Kata Laluan
- Klik Daftar
- Pendaftaran BPN anda sudah berjaya
- Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.
- Anda kini sudah boleh cuba Log Masuk BPR
Maklumat lanjut BPR
Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang proses cara daftar BPR, permohonan baru, kemaskini data dan juga semakan.
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara daftar BPR ini dapat mengurangkan lagi beban anda. Jangan terlalu bersedih jika anda tidak dapat buat permohonan baru. Sila tunggu perkhabaran dari LHDN, mana tahu ada pembukaan untuk daftar BPR yang lain untuk yang tidak layak sebelum ini.
Bagi yang memang sudah layak, boleh refresh semula kaedah bayaran dengan membaca cara buat semakan bayaran BPR dan cara pembayaran BPR.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- Apakah penerima BSH 2020 harus kemas kini balik untuk BPR 2021 ?
Sy sudah berkahwin Dan memang pernah menerima bpn sebelum ini dari dulu..tetapi belum Ada anak..adakah masih boleh terima bpr?
Assalamualaikum
ingin saya bertanya mengenai status BPR2021 saya ,dimana sebelum ini saya telah terima BPN 2020 adakah saya perlu mendaftar semula untuk BPR2021.
Tetapi.. sekiranya BPR2021 berpandukan kepada BSH mulai tahun 2019 nama saya telah dipotong kerana tidak layak kerana mempunyai company . tetapi baru-baru ini saya telah tamatkan syarikat saya itu, kerana sudah lama tidak berfungsi. dan pada 21 Ogos 2020 saya telah membuat rayuan tetapi tidak tahu statusnya.
saya seorang ibu tunggal sebatang kara..berumur 65 tahun ,menghabiskan sisa kehidupan dengan bekerja dengan Badan NGO (kebajikan) pesakit kencing manis dan darah tinggi .
saya amat berharap BPR2021 dapat memberi nafas baru dalam keadaan sekarang ini.
Saya sudah daftar bantuan prihatin sekarang saya nak tanya boleh kah kalau saya tukar numbor akaun yang dulu saya nak masuk numbor akaun saya yang baru sekarang
Saya telah menukar no tel apakah perlu saya mengemaskini permohonan saya
Hilang kerja
assallamualaikum,boleh sy bertanya.adakah sy perlu kemaskini bpr2021,sebelum ni sy dah dapat bpn 2020.
mohd zulfikal bin abd halim
920709095193
Untuk sara hidup
Sy hilang kerja
Tiada kerja 7 bulan sampai skg sebab kedai dah tutup,mohon.bpr.hasil
Salam sejahtera
Saya sudah pun kemaskini Bsh 2021 selama dua kali, tetapi permohonan saya tidak lulus
Sekarang ini saya boleh kemaskini atau membuat permohonan baru Bpr, dokumen telah saya kemukakan dulu, saya perlu hantar semua dokumen sekali lagi ke?, Harap dapat membantu saya.
Terima kasih.