Cara Permohonan Gerak Malaysia (gerakmalaysia.gov.my)


Bagi mereka yang terkandas di kampung sejak PKP 1 pada 18 Mac 2020, anda kini boleh balik semula ke rumah anda. Walau bagaimanapun, anda perlu buat permohonan dan pendaftaran terlebih dahulu menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Jadi, izinkan kami kongsikan cara permohonan Gerak Malaysia secara online.

Jika anda sudah isi permohonan tetapi ada kesilapan, sila kemaskini maklumat data peribadi Gerak Malaysia terlebih dahulu.

Bagi mengetahui status kelulusan, samada dapat permit atau tidak, sila buat semakan Gerak Malaysia.

Permohonan balik kampung pelajar IPT

Untuk makluman, berbeza dengan orang biasa, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti yang terkurung di kampus, tidak perlu buat permohonan balik kampung semasa PKP.

PENTING

Ini BUKAN SALURAN RASMI  untuk permohonan, kemaskini dan semakan Gerak Malaysia.

Sila hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat rasmi yang sahih dan lebih tepat.

Makluman dari Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Pada masa anda membaca perkongsian ini, anda juga mungkin telah menerima SMS dari MKN yang berbunyi

“Muat turun aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon permit pergerakan dengan menggunakan kod QR bagi kelulusan PDRM semasa PKP”

Teruskan membaca di bahagian bawah untuk mengetahui cara-cara untuk muat turun, isi borang, hantar, kemaskini dan buat semakan Gerak Malaysia, samada lulus atau tidak.

 

Apa itu Gerak Malaysia

Cara daftar Gerak Malaysia rentas negeri

Dalam bahasa yang mudah, Gerak Malaysia adalah suatu usaha atau inisiatif dari kerajaan Malaysia.

Aplikasi Gerak Malaysia boleh mengesan kedudukan anda dengan syarat anda menghidupkan GPS. Ia juga dipanggil pengesanan kontak.

Maka, ini akan membolehkan kerajaan menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus dengan lebih berkesan.

Cara buat permohonan Gerak Malaysia

Permohonan Gerak Malaysia online

Ingin kami kongsikan di sini, jika anda menggunakan peranti Apple iOS, app Gerak Malaysia ini, antaramukanya  hanya ada dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga dengan peranti Android dan Huawei.

Walaupun begitu, jangan risau.

Kami akan kongiskan langkah dan panduan mudah dalam Bahasa Melayu.

Ikuti cara-cara di bawah:

  1. Download app Gerak Malaysia
    • Klik sini untuk download di App Store, jika anda gunakan Apple iPhone
    • Klik sini untuk download di Google Play, jika anda gunakan Android
    • Klik sini untuk download di Huawe AppGallery, jikan anda gunakan Huawei
  2. Install sehingga selesai
  3. Buka aplikasi Gerak Malaysia
  4. Akan keluar beberapa gambar dan penerangan
  5. Slide sehingga habis
  6. Klik Let’s get started
  7. Sekarang anda akan berada di ruangan Verify your mobile number
  8. Masukkan nombor telefon bimbit anda
  9. One Time Password (OTP) dalam bentuk SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda
  10. Sila buat pengesahan dengan memasukkan 6 digit Verification Code untuk buat pengesahan
  11. Anda akan diminta untuk buat pendaftaran di ruangan Register
    • Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
    • Masukkan Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
    • Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, anda perlu masukkan alamat kampung.
    • Masukkan Bandar di ruangan City
    • Masukkan Poskod di ruangan Postcode
    • Pilih jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
    • Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
    • Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Passport, masukkan Nombor Passport anda
    • Masukkan email di ruangan Email
    • Jika tidak ada email, abaikan sahaja ruangan itu
  12. Klik Continue
  13. Klik Yes untuk berkongsi lokasi peranti anda
  14. Klik Allow untuk memberikan kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti anda
  15. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
  16. Setelah selesai pendaftaran, akan akan diminta untuk tekan butang Generate QR Code bagi memohon permit
  17. Anda akan diberikan pilihan seperti:
    • Membeli Makanan dan Keperluan Harian
    • Rawatan Perubatan
    • Kecemasan
    • Aktiviti-aktiviti Perlu
    • Membeli barangan dapur
    • Pergerakan Antara Negeri
  18. Untuk Perjalanan Antara Negeri, selepas Generate QR Code, anda akan menerima maklumat berikut “Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.
  19. QR Code ini akan diimbas oleh pasukan PDRM di mana-mana road-block sepanjang perjalanan anda

