Check Baki Bank Islam Online (Semak di bankislam.biz)

Macam mana nak tahu duit sudah masuk atau belum? Mudah sahaja, sekarang boleh buat secara online sahaja. Izinkan kami kongsi cara nak check baki Bank Islam secara online.

Andainya anda tak ingat nombor akaun, jemput baca cara semak no akaun Bank Islam.

Sedikit mengenai Bank Islam

Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) Bank Islam IB merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Bank Islam sebagai cara untuk memudahkan urusan harian secara online.

Hanya perlukan mobile data atau Internet, anda boleh akses segala servis yang ditawarkan oleh Bank Islam melalui Bank Islam IB seperti semakan baki, penghantaran duit dan macam-macam lagi.

Sebelum check baki, daftar dahulu

Sebagai pelanggan Bank Islam yang biasa beurusan di kaunter, anda perlu mendaftar dahulu akaun anda di platform Bank Islam IB untuk membuat online banking.

Beberapa syarat perlu dipenuhi untuk mendaftar:

  • Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
  • Mempunyai nombor PIN untuk kad ATM/kad debit Bank Islam

Untuk memudahkan urusan anda, jemput baca cara daftar Bank Islam. Setelah selesai proses pendaftaran, anda boleh login dan buat semakan baki.

 

Check baki Bank Islam Online

Anda boleh menyemak baki pada semua jenis akaun Bank Islam milik anda, termasuk akaun simpanan anda secara online dengan Bank Islam IB tanpa anda perlu pergi ke mesin ATM.

Caranya mudah sahaja untuk semak baki duit dalam Bank Islam.

Yang palin utama sekali, pastikan anda telah mempunyai akaun online banking Bank Islam IB yang didaftarkan dengan nama anda.

Jika belum, pastikan anda membuat akaun ini terlebih dahulu.

Bagi anda yang telah mempunyai akaun ini, login dahulu ke akaun online banking anda. Ikuti langkah di bawah.

  1. Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz
  2. Pada laman utama Bank Islam IB ini, tekan butang INTERNET BANKING LOGIN.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada ruangan USER ID.
  4. Tekan butang Login.
  5. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan Password dan sahkan Private Image yang tertera, sama ada milik akaun anda ataupun tidak.
  6. Tekan Login.
  7. Login ke akaun anda berjaya. Anda akan tiba di paparan utama laman akaun online banking
  8. Ada beberapa pilihan menu di bahagian atas seperti:
    • My Accounts
    • Terms Deposit & Investment
    • Funds Transfer
    • Payments / Services
  9. Klik pada My Accounts.
  10. Seterusnya, pilih Account Summary.
  11. Anda akan mendapat paparan penuh semua akaun Bank Islam anda.
  12. Paparan ini mengandungi jenis akaun anda, nombor akaun anda serta baki semasa akaun tersebut.
  13. Klik pada setiap transaksi untuk melihat butiran lanjut

 

Akhir kalam

Jika sudah semak baki akaun Bank Islam melalui online, jangan bersedih jika duit yang anda harapkan tidak masuk dalam akaun anda.

Mungkin akan mengambil sedikit masa jika orang yang menhantar wang tersebut menggunakan Interbank GIRO menggunakan akaun bank lain.

Kami sarankan agar anda gunakan 3rd Party Transfer dan Instant Transfer untuk transaksi yang lebih pantas.

Akhir sekali, diharapkan agar perkongsian cara check baki Bank Islam secara online ini dapat memudahkan urusan perbankan anda.

Semoga bermanfaat.

13 thoughts on “Check Baki Bank Islam Online (Semak di bankislam.biz)”

  1. Kad bnk sya telan dalam mesin mybnk macam ane yea…
    Sya dh buat bnking tp password sloh pdhal passwotd tue yg sye msuk biasenye

    Reply
  2. Check baki ja boleh. Nak semak transaksi semasa mcmana. Nak tunggu statement keluar lambat la. Tgh bulan ni baru yg bln lepas keluar. Nak kena simpan baki terakhir sblm next transaksi. Susahla kalo transaksi byk. nk verify jumpah duit masok payah oii

    Reply

Leave a Comment