Cara Dapatkan No Baucer BPN 2.0 (Tebus & Tunaikan di BSN)

Situasinya begini. Anda tahu anda lulus BPN. Tapi akibat akaun bank tidak aktif atau tersilap isi nombor akaun bank, duit BPN tidak masuk dalam akaun bank yang sepatutnya. Anda dapat status GAGAL KREDIT. Jadi, bagaimana mahu buat semakan no baucer BPN untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Izinkan kami berkongsi.

Cara dapatkan no baucer BPN 2.0

Pertama sekali, anda perlu Log Masuk terlebih dahulu untuk semak samada ada no baucer BPN 2.0 atau tidak.

  1. Layari https://bpn.hasil.gov.my
  2. Anda kini berada di bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  4. Pastikan tidak masukkan dash atau sempang (-)
  5. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 890505-14-5555, masukkan 890505145555 sahaja
  6. Tekan butang Cari
  7. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem BPN untuk semakan no baucer
  8. Anda akan lihat maklumat berikut:
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah Bayaran
    • Status Kredit
    • Tarikh Tunai
    • Nama Tunai Bank
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Kod Tidak Berjaya
    • No Baucar
  9. Pastikan Status Kredit ialah GAGAL KREDIT
  10. Kalau Status Kredit anda ialah BERJAYA KREDIT, anda tidak akan terima No Baucer BPN 2.0 kerana duit BPN akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank.
  11. Seterusnya, sila beri perhatian pada tulisan di bawah sekali iaitu No Baucar BPN
  12. Sila dapatkan No Baucer BPN seperti yang terpapar di situ
  13. Jika No Baucer BPN masih belum keluar, sila semak di lain hari

 

Contoh semakan no baucar BPN 2.0 (atau voucher)

Berikut ialah screenshot untuk semakan no baucer BPN.

Cuma dalam contoh di bawah ini, Status Kredit ialah BERJAYA KREDIT.

Jika ada masalah, anda akan dapat lihat GAGAL KREDIT.

Seterusnya, jika GAGAL KREDIT, anda akan nampak No Baucar.

Cara tunaikan baucer BPN 2.0

Untuk membuat penunaian baucer BPN 2.0, anda perlu membawa No Baucer BPN 2.0 dan Kad Pengenalan ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

Soalan lazim BPN

Kalau akaun bank tak aktif, macam mana nak dapatkan duit BPN?

Bagi permohonan yang disenaraikan berdasarkan rekod BSH, sekiranya proses pengkreditan oleh bank adalah gagal, anda masih lagi boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat nombor baucer ada dalam sistem.

Sebaliknya bagi pemohon yang lulus berdasarkan rekod percukaian, semua pembayaran dilakukan melalui akaun bank. Oleh itu, anda perlu kemaskini maklumat akaun bank perlu dilakukan di aplikasi ezHASiL iaitu e-Kemaskini.

 

Akhir kalam

DIharapkan agar perkongsian cara dapatkan no baucer BPN 2.0 ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat penunaian di BSN.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, jika BPN status Dalam Proses, anda perlu menunggu terlebih dahulu. Ini kerana permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN.

Selepas selesai proses semakan, barulah boleh buat semakan sekali lagi untuk mengetahui keputusan samada anda Lulus atau Gagal.

Kami harap anda bertenang dan bersabar menunggu keputusan kelulusan.

Jika ada rezeki, tak ke mana.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Cara Dapatkan No Baucer BPN 2.0 (Tebus & Tunaikan di BSN)”

  1. Lulus tapi maklumat bayaran masih kosong lagi..berapa lama nak tunggu sblum ny dapat ok je kali ny ada masalah ap x kluar2 lg maklumat bayaran

    Reply
    • sama la kes saya. padahal tak pernah buat changes or apply balik pun. xpasal2 tetiba bank acc invalid dorang kata. saya call lhdn dorang suruh tggu no tu tp tak pernah2 update pn… last call isnin baru2 ni. stress lah

      Reply
  2. Saya lulus.Tapi masih belum dapat no.siri baucer.Dah bulan Disember.Bilakah saya boleh dapat
    No Siri baucer?Berapa lama nak tunggu lagi?

    Reply
  3. Status semakan sudah Lulus untuk Prihatin 1.0 (RM1,000) & 2.0 (RM600). Jumlah diterima RM1,600. Tetapi, dalam buku bank tidak masuk apa-apa pun. Tiada Status Kredit, Nama Bank atau pun No Baucar ??? Hanya didapati “Status Permohonan LULUS! Jumlah Kelulusan BPN 1.0 RM1000 & Jumlah Kelulusan BPN 2.0 RM600. Amaun Keseluruhan BPN Diterima RM1600.”
    Semakan boleh nampak sahaja, tiada kredit dalam bank dan tiada No Baucar. Pergi ke BSN check, kaunter kata banyak orang datang check pun belum masuk lagi ? Boleh minta tolong ?
    Tolong hantar info berkenaa pembayaran BPN ke email saya [email protected].
    Ribuan terima kasih.

    Reply
  4. Sy ada pegi lhdn mmberitahu suami sy meninggal dunia tp meka ckp smua automatik dpt voucher atau pihak meka akan call tp xade pula sampai skrang dan akaun suami dh pun pihak bank tutup….ada cara lain ke dgn pkp skrang ni smua tutup???

    Reply

Leave a Comment