 

Muat turun aplikasi Gerak Malaysia

Izinkan kami letakkan sekali pautan untuk muat turn aplikasi Gerak Malaysia di sini

  • Jika anda gunakan iPhone yang menggunakan Apple iOS, boleh muat turun di App Store.
  • Jika anda gunakan telefon jenis Android, boleh muat turun di Google Play.
  • Jika anda gunakan telefon jenama Huawei, sila buat carian “Gerak Malaysia” di Huawei AppGallery.

 

Kemaskini cara isi borang Gerak Malaysia, ruangan Residential Address

Ini soalan paling popular juga.

Terima kasih pihak MyGCC yang mengesahkan perkara ini.

Kemaskini Residential Address Gerak Malaysia

Bagi yang tidak berapa faham berkenaan dengan Residential Address, anda perlu meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS.

Selain itu, anda wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.

 

Masalah Rooted Device Detected, semasa install Gerak Malaysia

Pihak MyGCC juga sudah memberikan maklumbalas tentang perkara ini.

Rooted Device Gerak Malaysia app

Jika anda menggunakan telefon jenis Android dan pernah buat sesuatu untuk dapatkan akses root untuk telefon tersebut, besar kemungkinan anda akan menerima masalah untuk install.

Mesej yang diterima ialah “Rooted Device Detected. This app is not supported by rooted devices”.

Anda perlu dapatkan bantuan teknikal di alamat email di bawah.

Jalan alternatif yang lain ialah anda perlu buat permohonan bertulis dari balai polis berdekatan.

 

Jadual perjalanan semasa PKP

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

7 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari:
Kuala Lumpur

 

8 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

  • Perak
  • Johor
  • Kelantan

 

9 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Melaka
  • Pahang

10 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Terengganu

Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Terengganu. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 10 Mei 2020 sahaja.

 

Perjalanan Gerak Malaysia adalah SEHALA, bukan DUA HALA

Gerak Malaysia perjalanan sehala, bukan dua hala

Ramai juga yang bertanya, “Mak saya sekarang terkandas di Shah Alam. Kalau saya nak hantar mak yang nak balik kampung di Johor Bahru, dan selepas itu saya nak balik semula ke Shah Alam, boleh ke?

Jawapannya, TIDAK BOLEH.

 

Permohonan balik kampung rentas negeri (semasa PKP)

Terlalu ramai yang bertanya, adakalah ini permohonan untuk balik kampung sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Bukan.

Permohonan Gerak Malaysia ialah permohonan balik bandar selepas terlalu lama terperangkap dan terkandas di kampung.

Secara ringkasnya:

  • Balik ke bandar (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
    Mohon melalui Gerak Malaysia
  • Balik ke kampung (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
    Mohon melalui Gerak Malaysia
  • Balik kampung mak ayah / mertua untuk sambut Hari Raya sempena PKP
    Tidak dibenarkan
  • Balik kampung mak ayah / mertua untuk sama-sama berbuka puasa bulan Ramadan semasa PKP
    Tidak dibenarkan
  • Balik kampung mak ayah / mertua untuk jumpa orang tua sewaktu PKP
    Tidak dibenarkan

Contoh rentas negeri adalah seperti berikut:

  • Dari Terengganu, mahu balik ke Selangor
  • Dari Kelantan, mahu pulang semula ke Kuala Lumpur
  • Dari Kedah, mahu balik ke Pahang
  • Dari Melaka, mahu pulang ke Perlis
  • Dari Negeri Sembilan, mahu pulang ke Perak

 

Infografik Gerak Malaysia

Berikut ialah rangkuman dan ringkasan dalam bentuk visual oleh Bernama.

Permohonan pergerakan antara negeri

 

Download borang rentas negeri (tiada app Gerak Malaysia)

Bagi orang ramai yang tidak mempunyai telefon bimbit untuk install app Gerak Malaysia, ada satu lagi cara permohonan Gerak Malaysia, iaitu menggunakan borang manual.

Anda perlu mencetak dan mengisi borang berkenaan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kelulusan.

