Maksud BPN Permohonan Diterima (Status di bpn.hasil.gov.my)

Sebagai orang yang pertama kali mohon Bantuan Prihatin Nasional, pasti ada beberapa terma yang anda kurang jelas. Yang paling utama, anda tentu tertanya-tanya apakah masuk BPN Permohonan Diterima bukan?

Sebelum itu, sekiranya anda menerima status BPN Tiada Rekod, anda hanya perlu terus buat permohonan baru.

Izinkan kami berkongsi.

Maksud status BPN Permohonan Diterima

Dalam perkara ini, ia terbahagi kepada dua golongan:

#1 Pemohon lama

Sekiranya anda adalah pemohon lama dari BPN 1.0 yang dilancarkan pada bulan Mac 2020 yang lalu, anda akan mendapati status Permohonan Diterima secara automatik.

Walaupun tidak perlu buat permohonan baru, sila buat kemaskini BPN 2.0 sekiranya ada perubahan maklumat peribadi terkini.

Anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.

 

#2 Pemohon baru

Sekiranya anda adalah pemohon baru BPN 2.0 yang dilancarkan pada bulan September 2020 baru-baru ini, anda perlu daftar BPN 2.0 dan membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 terlebih dahulu.

Selepas siap menghantar permohonan, barulah anda boleh buat semakan status BPN 2.0 samada diterima atau tidak.

Status Permohonan Diterima bagi pemohon baru bukanlah secara automatik. Jadi, ini juga bermakna, bagi pemohon baru, anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.

Ini kerana setiap permohonan baru akan diproses terlebih dahulu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

 

Cara semak status permohonan BPN diterima atau tidak

Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional, samada permohonan yang dihantar diterima atau tidak.

Sebelum sampai ke status LULUS, anda mesti menghantar permohonan BPN terlebih dahulu.

Secara ringkasnya, pada akhir permohonan, klik butang Hantar dan pastikan anda melihat mesej Berjaya.

Kami andaikan anda sudah mempunyai ID Penggguna dan boleh Log Masuk.

  1. Klik Log Masuk di https://bpn.hasil.gov.my
  2. Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
  3. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  4. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  5. Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
  6. Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
  7. Kami andaikan anda klik Ya
  8. Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
  9. Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Klik Log Masuk untuk permohonan, bukan semak status BPN
  12. Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
    • Maklumat Pemohon
    • Pengesahan
  13. Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • No Telefon Rumah
    • Pekerjaan
    • Status Perkahwinan
  14. Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
  15. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  16. Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
    • Nama anak
    • No Kad Pengenalan anak
    • Umur anak
    • Status anak
    • Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
  17. Klik Teruskan untuk meneruskan permohonan Bantuan Prihatin Nasional
  18.  Kini anda berada di bahagian Pengesahan
  19. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  20. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  21. Klik Sahkan Captcha
  22. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  23. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  24. Klik butang   jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  25. Selepas tekan butang Hantar
  26. Pastikan anda dapat lihat paparan mesej Berjaya
  27. Ini bermakna proses semak status permohonan BPN anda diterima

 

Apa maksud status Dalam Proses?

Selain status BPN Permohonan Diterima, ada satu lagi status yang penting iaitu status BPN Dalam Proses.

Sekiranya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, status anda mungkin bertukar dari status Permohonan Diterima ke Dalam Proses.

Ini adalah khusus untuk permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Status Dalam Proses bermaksud permohonan anda akan diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk status kelulusan.

 

Akhir kalam

Perlu diingatkan, status BPN Permohonan Diterima bukan bermakna anda layak mendapat wang Bantuan Prihatin Nasional. Anda masih lagi perlu cek BPN 2.0 dan menunggu status Dalam Proses dan seterusnya status Lulus.

Status Permohonan Diterima hanyalah satu langkah permulaan sahaja.

Untuk mengelakkan kekecewaan, sila ikuti arahan dan panduan mengisi borang permohonan BPN 2.0 betul-betul. Elakkan kesilapan dalam mengisi borang permohonan tersebut.

Kami doakan agar permohonan anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Maksud BPN Permohonan Diterima (Status di bpn.hasil.gov.my)”

  1. Saya baru buat pemohanan bpn 2.0 23/10/2020 dan status bpn saya masih lagi [ Diterima ] saya berulang kali buat kemaskini tapi masih sama status { diterima}

    Reply
  2. Syapn Bru buat PERMOHONAN Bru bpn 2.0 pda 28/10/2020..Dan skrg status sya,(PERMOHONAN DITERIMA),hri2 sya cek ttpi ttp Sama..bila la nak lulus nie…ssh sngt nak dpt bntuan nie..owg yg sngt memerlukn kekadang x dpt…buat sakit hti jk…

    Reply

Leave a Comment