Cara Kemaskini BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional #kitaprihatin)

Ramai sudah tahu, bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan dibayar pada bulan Oktober 2020. Namun, jika anda tidak update permohonan BPN 1.0 sebelum ini, takut-takut ada masalah nanti. Luangkan sedikit masa untuk baca cara kemaskini BPN 2.0 seperti di bawah.

Untuk permohonan baru, sila baca cara daftar BPN 2.0 terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh buat permohonan baru BPN 2.0.

Maklumat untuk kemaskini BPN 2.0

Secara amnya, berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu kemaskini:

#1 Nombor akaun bank terkini

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BPN 2.0
  • Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan

 

#2 Status perkahwinan terkini

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini BPN 2.0 jika status dalam BPN 1.0 masih bujang.
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Prihatin Nasional 2.0 jika status dalam BPN 1.0 masih berkahwin.
  • Bagi BPN 2.0 Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
  • Untuk maklumat lanjut, sila baca panduan lengkap untuk kemaskini BPN Bujang kepada Berkahwin

 

#3 Nombor telefon terkini

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BPN 2.0
  • Jika gagal untuk kemaskini BPN 2.0 dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

 

#4 Maklumat anak terkini

  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BPN juga

Hanya selepas proses kemaskini ini, barulah anda boleh buat semakan BPN 2.0 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

 

Cara mengemaskini BPN online

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPN 2.0 dengan maklumat yang terbaru

  1. Layari portal rasmi untuk login BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  7. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPN
    • Maklumat Pendapatan
  8. Selepas Papar Borang, buat masa ini tidak ada butang Kemaskini lagi
  9. Sila tunggu sehingga fungsi ini dikembalikan dalam BPN 2.0 pada masa yang akan diberitahu nanti
  10. Tekan butang Kembali
  11. Jika sudah boleh kemaskini nanti, anda perlu buat Kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah
  12. Maklumat tersebut termasuk:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

 

Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPN 2.0, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang ingin tahu maklumat lanjut berkenaan kemas kini, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kalam

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan maklumat diri adalah lengkap dalam sistem BPN 2.0. Oleh yang demikian, jangan marah-marah jika bayaran tidak masuk ke dalam akaun kerana kesilapan diri sendiri.

Pastikan ikut langkah-langkah untuk kemaskini BPN 2.0 seperti yang disarankan. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya permasalahan pada masa akan datang, terutama sekali berkenaan pembayaran.

Jemput refresh semula kaedah bayaran dengan membaca cara pembayaran BPN 2.0.

Semoga bermanfaat.

64 thoughts on “Cara Kemaskini BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional #kitaprihatin)”

    • Kenapa BPN Saya Tak Masok2 Lagi…Kalau Nak Ikot Kan Tarikh Pembayaran 26Okt…Tapi Saya Try Chek Dalam Akaun Bank Saya Tak Masok Lagi…Kenapa Ye

      Reply
    • Sebelum ini sye terime duit bantuan masuk ke acc maybank. skg account tu tkdpt gune lg dh kene block. Jadi sye buat acc baru di BSN. sye perlu kemaskini dr acc lame ke acc yg baru ni. Name : maizaitulnatarain binti abdul jalil.
      BANK: BSN
      Acc no: 1400741100011976

      Reply
  1. bank account close, nak tukar new account no. tak dapat kemaskini sekarang.
    nak minta baucer no. ,call 1800882747 no body answer, maybe CMCO all work at home.
    pergi bsn bank, official kata nak baucer no.
    online check, no status for payment side.
    How to do?

    Reply
  2. I’m in B40 category but why did I get M40 category BPN money?? How I can contact the BPN payment in charge person for this problem ??

    Reply
  3. Assalamualaikom dan selamat petang.saya disini sangat – sangat memerlukan penjelasan dan memerlukan bantuan untuk saya selesaikan masalah saya yang kini tidak menerima nomber voucher bpn wakil waris keluarga yang telah di isi didalam borang tersebut,saya juga ada mengisi nomber telefon saya.semasa saya megisi borang tersebut.tetapi kerana saya mengalami sedikit masalah kerana telefon saya telah hilang dan nomber telefon yang saya isi pada borang adalah nomber telefon yang telah hilang.bagaimana saya boleh dapatkan voucher tersebut untuk mengambil wang yang ada di dalam akaun bpn.mohon penjelasan untuk saya menyelesaikan masalah yang diberitahu tadi. TERIMA KASIH

    Reply
  4. Assalamualaikom dan selamat petang.saya disini sangat – sangat memerlukan penjelasan dan memerlukan bantuan untuk saya selesaikan masalah saya yang kini tidak menerima nomber voucher bpn ,bagi wakil waris keluarga yang telah di isi didalam borang tersebut,saya juga ada mengisi nomber telefon saya semasa mengisi borang tersebut.tetapi kerana saya telah mengalami sedikit masalah yang tidak diingini kerana telefon saya telah hilang dan nomber telefon yang saya isi pada borang adalah nomber telefon yang telah kini hilang.bagaimana saya boleh dapatkan voucher tersebut untuk mengambil wang yang ada di dalam akaun bpn.mohon penjelasan untuk saya menyelesaikan masalah yang diberitahu tadi. TERIMA KASIH

    Reply

    Reply
  5. Baki bpn tak dapat hingga hari ni..
    Baru sahaja update untuk yang baru,
    masuk acc sama 04024021067288 BANK ISLAM

    Reply
  6. Saya penerima BPN dan kenapa bila saya semak BPR tak lulus. setahu saya sekiranya kita pernah dapat BPN kita tak perlu kemaskini status.
    Sila update status saya

    Reply
  7. Sy nak kemaskini akaun bank sy sebab bpn sy belum dapat ambil lagi. Ic sy hilang nak buat kena bayar 110 so tolong la.. akaun bank sy ada klu boleh masukkan bpn sy ke no akaun sy..

    Reply
  8. Saya nak kemaskini no bank sebab bank lama dah takactive, bila call pulak line busy. Kindly assist for me

    Thankyou

    Reply
  9. Saya perlukan Bantuan ….amat terkesan saat ini….da xde kerja……harta benda pon da abiss smua tergadai ….da bnyak kali mohon masih tetap sama tidak layak ….xkan LHDN xboleh check dlm sistem …status penama Saya….xkan nk biar rakyat mampuih sorang² ….!! Gila laaa….!!

    Reply
  10. Saya check bpn saya RM1300 lulus..saya belom ambil lagi…saya ambil bpr yang RM900…boleh kah saya ambil duit bpn saya dekat mana mana kaunter bank bsn???

    Reply

Leave a Comment