Walau bagaimanapun, borang ini hanya tertakluk kepada orang awam yang berada di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon membuat pergerakan.

Permohonan manual ini boleh dibuat bermula bila-bila masa. Selepas itu perlu membuat janji temu dengan balai berdekatan bagi urusan penghantaran borang bagi mengelakkan kesesakan.

Kelulusan akan diberikan pada hari sama selepas borang berkenaan diserahkan.

Borang download borang rentas negeri dalam bentuk PDF di sini: https://www.lpkpm.org.my/uploads/BORANG%20KEBENARAN%20RENTAS%20NEGERI.pdf

 

Soalan lazim mengenai GerakMalaysia

Bila boleh semak status permohonan Gerak Malaysia?

Semakan status permohonan Gerak Malaysia akan dimaklumkan bermula pada 1 Mei 2020 nanti.

Bila boleh mula bergerak dari kampung ke bandar?

PDRM memberi masa tiga hari iaitu pada 1-3 Mei 2020 bagi orang ramai melakukan pergerakan antara negeri (inter-state).

Saya tak pandai guna app Gerak Malaysia. Apa nak buat?

Jangan bimbang. Permohonan Gerak Malaysia juga boleh dibuat secara bertulis di balai polis berdekatan. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia. Boleh ikuti cara buat permohonan Gerak Malaysia seperti di atas.

Adakah saya perlu kemaskini Gerak Malaysia?

Ya. Mereka yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia perlu kemaskini permohonan pada 29 April 2020 untuk mengesahkan destinasi perjalanan.

Saya akan gunakan highway. Kedai makan buka atau tidak?

Bagi sesiapa yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), adalah diingatkan bahawa, tiada sebarang kemudahan makanan akan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R)

Saya nak solat di surau di lebuhraya. Boleh ke?

Surau-surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan. Ini termasuk di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta dan lain-lain

Saya bawa keluarga dan anak-anak kecil. Takut anak nak terkencing. Tandas di highway PLUS buka atau tidak?

Ya, boleh guna tandas. Perlu diingatkan, hanya fasiliti tandas sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Di R&R, bolehkah saya jalan-jalan keluar untuk rehat dan ambil angin?

Kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat sahaja. Pengguna lebuh raya tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.

Stesen minyak di highway buka atau tidak?

Stesen minyak hanya akan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melalukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.

Macam mana nak tahu lebih lanjut tentang Gerak Malaysia?

Kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gera kMalaysia akan dikeluarkan. Ini akan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April 2020 mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan anda lancar dan teratur

Di ruangan Residential Address, perlu masukkan alamat kampung mak saya atau alamat rumah saya di bandar?

Residential Address ialah yang anda TERKANDAS sekarang.

Apa maksud Rentas Negeri?

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipangil Interstate Travel. Contohnya, dari kampung di Kota Bharu, Kelantan dan mahu kembali ke Shah Alam, Selangor.

Saya guna Android rooted device. Adakah boleh download dari Google Play atau perlu download APK?

Untuk download dari Google Play Store menggunakan Android rooted device, belum dapat dipastikan lagi. Anda boleh cuba dan kongsikan dengan kami. Dan berkenaan APK, mengikut pemahaman kami, tidak ada Gerak Malaysia APK. Perlu download terus dari Google Play Store

Benarkah ada Gerak Malaysia online application form, atau borang online yang perlu diisi?

Tidak ada online application form bagi Gerak Malaysia yang boleh diisi menggunakan web browser atau sistem online. Anda memerlukan smartphone dan perlu download app Gerak Malaysia. Borang permohonan ada dalam app ini.

Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut

Hasil penelitian kami, tidak ada nombor telefon yang boleh dihubungi.

Walalu bagaimanapun, jika anda mahu maklumat lanjut dan bantuan berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email di bawah:

Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my. Terdapat maklumat sahih dan lengkap, termasuk FAQ yang bakal menjawab segala persoalan anda.

 

Akhir kalam

Manfaatkanlah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini.

Janganlah pula buat perkara yang bukan-bukan dan melanggar undang-undang.

Hati-hati memandu. Jika mengantuk, baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.

Diharapkan agar cara permohonan Gerak Malaysia ini akan menghilangkan kerisauan anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • borang gerak malaysia
  • borang permit rentas negeri pdf
  • gerak malaysia apk
  • gerak malaysia pkp
  • gerak malaysia residential address
  • IPD memohon merentas negeri untuk bekerja
  • Kalau kena pergi kerja kena apply permohononan rentas nwgeri ke?

