Cara Bayaran BPN 2.0 (Status Berjaya Kredit & Gagal Kredit)

Sekiranya anda salah seorang yang sudah buat permohonan BPN 2.0, selain perlu tahu tarikh pembayaran BPN 2.0, anda juga perlu tahu cara bayaran BPN 2.0.

Jadi sebelum anda buat semakan bayaran BPN 2.0, izinkan kami kongsi cara pembayarannya.

Cara Bayaran BPN 2.0

Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Kaedah pembayaran BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua golongan:

#1 Yang mempunyai akaun bank

Jika anda mempunyai akaun bank dan telah memasukkan maklumat ini semasa permohonan tempohari, bayaran BPN 2.0 ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun.

Sila ambil perhatian pada dua status pembayaran BPN 2.0 ini:

Jika status Berjaya Kredit

  • Pengkreditan amaun akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.

Jika status Gagal Kredit

  • Pengkreditan amaun tidak dapat dilakukan kerana akaun bank yang anda isi tempohari berkemungkinan tidak lagi aktif; ataupun akaun sudah ditutup.
  • Kemungkinan lain ialah nombor akaun bank tersebut salah.
  • Sekiranya ini berlaku, anda perlu membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
  • Sila sertakan dengan Nombor Siri Voucher BPN yang boleh didapati dari dalam sistem.

 

#2 Yang tidak mempunyai akaun bank

Jika anda tidak mempunyai akaun bank dan mengosongkan maklumat ini semasa permohonan tempohari, bayaran BPN 2.0 ada sedikit kelainan.

Anda perlu membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Untuk ambil duit BPN di BSN, anda perlu ada Nombor Siri Baucar BPN yang boleh didapati dalam dalam portal Bantuan Prihatin Nasional.

 

Cara pembayaran BPN 2.0 bagi pedalaman Sabah dan Sarawak

Pembayaran BPN 2.0 bagi kawasan pedalaman di kedua-dua negeri ini tidak menjadi masalah jika pemohon membuat permohonan dengan menyertakan akaun bank.

Sekiranya pemohon tiada akaun bank, pembayaran akan diberikan kepada penerima secara tunai. Oleh kerana kawasan pedalam ini tidak mempunyai BSN, lokasi bayaran akan dimaklumkan nanti.

Pembayaran kepada penerima yang tinggal di pedalaman juga akan dilakukan serentak pada bulan Januari 2021.

Ini bermakan, tidak ada Fasa 1 dan Fasa 2. Bayaran BPN 2.0 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 akan diterima sekaligus pada bulan Januari 2021.

 

Fasa pembayaran BPN 2.0

Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

Rujuk tarikh bayaran BPN 2.0 seperti di bawah:

  1. Fasa Pertama BPN 2.0
    • Pembayaran dijangka akan dilakukan pada penghujung bulan Oktober 2020
  2. Fasa Kedua BPN 2.0
    • Pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada bulan Januari 2020

Oleh kerana permohonan baru baru sahaja dibuka pada 15 Oktober 2020, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memerlukan sedikit masa untuk memproses semua permohonan.

Jadi, kami ambil maklum dan memahami akan situasi ini di mana pihak LHDN tidak memberikan tarikh yang sebenar-benarnya.

Andai kata maklumat terbaru diterima, kami akan kemaskini maklumat tarikh pembayaran Bantuan Prihatian Nasional 2.0.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara bayaran BPN 2.0 ini dapat merungkaikan pertanyaan anda.

Jangan marah-marah jika duit tidak masuk pada tarikh bayaran yang telah ditetapkan. Sila check status BPN 2.0, kemungkinan Gagal Kredit. Jika ini berlaku, sila rujuk langkah-langkah yang perlu dilakukan seperti di atas.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment