Permohonan BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat, Ganti BSH)

Permohonan BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat, Ganti BSH)


Untuk makluman, permohonan BPR 2021 yang diumumkan dalam Bajet 2021 sudah dibuka. Jika anda seorang kakitangan kerajaan atau pekerja swasta yang termasuk dalam golongan B40, pasti tidak sabar untuk tahu samada masih perlu mohon Bantuan Prihatin Rakyat atau hanya tunggu untuk kemaskini BPR 2021 sahaja.

Izinkan kami berkongsi.

Langkau artikel ini untuk langkah-langkah dan cara daftar BPR untuk pengguna baru dan seterusnya ikuti cara mohon BPR yang lengkap; langkah demi langkah.

Bayaran BPR 201

Bayaran pertama BPR Hasil akan dikreditkan ke dalam akaun sebelum Hari Raya 2021 yang dijangka jatuh pada 13 Mei 2021.

Jumlah Permohonan BPR 2021

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Sebelum buat permohonan BPR, sila ambil maklum bahawa kadar bantuan dan kategori pendapatan adalah lebih baik dari BSH, BPN dan BPN 2.0 seperti yang dinyatakan di bawah.

#1 Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800

#2 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM 800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200

#3 Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM 750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih; dan

#4 Individu bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

Walau bagaimanapun, bantuan BPN masih lagi ada sehingga Januari 2021 sahaja.

Sebanyak RM2.2 bilion Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua bakal disalurkan kepada golongan terlibat pada Januari 2021 nanti.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BPN diperkenalkan untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat yang terkesan ekoran Covid-19.

 

Akhir kalam

Kerajaan telah mengumumkan bahawa penerima BSH, BPN dan BPN 2.0 adalah layak secara automatik. Apa-apun, kami nasihatkan anda login BPR dan ikuti cara kemaskini BPR jika ada perubahan maklumat diri. Yang penting, selesaikan dulu soal permohonan, barulah buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat untuk mengetahui status kelulusan permohonan BPR dan semak pembayaran BPR.

Dapatkan tarikh pembayaran BPR sebelum cucuk duit di ATM untuk keluarkan duit bantuan, supaya tidak kecewa.

Yang penting, berbelanjalah dengan berhemah. Semoga perkongsian berkenaan permohonan BPR ini memudahkan lagi urusan dan kehidupan anda saat Covid-19 dan PKP ini masih berlangsung.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Permohonan BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat, Ganti BSH)

29 thoughts on “Permohonan BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat, Ganti BSH)”

  1. Saya duda dah lama bercerai saya hilang perkerjaan sya ada anak 2 yang perlu di tanggung nafkah ada kah saya layak status bujang

    Reply
  2. Adakah suami saya boleh memohon bpr karena dia ada mendapat bantuan bpn karena pendapatan sudah berkurang dan mempunyai tanggungan anak 4 orang dan anak pertama ada diabetis type 1

    Reply
  3. Saya masuk tahun ni. 3tahun x dpt bntun bsh.. pdahl sebelum bsh. Saya dpt terima Bram.. sbnyk 1200. Ganti bsh. Langsung x dpt

    Reply
  4. Dlu sya prna trima Brim…tp da tukar bsh..da xdapat langsung…sya da bersuami tp suami sya bkn tempatan dan x pnya keterangan diri..dan suda bcerai tahun lepas…sya ada ank 5org…tp masalahnya ada ka saya layak tuk memohon 3daripada ank sya ada surat kelahiran yg 2 lg xda dan proses.

    Reply

Leave a Comment