Tarikh Bayaran i-Sinar (Pembayaran Terus Masuk Bank)


Jika anda salah seorang pemohon yang tidak sabar-sabar dan ingin tahu bila tarikh bayaran i-Sinar, ini maklumat berkenaan duit pembayaran i-Sinar bila masuk. Jangan bimbang, duit tetap akan dapat mengikut tarikh yang ditetapkan.

Cuma perlu login i-Sinar dan buat semakan i-Sinar samada sudah lulus atau tidak.

Izinkan kami berkongsi berkenaan bila dapat duit i-Sinar seperti di bawah.

Tarikh bayaran i-Sinar

Menurut sumber Berita Harian, pembayaran bulan pertama iSinar berjumlah RM10.07 bilion.

Kategori 1

Kategori 1: 11 Januari 2021

Dikatakan bahawa tarikh sebenar ialah 11 Januari 2021.

Walau bagaimanapun, pembayaran duit i-Sinar untuk Kategori 1 ini telah  dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari 2021.  Ramai yang berkongsi di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter; bahawa duit iSinar sudah masuk dalam akaun bank mereka.

 

Kategori 2

Kategori 2: Pertengahan Februari 2021

Pembayaran duit i-Sinar untuk Kategori 2 pula masih belum dimuktamadkan lagi. Namun, mengikut sumber KWSP, tarikh bayaran dijangka pada pertengahan Februari 2021.

 

Tidak lulus permohohan?

Anda sudah check status i-Sinar dan jawapannya mengecewakan?

Jangan panik.

Bagi mana-mana permohonan yang masih belum diluluskan, anda sebenarnya berada di dalam kriteria Kategori 2. Anda perlu buat permohonan semula apabila dibuka secara rasmi untuk Kategori 2 pada 11 Januari 2021.

Jangan terlalu taksub tentang bila duit iSinar masuk dan tarikh bayaran i-Sinar. Mohon dahulu. Itu lebih penting.

 

Duit iSinar masuk terus dalam bank?

Sila ambil perhatian bahawa KWSP tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran iSinar. Duit anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih semasa buat permohonan pengeluaran tempohari.

Berikut ialah senarai bank-bank yang tersenarai:

  • Affin Bank Berhad
  • Agrobank
  • Al Rajhi Bank (M) Berhad
  • Alliance Bank
  • Ambank (M) Berhad
  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Islam (M) Berhad
  • BSN
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • EON Bank Berhad
  • HSBC Bank (M) Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • OCBC Bank (M) Bhd
  • Public Bank Bhd
  • RHB Bank BHd
  • Standar Chartered
  • UOB (M) Bhd

Jangan simpan maklumat tentang bila i-Sinar masuk seorang diri. Jika duit i-Sinar anda sudah masuk ke dalam akaun, mohon kongsikan di ruangan komen.

 

Berapa amaun duit i-Sinar yang akan dapat?

Ini bukan macam BPR atau BPN2.0 sebelum ini, di mana jumlah yang akan diterima adalah yang ditetapkan kerajaan.

Bagi iSinar KWSP, ia adalah mengikut syarat dan kelayan yang telah ditetapkan.

Anda akan terima duit mengikut berapa amaun yang anda pilih sendiri. Jika tersilap masukkan amaun, sila buat kemaskini i-Sinar secepat mungkin. Jika belum mohon, sila mohon i-Sinar cepat-cepat, sebelum terlambat.

Selepas selesai permohonan dan semakan, barulah boleh fokus pada tarikh bayaran i-Sinar. Junggu sahaja duit masuk.

 

#1 Kategori baki > RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, anda boleh buat pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
  • Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan
  • Jadi anda akan terima RM10,000 dahulu dan bulan seterusnya ialah RM10,000 setiap bulan.

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM100,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 sahaja melalui iSinar KWSP. Kenapa cuma RM10,000? Ini kerana jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan cuma RM10,000 sahaja.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM500,000 dalam Akaun 1, anda dibenarkan untuk mengeluarkan RM50,000. Ini kerana 10% dari RM500,00 ialah RM50,000. Itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM800,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM60,000 juga. Tapi, 10% dari RM800,000 kan RM80,00? Kenapa tak boleh keluarkan sebanyak itu? Seperti dimaklumkan, ini kerana RM60,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

#2 Kategori baki < RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000 sahaja.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.
  • Jadi, anda anda menerima bayaran pertama sebanyak RM4,000 dan seterusnya RM1,000 setiap bulan.

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM4,500 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM4,400 sahaja melalui iSinar KWSP. Ini kerana baki minimum dalam akaun yang perlu ditinggalkan ialah RM100.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM10,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM9,000 sahaja. Ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM80,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM9,000 juga. Seperti dimaklumkan, ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

Maklumat lanjut berkenaan iSinar

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai, permohonan, kemaskini, semakan, tarikh bayaran i-Sinar atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

 

Akhir kalam

Tahniah pada yang sudah terima duit pembayaran iSinar. Bagi yang masih menunggu bila i-Sinar masuk, bersabarlah. Pastikan anda sudah buat semakan i-Sinar. Bimbang tunggu lama-lama, rupanya tidak mendapat kelulusan.

