Izinkan kami buat andaian bahawa anda sudah pun buat pendaftaran BPN 2.0. Jadi, anda kini hanya mahu tahu link BPN 2.0 login bagi untuk buat permohonan BPN 2.0 yang baru.
Langkau untuk terus baca panduan BPR login yang baru dalam #bajet2021. And juga boleh dapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat seperti cara daftar BPR dan cara mohon BPR.
Anda juga boleh Log Masuk BPN 2.0 jika mahu tahu BPN 2.0 bila masuk. Ini kerana tarikh bayaran BPN 2.0 adalah berbeza-beza mengikut bank.
Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk login BPN 2.0.
Cara login BPN 2.0 (direct link)
Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:
- Layari direct link untuk Log Masuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan ID Pengguna anda
- Untuk makluman, ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad anda
- Pastikan ID Pengguna tersebut adalah dalam 12 digit
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 950202-02-5355, masukkan 950202025355
- Tekan butang Semak
- Ada dua situasi di sini:
- Yang pertama, jika ada belum mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini. Maka, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
-
ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
-
- Yang kedua, jika anda sudah mendaftar, akan berjaya login BPN 2.0
- Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan
Masalah Log Masuk BPN 2.0
Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BPN 2.0:
- Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan”
- Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Prihatin Nasional termasuk BPN 1.0.
- Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
- Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun BPN 2.0
- Kata Laluan salah
- Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan? sebelum mencuba Log Masuk BPN 2.0
- Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
- Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
- Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
- Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
- Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara login BPN 2.0 ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran dan permohonan.
Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.
Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik
Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.
Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- bantuan prihatin nasional login
- daftar bpn hasil
Saya mahu kemaskini borang bpn
saya nak tukar account.dh daftar masuk takdA MASALAH.nk update acc tak jumpa mana nak klik
Salam sejahtera dan slmt pagi tuan,puan…ada kemuyskilan skit sy mau tanya..bpn masuk 2.0 rm300 dlm bpn akaun..tpi bila lhdn bagi msuk duit hanya rm200 saja ke dlm akaun?????rm100 dipotong pasal apa?
Kalau yang melalui baucer cek mcm mana ye nak tau dpat ke x sebab saya kalau amek melalui cek hanye cek di Google
Aslm blh tk saya tukar nom akaun lain dlm akaun .CIMB bpn msuk aje kena potong blh ke saya tukar nom akaun lain
kenapa akuan mybank tk msuk lg dh 27hb. check online luluss.. responss ?
Saya seorang ibu tunggal/janda , kematian suami, pertama memohon , gagal kerana saya ada daftar syarikat enterprise, tetapi tiada sebarang urus niaga, dan pada awal oktober sudah tamat tempoh. Saya mohon semula dan masih jawapan yang sama dari LHDN, saya nak tahu kenapa???? Syarikat hanya atas nama, tiada sebarang pergerakan atau urus niaga.
Boleh kemaskini tak yang bujang tapi mempunyai anak taksah taraf ? Sbb sblmni takbuat sbb orang ckp takboleh buat kalau ada anak
Saya nak bantuan BPN RM 300.00
anda bole masuk duit tu dalam account saya.
Account Num:7630285734 CIMB BANK…
saya ingin tanya..kenapa kelulusan BPN.2.0 jumlahnya berkurangan? sedangkan seperti yang diumumkan oleh LHDN sebelum ini pendapatan isi rumah B40 telah dinaikkan kepada <RM 4850.00 dan pendapatan isi rumah saya masih dalam kategori B40.
Saya guna blum masuk lagi bpn.my bank. 162290073556
Azroy bin arsyad
Blum masuk
Saya nk kemaskini no akaun..
Akaun lama telah d tutup
Bsgaimanakah caranya
macam mana nak isi borang untuk bpn umur 21 tahun?
Selamat ptg..mcm nak buat tukar baucer ke no akuan..untuk bpn 2.0
Assalamualaikum,kalau soalan keselamatan lupa untuk log masuk ke bpr mcm mana caranya?
saya hendak tukar alamat,pendaftaran BPN2.0 dah dftr cuma alamt je nak kemaskini boleh bg penerangan tq.
good morning
Tak boleh Log in
Mcm mn buat
Thank you
mcmane caranye nak buat kemaskini.. sbb skrg suami dah xbekerja..
MACAM MANA NAK KEMASKINI MAKLUMAT ANAK