73 thoughts on “Cara Permohonan Gerak Malaysia (gerakmalaysia.gov.my)”

  1. sy ni terpisah dgn family(isteri dan anak)sbb sy hantar semasa cuti persekolahan,jadi stuck di kampung semasa pkp,Jadi sy nak ambil isteri dan anak di kampung pulang ke bandar,sbb sy bekerja..so dalam apps gerak malaysia tu alamat mana yg perlu sy isikan,alamat kg. @ alamat tmpt tinggal di bandar..Mohon bantuan klw siapa2 yg tahu.

    Reply
    • Polis bagitau yg rentas negeri ni hanya untuk satu hala saje,kalau pergi kampung lepas tu nak balik rumah sendiri balik tak boleh..

      Reply
    • En.Azmirul, boleh mohon di Balai Polis berdekatan. Kita tulis surat dan tunjuk sebab/ alasan tersebut. Alasan nak ambil isteri dan anak, cth ada istri ada appointment di klinik atau sebab munasabah yg lain. Cth:Anak perlu pulang krn dah lama tidak buat kerja sekolah (alatan di rumah). Jika dibenarkan, polis akan cop pada surat kita buat.

      Reply
  2. Saya tinggal di Batang kali selangor – nak ambil anak di Shah Alam ( berlajar di Politeknik Shah Alam dan duduk dirumah sewa di kawasan tu @ macamnana caranya

    Reply
  3. Ibu saya terperangkap dirumah saya di bandar (Telok Panglima Garang Selangor ) dan ia ingin kembali ke kampung ,(Kampung Gajah Perak). Adakah saya boleh mengunakan aplikasi gerak Malaysia ini untuk menghantarnya pulang ke kampung.

    Reply
    • Mcm situasi sy..sy dn ank2 mmng mnetap di kampung brsama ibu dn ayh …tp awl cuti sklh sy tlh ikot kkak sy ke rumh dia di phg…dn skrg sy dh kira stuck di rumh dia..jd mslh sy skrg boleh kh sy nk blik ke kmpg??dan klu sy nk blik ke kmpg kakk sy yg kna hnta sy..slps hnta dia kna blik smula ke rumh dia…jd adkh kakak sy nt kna mohon kbnrn laen utk blik ke rumh dia…??

      Reply
  4. Saya tinggal di sepang, anak-anak dan isteri tinggal berjauhan. Sejak PKP kami tak dapat berjumpa. Boleh tak saya buat perjalanan merentasi negeri.

    Reply
  5. Saya berada di Terengganu semenjak PKP dikuatkuasakan. Saya tersilap menekan butang QR Code yang sepatutnya adalah interstate tetapi tertekan essential activities. Adakah cara untuk saya perbetulkan kesilapan ini. Mohon bantuan dari pihak tuan / puan. Sekian Terimakasih.

    Reply
    • Hai sya dari sandakan.adik saya terkandas di kota kinabalu sebelum pkp..duit dah habia buat sewa bilik beli makanan.boleh ka saya dari sandakan ambil dia ke kota kinabalu

      Reply
  6. Saya bekerja dan tinggal di kuantan tapi sekarang saya berada di rumah keluarga di jerantut. Saya perlu bergerak pada 2 mei juga atau macam mana ?

    Reply
  7. Saya berkerja dan tinggal di johor tapi sekarang saya nk pulang ke putrajaya sbb sy dh berhenti keja dkt johor…klau org yg xada kenderaan mcm mna plak ye? Untk pulang ke kampung

    Reply
  8. Saya berada di Johor, boleh kah saya ingin mengambil anak saya yang berada diterengganu semenjak PKP bermula dan membawanya pulang ke johor

    Reply
  9. macam mana pula dengan saya tersekat rumah saudara nak balik ke rumah sendiri dan tiada kenderaan untuk balik ke rumah sendri?

