Tentu sekali menggembirakan apabila keluar berita tentang BPN 2.0 baru-baru ini. Bagi sesiapa yang memang sudah sedia lulus sebelum ini, untuk BPN 2.0, semakan masih lagi perlu dilakukan. Ini kerana kalau lulus sebelum ini dalam BPN 1.0, tidak semestinya lulus semakan BPN 2.0 juga. Ini adalah tertakluk kepada proses kemaskini BPN 2.0 yang perlu dibuat oleh pemohon.
Langkau artikel ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat yang baru sahaja diumumkan dalam Bajet 2021; dan juga bila permohonan BPR boleh dibuat.
Jika anda pemohon baru, langkau terus artikel ini untuk buat pendaftaran BPN 2.0 dan juga permohonan baru BPN 2.0.
Izinkan kami berkongsi bagaimana untuk semak status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank seperti di bawah.
Bila boleh buat semakan BPN 2.0?
Seperti yang dimaklumkan oleh LHDN dalam Soalan Lazim, tarikh untuk buat semakan BPN 2.0 adalah sama dengan tarikh permohonan baru iaitu pada hari Khamis, 15 Oktober 2020.
Ada beberapa jenis semakan yang anda perlu lakukan. Berikut adalah pecahannya mengikut kategori:
Permohonan lama (Penerima BPN 1.0)
- Semakan Status Kelulusan BPN
- Semakan Status Pembayaran BPN
- Berjaya Kredit
- Gagal Kredit
Bagi permohonan baru BPN 2.0 (Tidak pernah mohon BPN 1.0)
- Semakan Status Penerimaan Permohonan BPN
- Semakan Status Kelulusan BPN
- Semakan Status Pembayaran BPN (Jika Lulus)
- Berjaya Kredit
- Gagal Kredit
- Semakan Status Rayuan BPN (Jika Tidak Lulus)
Hanya pemohon lama boleh check BPN 2.0?
Semakan BPN 2.0 ini hanya dibuka kepada pemohon lama yang memang sudah mendapat status Lulus dan telah mendapat bantuan BPN 1.0 yang dipohon semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Walaupun tidak perlu buat permohonan baru, pemohon lama jangan lupa menjalankan tanggungjawab untuk kemaskini BPN 2.0 apabila ia dibuka nanti.
#1 Cara buat semakan BPN 2.0 melalui portal
Berikut ialah cara untuk membuat semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Sesuai untuk anda yang selalu bertanya BPN 2.0 bila masuk dan tak sabar untuk tahu duit BPN dah masuk akaun ke belum.
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran untuk login BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Akan keluar Captcha
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
- Klik butang Semak.
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Seterusnya, jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
- BPN 1.0
- Ada butang Maklumat BPN 1.0. Boleh muat turun maklumat tersebut.
- BPN 2.0
- Ada butang Maklumat BPN 2.0. Boleh muat turun maklumat tersebut.
- Amaun Keseluruhan BPN Diterima
- Contohnya RM800.00
- BPN 1.0
- Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
- Jadual Bayaran
- Ada butang Maklumat Bayaran BPN. Boleh muat turun maklumat tersebut.
- Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
- Tarikh Kredit
- No. Pengenalan Akaun Dikredit
- Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Nombor Siri
- Tarikh Tunai
- Jadual Bayaran
- Untuk mengetahui samada duit BPN 2.0 sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
- Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPN 2.0 untuk tebus di BSN.
- Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
- Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini
#2 Cara check duit BPN dalam akaun bank
Kalau portal BPN terlalu sibuk dan tak boleh masuk untuk buat semakan BPN 2.0, kami sarankan anda terus semak baki duit akaun bank.
Sila buat semakan pembayaran BPN 2.0 melalui bank. Mudah sahaja, kalau sudah bertambah jumlah baki dalam akaun, itu bermakna duit Bantuan Prihatin Nasional 2.0 sudah masuk.
Kami kongsikan cara untuk semak baki akaun melalui beberapa bank di bawah:
Maksud status PBN 2.0
Ada terlalu banyak status Bantuan Prihatin Nasional yang kadang-kadang buat pemohon keliru. Di sini, kami senaraikan maksud-maksudnya.
- Permohonan Diterima
- Dalam Proses
- Tiada Rekod
- Duplikasi Permohonan
- Gagal Kredit
Akhir kalam
Jangan marah-marah jika masih lagi tak dapat chek BPN 2.0 di portal rasmi LHDN. Bersabarlah. Mungkin ramai yang tengah masuk sampai website jadi jem dan perlahan yang teramat sangat.
Pihak LHDN pasti sedang bertungkus-lumus memproses semua permohonan dan juga buat semakan untuk kemaskini terbaru.
Apa-apa pun, kami doakan agar urusan semakan BPN 2.0 dan pembayaran berjalan lancar. Tidak mahu dengar lagi kes yang Lulus BPN tetapi duit tak masuk.
Jemput baca cara bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini juga.
Semoga bermanfaat.
Bpn 2.0
nak bertanye pasal bsh pada awal pertama dan kedua dapat duit bsh masok kali ke3 tak lulus sbb alasan nama anak tak dgn jpn dan akuan cerai tak sah..saya pergi buat rayuan di ldhn dicyberjaya sampai skrg tak dapat duit bsh kali ke3 tu.adakan bsh dan bpn sama atau lain
0174827620 .sila bantu saya .terima kasih
sya nak tanya bpn 2.0 sya dah masuk akaun kh blum..agro bank..tolong info sya..
Salam.. Satatus sudah d kredit kan tapi cek p bank duit x masuk lagi
bila bpn masuk duit dlm akaun bank..nak thu jk
saya seorang muflis..saya adalah pemohon baru untuk BPN 2.0..saya sudah menyemak status dalam portal…permohonan BPN 2.0 saya lulus dan jumlah bantuan yang saya akan terima pun tertera…tapi no siri voucher belum ada…adakah saya boleh menunaikan bantuan yang saya terima di bank simpanan nasional tanpa no siri voucher hanya menggunakan kad pengenalan saja?
saya seorang muflis..saya adalah pemohon baru untuk BPN 2.0..saya sudah menyemak status dalam portal…permohonan BPN 2.0 saya lulus dan jumlah bantuan yang saya akan terima pun tertera…tapi no siri voucher belum ada…adakah saya boleh menunaikan bantuan yang saya terima di bank simpanan nasional tanpa no siri voucher hanya menggunakan kad pengenalan saja?