Cara Daftar AmBank (Register di ambank.amonline.com.my)

Macam mana cara daftar Ambank supaya boleh guna online banking untuk buat urusan seperti transfer duit dan bayar bil? Mudah sahaja. Ikutilah langkah mudah seperti di bawah.

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar AllianceOnline, AgrobankMyBSN, RHBAffinOnline, Bank IslamHong Leong ConnectCIMB Clicks dan juga Maybank2u.

Cara daftar Ambank online

Sebelum anda boleh login Ambank untuk melakukan transaksi secara online, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.

  1. Layari laman web https://ambank.amonline.com.my
  2. Anda akan tiba di portal rasmi online banking Ambank, iaitu AmOnline.
  3. Pada portal tersebut, tekan butang Login/Register Now.
  4. Pada laman seterusnya, tekan butang Register.
  5. Kemudian, pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan yang anda perlu isikan.
  6. Pada ruangan USERNAME, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Username anda mestilah alphanumeric (mempunyai nombor dan abjad tanpa sebarang jarak). Username anda juga mestilah panjang antara 6-15 aksara.
  7. Pada ruangan PASSWORD, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda tidak boleh sama dengan username Password anda mestilah panjang antara 8-16 aksara, serta mempunyai huruf besar, huruf kecil dan mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor. Simbol adalah pilihan.
  8. Pada ruangan CONFIRM PASSWORD, masukkan semula password yang anda telah masukkan di ruangan PASSWORD.
  9. Kemudian, pilih satu gambar sebagai Security Image untuk akaun anda. Security Image ini penting untuk anda mudah mengesahkan akaun anda semasa anda ingin cuba login ke akaun anda.
  10. Untuk meneruskan cara daftar Ambank online, tekan Refresh sekiranya gambar-gambar yang tertera anda tidak suka dan inginkan gambar lain.
  11. Tick pada I agree with the Terms & Conditions.
  12. Kemudian, tekan butang Next.
  13. Pada laman seterusnya, pilih jenis akaun anda. Masukkan pula nombor akaun anda pada ruangan yang disediakan.
  14. Kemudian, sahkan pendaftaran akaun online banking anda ini dengan menggunakan PIN/TAC, bergantung pada jenis akaun anda. Sekiranya akaun anda ialah Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Kad Debit/ATM dan Kad Kredit, masukkan nombor PIN.
  15. Sekiranya akaun anda ialah Akaun Pembiayaan, masukkan nombor TAC.
  16. Pendaftaran anda selesai.

 

Login Ambank online

Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login Ambank secara online.

  1. Untuk login, anda hanya perlu ke laman utama.
  2. Masukkan username, buat pengesahan pada Security Image yang tertera sama ada milik akaun anda atau tidak, dan masukkan password yang anda telah tetapkan untuk akaun anda. Login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun online banking AmOnline anda.

 

Akhir kalam

Mudah sahaja bukan?

Diharapkan agar perkongsian cara daftar Ambank online ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Daftar AmBank (Register di ambank.amonline.com.my)”

    • Assalamualaikum..sy nk tnye kalau tiada kad ATM,tapi cuma ada buku akaun bank shj. Jadi Boleh ke kalau sy nk daftar Online banking? Sy nak buatkan Online banking ni untuk mak sy. Sbb mak sy skrg ni ada masalah kesihatan x larat nak berjalan pg ke bank untuk buat urusan. Jadi sy nak buatkan Online banking untuk permudahkan urusan & xprlu dah nk pergi ke Bank dah. Kemudian sy cuba daftar Online banking,tpi dye tulis sy perlu daftarkan no.phone dahulu. Bagaimana cara untuk daftar no.phone tu. Sbb kalau dekat mesin ATM jika kita nak daftar no.phone untuk aktifkan Online banking kte kne masukkan kad ATM kn? Tapi sy tiada kad ATM,jadi ada cara lain x untuk pendaftaran no.phone tu.

      Reply

Leave a Comment