    Reply
    • Saya nak buat pertanyaan.. Sy dari negeri sembilan untuk merentas negeri kelantan untuk mengambil anak dan bini yang sudah sebulan lebih berada di kelantan di rumah adik wife.. Dalam online gerak malaysia.. Cuma bagi 3 hari.. Masalahnya sekarang untuk pergi ke Kelantan mengambil masa 7 ke 8 jam.. Dengan Ad anak kecik.. Takkan nak balik hari…

      Reply
  10. I can’t download the GERAK MALAYSIA App on my phone can I use my Father phone for Apply? Or need to Go Nearest Police Station Fir apply?

    Reply
  11. Saya punya ibu bapa yg terkandas di sabah. Alamat dan tempat tinggal mereka di johor. Mereka pergi disana atas urusan keluarga pada 9 march 2020 lalu. Boleh dapat pelepasan pulang kekediaman sendiri? Kami risau dengan keaadan beliau disana dengan usia mereka 60tahun keatas.

    Reply
    • Hai saya nak tanya saya sekarang dekat sarawak saya nak balik ke tempat tinggal saya di ipoh perak tapi saya ambil flight dari kuching ke kuala lumpur ada kah saya perlu bergerek pada 1mei ataupun 3 mei ya?

      Reply
  12. Salam…
    Saya mak ayah terperangkap dirumah saya kat Subang…boleh tak membuat permohonan untuk mereka pulang ke Kedah

    Reply
  13. Saya terkandas di kg di perak..saya nak balik rumah saya di sarawak..boleh dapat pelepasan naik flight rentas negeri ke?

    Reply
  14. Sy duduk johor..anak tinggal dekat kampung ( Ayer hitam) sebelum PkP.. sy ingin ambil anak di kampung…jd alamat di apps gerak Malaysia mahu tulis alamat Mana? Mohon pencerahan..terima kasih

    Reply
    • Saya & anak saya terkandas di kampung saya di kelantan, balik sebelum PKP lagi pada 13 Mac 2020 tumpang anak saudara balik kampung sebab Ayah sakit & adik kemalangan, saya dah isi online gerak malaysia untuk saya & anak tetapi untuk balik ke Kuala Lumpur saya tiada kenderaan macamana ya?????
      Soalan saya bolehkah suami saya dari Kuala Lumpur datang ambil saya & anak dekat kelantan…masa sangat terhad

      Reply
  15. Saya berada di pahang. Anak saya berada di selangor di rumah adik saya. Saya ingin membawa anak saya pulang ke pahang. Anak saya terkandas di
    selangor Sebelum pkp lagi. Saya telah daftar di apps gerak Malaysia.

    Reply
  16. Saya berada di pahang. Anak saya berada di selangor di rumah adik saya. Saya ingin membawa anak saya pulang ke pahang. Anak saya terkandas di selangor sebelum pkp pagi. Saya telah daftar di apps gerak Malaysia.

    Reply
  17. Saya berada di Pahang. Sebelum pkp anak saya telah pergi rumah adik saya di Selangir. Saya ingin membawa anak saya pulang ke rumah saya di Pahang. Saya telah mendaftar dia aplikasi apps gerak Malaysia.

    Reply
  18. Salam…saya mcm mne ya…saya dari selangor nak balik ke kampung memang rumah saya kat kampung anak isteri ada kat kampung…sebelum pkp saya pergi rumah anak sedara saya untuk beberapa hari…jadi bila saya nak balik pkp dah pun mula saya terkandas di selagor…apa perlu saya buat sbb dah sebulan lebih dah saya duduk kat sini…jdi apa perlu saya buat adakah saya perlu isi borang garak malaysia
    Atau pergi ke balai polis…
    Harap boleh m’
    bantu

    Reply
  19. Saya seblm pkp suami saya antr saya blik kg dekat yan kedah…saya sebenarnya tggl langkawi…jadi saya nk blik umah saya kt langkawi….suami saya nk dtg ambik saya ….dia dari langkawi nk ke yan blh kh dia dtg ambik saya dgn anak sya…satu lg kalau suami saya blh ambik saya ….masa saya nk blik sana abg saya akan antr saya anak suami saya pergi jeti blh ka naik kenderaan lbh dari 2 owg

    Reply
  20. Situasi saya ialah , atuk saya (88 tahun) dihantar oleh bapa saudara saya ke rumah saya di Seremban pd 7/3/20, rancang untuk dtg 2 minggu sahaja. Skrg dah terkandas, dan sekarang murung dan setiap hari suruh hantar balik ke rumahnya di Kluang, Kg. Dato Abdul Rahman Yasin (rumah tetap di Kluang, tinggal bersama makcik saya).