Teruskan check status i-Sinar melalui portal i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my

Diharapkan agar perkongsian tarikh bayaran i-Sinar ini dapat melegakan hati anda. Bila sudah dapat duit nanti, jangan berbelanja sesuka hati. Simpan untuk masa depan.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Tarikh Bayaran i-Sinar (Pembayaran Terus Masuk Bank)

15 thoughts on “Tarikh Bayaran i-Sinar (Pembayaran Terus Masuk Bank)”

  1. Bagus dgn info yg saya terima ni . Thanks a lot.. # my money already on my personal acc , maybank. Bcause i rgster early on DEC2020 ..

    #
    Love gov
    #fight your right . .

    Reply
  2. Tarikh kemasukkan isinar bg kategori 1 utk bulan Feb dn seterusnya, ialah mengikut tarikh pengeluaran yg Kali pertama

    Reply
  3. Saya pernah mohon untuk kategori 1 tapi tak diluluskan dengan amaun RM4000. Kemudian saya mohon untuk kategori ke 2 dan saya mohon dengan amaun RM10000 dah diluluskan alhamdulillah. Untuk interim RM1000 saya dah terima.. Tapi untuk yang seterusnya saya cuma dapat RM1000.Bukan ke kebiaasaannya akan dapat lebih besar sebanyak RM5000? .. Maaf saya cuma bertanya.. Takut ada tersilap langkah..

    Reply
  4. 12hb January K1 lulus dan saya dah terima pengeluaran yg saya mohon,dan dalam jadual yg di sertakan setiap bulan selama 6bln ia akan di kreditkan ke dalam acc bank saya,tetapi sungguh sedih dan mengecewakan tuk bulan kedua Febuary hingga sekarang saya tidak terima lagi,padahal dlm akaun kwsp saya masih dalam jumlah yg sama sebelum saya keluarkan,kenapa dan apa masalahnya?saya mohon sama seperti mana i lestari sebelum ini..pada 8hb mac saya buat kemas kini dan menukar no hp,ingin tukar amaun tapi ruangan itu di klik tapi tidak berfungsi saya menukar amaun tapi tidak jadi sebab ruangan pindahan itu tidak boleh di tanda,mungkin di sebabkan network line yang lembab dan kerap berubah2 jadi terganggu lalu saya out tapi tak di benarkan saya di minta mengisi salah satu pindHan itu Saya pilih pindah no telefon,dan masukan no pin yg di sms,tapi bila saya semak no lama masih di guna..dan 10hb mac lepas dlm akaun maybank saya ada rm60 dari kwsp..tapi tiada sms dari kwsp…Rm60 itu bayaran apa ya?klu itu i sinar yg saya mohon,saya tidak terima sebab saya tidak ada mohon Jumlah itu…gilaa..saya ini makan pun bercatu berkais dengan kerja tk der sejak pkp ini,saya hidap asthma gerak ke kwsp pun saya bimbang kerana berisiko tinggi,saya mengharap duit kwsp saya tuk perubatan saya yg dah habis bekalku,saya sabar tunggu hingga hari ini tapi sungguh Kwsp bertangguh2 atau mempermainkan saya dengan Rm60 tuk makan sebulan,tuk ubat,tuk modal niaga kecil yg baru saja saya mulakn di january tapi kerana kwsp pending usaha saya terhenti…saya tidak minta duit org saya minta duit saya dan saya fikir jika pihak kwsp rasa sulit atau sibuk mengurus simpanan pencarum kwsp,saya minta maaf,saya call kwsp haram sekali pun tak berjawab atau di terima..hingga kredit saya habis..saya harap pihak kwsp hubungi saya di Alamat Gmail ini segera…SAYA MOHON KEPERDULIAN PIHAK BERKAITAN..jika isnin iniasih tiada respond,saya ucapkan terima kasih dan saya tidak percaya lagi dengan pihak kwsp yg banyak samun yg di kemas dan di baiki hingga begitu prihatin pada pencarum seperti saya yg hanya layak terima kecewa..

    Reply
  5. Yang kemaskini amount 8 mac haritu bila dan mcm mana nak dapat tahu bila bayaran akan dibuat? Bila semak dekat semak status dia keluar yg lama ‘lulus dan pembayaran akan dibuat 15januari bg acc bank, 19januari bagi PO. masalahnya skng nak tahu yg amount baru dikemaskini 8 mac haritu sb tersalah masukkan amount pada awal permohonan dulu. Mcm mana sy nk tahu lulus atau tak dan bila start pembayaran. Lagi2 melalui pembayaran PO. Kerana saya terima pembayaran melalui PO. Semalam 15 March ada 2kali panggilan dari kwsp petaling Jaya tp saya tak sempat angkat kerana tengah solat. Jd saya musykil apakah panggilan semalam itu utk memberitahu yang saya sudah boleh datang kwsp untuk terima pembayaran melalui PO sy?? Saya sudah call balik berkali2 no kwsp tapi tak dilayan hm

    Reply

Leave a Comment