Permohonan Baru BPN 2.0 (Cara Pendaftaran Online)

Berita baik untuk anda yang tidak sempat atau mendapat status Tidak Lulus dalam permohonan BPN yang lalu. Anda kini boleh membuat permohonan baru BPN 2.0 melalui portal rasmi LHDN di bpn.hasil.gov.my

Bagi yang sudah memohon dan memang layak untuk BPN 2.0, sekiranya ada apa-apa perubahan maklumat peribadi, sila kemaskini BPN 2.0.

BPN 2.0, permohonan baru bila boleh buat?

Mana-mana individidu yang tidak tersenarai sebagai penerima selepas buat semakan BPN 2.0, anda boleh mula memohon melalui portal rasmi LHDN pada:

  • Hari: Khamis
  • Tarikh: 15 Oktober 2020,

Bagi yang memang tidak pernah memohon BPN selama ini, tetapi yakin anda memang layak, anda juga boleh baut permohonan baru BPN 2.0.

 

Macam mana cara nak buat permohonan baru BPN 2.0 secara online?

Pertama sekali, buat semakan kelayakan BPN 2.0 terlebih dahulu. Jika menepati kriteria, baru boleh mohon. Jika tidak, bimbang anda akan kecewa dan buat kerja sia-sia kerana bakal mendapat status TIDAK LAYAK.

Jika masih belum daftar ID pengguna dan kata lalaun, sila baca cara daftar BPN 2.0 terlebih dahulu.

Baca panduan di bawah hanya selepas anda berjaya buat pendaftaran dan berjaya Log Masuk.

  1. Layari portal rasmi BPN di pautan berikut: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk
  3. Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
  4. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  5. Soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”  akan keluar
  6. Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
  7. Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
  8. Kami andaikan anda klik Ya
  9. Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
  10. Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
  11. Masukkan Kata Laluan
  12. Klik Log Masuk
  13. Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
    • Maklumat Pemohon
    • Pengesahan
  14. Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • No Telefon Rumah
    • Pekerjaan
    • Status Perkahwinan
  15. Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
  16. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  17. Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
    • Nama anak
    • No Kad Pengenalan anak
    • Umur anak
    • Status anak
    • Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
  18. Klik Teruskan
  19.  Kini anda berada di bahagian Pengesahan
  20. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  21. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  22. Klik Sahkan Captcha
  23. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  24. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  25. Klik butang   jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  26. Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  27. Jika anda belum daftar BPN 2.0, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
  28. Jika anda sudah daftar BPN 2.0 seperti di atas, klik Tidak
  29. Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
  30. Jika anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
  31. Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
  32. Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
  33. Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
  34. Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
  35. Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
  36. Jika ada apa-apa pertanyaan untuk permohonan baru BPN 2.0 ini, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN

Jangan lupa untuk buat semakan permohonan BPN 2.0 nanti, untuk mengetahui status penerimaan oleh LHDN.

Boleh rujuk cara check BPN 2.0 untuk mengetahui status terkini.

 

Dulu saya terima BPN 1.0, tapi tak nak terima BPN 2.0 ini. Apa perlu buat?

Bagi anda yang menerima bantuan BPN 1.0 sebelum ini tetapi menolak untuk menerima pembayaran untuk BPN 2.0, ada beberapa perkara yang anda perlu buat:

  1. Tulis surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia, dengan menyertakan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Sebab kenapa ingin pulangkan semula duit BPN 2.0
  2. Sertakan cheque atau bank draft atas nama Akauntan Negara Malaysia
  3. Masukkan jumlah amaun yang ingin dipulangkan
  4. Hantar ke alamat berikut:
    • Pejabat Belanjawan Negara
      Kementerian Kewangan Malaysia
      Presint 2, 62592, Putrajaya, MALAYSIA

 

Akhir kalam

Bagi sesiapa yang terlepas pandang dengan permohonan BPN sebelum ini, jangan ambil ringan. Jangan terlepas lagi tarikh untuk mohon BPN 2.0 yang terbaru ini.

Sila pastikan semua maklumat adalah benar dah sahih.

Andai kata nasib tidak menyebelahi kerana menerima status Tidak Lulus, sila buat rayuan BPN 2.0.

Sekiranya semua berjalan lancar dan pembayaran Fasa Pertama sudah diterima, sila check BPN Fasa 2 bila masuk pula.

Semoga bermanfaat.

40 thoughts on “Permohonan Baru BPN 2.0 (Cara Pendaftaran Online)”

  1. kalau permohonan ditulis TIDAK LAYAK boleh buat permohonan rayuan ke..? dan boleh tolong ajar saya macam mana ingin membuat rayuan yea

    Reply
  2. Saya nak daftar BPR 2.0 TAPI SAYA NAK DAFTAR KEMASUKAN BPN 2.0 NAK BUAT SEMAKAN TAPI NOT ALLOWED KEY. SEBAB SAYA NAK MOHON TELEPON PINTAR UNTUK ANAK2 SAYA GOLONGAN B40 SEBELUM2 NIE SAYA DAPAT BPN 1.0 BPN 2.0 SAYA NAK BUAT SEMAKAN LUPA KATA LALUAN BOLEH BANTU SAYA SELESAIKAN MASALAH INI.

    Reply
  3. PERMOHONAN BULAN OCTOBER TAK LAYAK DI SEBABKAN NAMA ISTERI MEMPUNYAI SYARIKAT.TETAPI SYARIKAT SUDAH TAK AKTIF DAN DI JUAL BERMAKSUD ISTERI TIDAK BEKERJA DAN TIADA PENDAPATAN.BOLEH BUAT PERMOHONAN LAGI TAK.

    Reply
  4. Sye dah isi nmbor ic tekan semak dia keluar tiada rekod.. Pastu tekan daftar akaun pun keluar yg same..tiada rekod.. Ape bnde la makin meyusahkan lagi rakyat dgn pelbagai cara.. Nak bagi duit dapatkan detail dekat bank negara tak boleh ke?? Tetap nak suruh daftar sini sana.

    Reply
  5. Saya mahu buat permohonan baru bpn.. Sebab saya ..tiada dapat duit bantuan bpn ..ni.
    tahun lepas smpai skrang. harap dri pihak tuan puan dapat ..bagi sya peluang .. Agar permohonan bantuan di lulus kan.. Demi anak saya.

    Reply
  6. Saya ingin buat permohonan bantuan prihatin baru&mcm mana cara ingin memohon cara online

    Reply

Leave a Comment