    Boleh ke buat permohonan melalui “Gerak Malaysia”? Masalahnya jika saya berjaya hantar atuk saya balik ke Kluang, bagaimana pula saya akan balik ke Seremban pd hari yg sama. Tentu saya perlukan document juga untuk melepasi semua road block.
    Jadi adakah perkara seperti ini difikirkan oleh pihak yg berwajib. Kerana borang yg disediakan hanya perjalanan one way sahaja.
    Jadi saya harap kes seperti ini mendapat perhatian.

    Reply
  21. Situasi sy..sy dgn ank2 Kat kg..suami Kat rumah kami..jika suami dtg ambik sy Dan ank2 pd Hari yg sama pulang kerumah kami..boleh ke buat demikian,,

    Reply
  22. Apps yg sy download ni rooted device..Bolehkah saya menggunakan telefon keluarga untuk permohonan Gerak Malaysia ni?

    Reply
  23. Sy nak tnye.kalau sy nak ke klia daripada perak mcm mne ye sbap sy x da kenderaan.ada pengangkutan di sediakan ke?.

    Reply
  24. Kalau dari kk p kg rnau balik ble kh tu? Ssb slma pkp ny xkja ..sewa rmh pn ssh nk byr so nk plng kg..mohon jwp ea ble atw x.??bb sia pn ad ank2 nk stay kg bb xad krja kcian ank2 ikt sngsra klw d bndr …klw d kg xssh nk hdp…plzzz sngt tlg bri kbnrn dgn suami plng ke kg ..

    Reply
  25. Klu diluluskan permohonan balik, dari rumah di kg ke airport dan ke rumah sendiri perlu ada surat kebenaran polis yg lain atau memadai dgn qr code drp apps Gerak Mlysia shj?

    Reply
  26. Assalam mu alaikum…..
    Saya nak tanya pada pihak berkuasa mengenai masalah yang sedia ada ini.
    Masalah nya jika seseorang itu tinggal keseorangan dan mempunyai isteri dua tiga tempat tinggal yang berlainan negeri. Bagaimana ya?

    Reply
  27. Mcm mana pula dgn Sabah/Sarawak?
    Situasi sy sbelum pkp sy dh minta berhenti kerja kira nak balik Miri hujung bln 3 tak tau pula jd mcm ni.. Sbab sbelum berhenti kerja kena hantar notis berhenti sbulan sbelum bhenti.. Jd awal bln 3 sy dah hantar notis bhenti kerja… Skrg tkandas dh nak balik Miri pun sy dh tak boleh dah.. Dalam keadaan pkp ni sgt2 rumit rasanya utk sy… Dgn tak kerja mcm ni.. Jauh dari family.. Satu bantuan pun kita tak dapat..mmg sgt rumit rasa nya…nak mohon balik tapi kenderaan sendiri pun tak ada.. Terkandas dkt kapit nak balik Miri.. Jadi apa yg perlu sy buat?

    Reply
  28. Kalau kita nak balik dari Selangor ke Sarawak guna app nie bolah ke.. Sebab saya baru hbis belajar nak balik ke rumah saya di Sarawak

    Reply
  29. Masaalahnya tuan pegawai yang uruskan page in tak jawab soalan yang dikemukan. Tolong le jawab soalan Yang dikemukakan. JAWAPAN DARI TUAN AMAT DIPERLUKAN. Sekurangnya take soalan bertindih. Terima KasIh.

    Reply
  30. Assalamualaikum saya nak tanya…saya terkandas sejak pkp di rumah mak saya di Rawang Selangor…saya ingin balik ke rumah saya di Pahang…anak anak saya sudah 2bulan x jumpe ayahnya di Pahang…suami saya keje di Pahang…adakah saya boleh balik melalui grab ke rumah saya di Pahang

    Reply
  31. Assalamualaikum saya nak tanya…saya terkandas sejak pkp di rumah mak saya di Rawang Selangor…saya ingin balik ke rumah saya di Pahang…anak anak saya sudah 2bulan x jumpe ayahnya di Pahang…suami saya keje di Pahang…adakah saya boleh balik melalui grab ke rumah saya di Pahang

    Reply
  32. SAYA TINGGAL DI KUARTERS, SYARIKAT YANG SAYA BEKERJA AKAN BERHENTI OPERASI SEHINGGA 26 MEI 2020, TIDAK ADA KELENGKAPAN UNTUK MEMASAK DI KUATERS. BAGAIMANA SAYA NAK PULANG MENGGUNAKAN APP GERAK MALAYSIA TETAPI MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAN SEBAGAI CONTOH DARI KUALA PERLIS KE KL MENAIKI BAS DAN KL KE PAHANG MENGGUNAKAN GRAP ATAU TEKSI. MOHON PENJELASAN.

    Reply
  33. Salam, saya sekarang dekat KUALA LUMPUR saya nak balik ke tempat tinggal saya di PULAU PINANG, adakah saya perlu bergerak pada 2 MEI?

    Reply
  34. Saya wan dari johor baharu..nak tanya..bolehkah saya mohon permit gerakanmalaysia antara negara..iaitu antara batam indonesia ke johor..kerana adik saya sekarang berada di batam dan kerja dan punya rumah sewa di johor baharu..harap maklum.

    Reply
  35. Assalam.. Boleh sye tnya x.. Sye skrg dkt manjung perak nk blik kl.. Tpi xde knderaan sbb sye merantau dan sye bru kne buang kje .. So nk blik kl umh family.. Nk tnye ad bas x..

    Reply
  36. Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya Rahmah. Saya dah downdlord aplikasi Gerak Malaysia dan dah isi borang permohonan, dan dah ada qr kod, tetapi setelah saya keluar dari aplikasi, qr kod utk travel(merentas negeri saya telah hilang dari aplikasi tu, sya cuba lagi cek dah tak ada, sedangkan saya nak merentas Negeri balik ke rumah saya. Qr cod kesihatan, shopping, dan lain² ada pula sedangkan qr cod yg lain tu saya tak perlukan. Saya hanya nak qr cod utk merentas negeri balik ke rumah saya sahaja. Terima kasih.

    Reply
  37. Hai,, saya nak tanya,, situasi saya sekarang ni terkandas di rumah kawan saya and then ibu saya nak datang ambil bagaimana?? Sebabnya dibenarkan hanya one way tetapi ini sudah dua way kerana ibu saya mahu bawa saya pulang ke rumah,, tolong selesaikan ini ,,terima kasih

    Reply
  38. Bagaimana pula untuk pemohon di sarawak?seperti saya yang terkandas di kampung semenjak pkp bermula yang ingin balik ke bandar batu kawa,kuching iaitu balik ke rumah suami?

    Reply
  39. Saya tersilap isi online.. Residential address tu alamat terkandas ke.. Saya nk balik ke kulim jumpa anak dan isteri.. dah sebulan sy duduk kat kampung saya.. Sampai sekarang tiada jawapan.. Perlu x saya pergi ke balai polis berhampiran.. Semalam sy dah pergi balai polis bt permohonan.. Sarjan suruh tunggu keputusan.. Sampai sekarang x keluar lg keputusan..

    Reply
  40. Saya nak balik dari Segamat ke tampat tinggal saya di Johor Bahru. Saya rasa ini merupakan perjalanan dalam negeri Johor dan bukan interstate travel, perlukah saya membuat permohon di Gerak Malaysia App?

    Reply
  41. Saya juga tersilap dengan mengisi residential address. Tadi baru membuat edit pembetulan, tetapi gerak malaysia app tidak generate ruang untuk mengisi destinasi yang saya nak tujui. Adakah ini akan menjejaskan permohonan saya?

    Reply
  42. Saya bekerja di USJ selangor tetapi setiap hari saya bergerak secara ulang alik dari rumah saya laitu di Seremban.Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan seperti ini?

    Reply
  43. Boleh tak kami di Sarawak pergi ke ladang yang berada di daerah/bahagian lain bersempadan. kami sudah pergi ke balai, dan belum beri alasan sudah ditolak. Saya rasa terlalu kejam kalau melarang untuk ke ladang sedangkan tidak ada sambungan rantai covid di ladang. Ynag ada monyet.

    Reply
  44. To whom it may concern :-

    Is interstate travel still allow to apply for ?

    Caused my Boss need to travel from Kuala Lumpur to Johor due to emergency work request from Johor (HQ company).

    Thanks in advance for your kind assistance.

    Reply

Leave a Comment