Jika anda salah seorang yang menggunakan Agrobank, anda boleh buat banyak transaksi secara online. Tidak perlu ke bank lagi. Kami akan kongsikan cara daftar Agrobank online banking melalui agronet.com.my.
Sedikit mengenai AGROnet
Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) AGRONet merupakan perkhidmatan baru yang diperkenalkan Agro Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Agro Bank melalui AGRONet.
Sekiranya anda mempunyai akaun bank Agro Bank dan ingin memulakan perbankan Internet menggunakan servis AGRONet, apa yang harus anda lakukan? Di bawah merupakan langkah-langkahnya.
Langkau artikel ini untuk baca cara daftar AllianceOnline, MyBSN, RHB, AffinOnline, Bank Islam, Hong Leong Connect, CIMB Clicks dan juga Maybank2u.
Cara daftar Agrobank online banking
Berikut ialah panduan untuk register atau cara mendaftar akaun AGRONet secara online
- Layari laman web https://www.agronet.com.my
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.agronet.com.my/rib/common/Login.do
- Seterusnya, anda akan tiba di laman utama AGRONet.
- Kemudian, tekan link Register an Account.
- Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera pada kotak TERMS & CONDITIONS.
- Tekan butang Accept.
- Pada laman seterusnya, pada Account Number (16 digits), masukkan nombor akaun bank anda, yang mempunyai 16 digit.
- Kemudian, pada ATM Card Number, masukkan nombor kad ATM anda. Nombor kad ini anda boleh peroleh pada bahagian hadapan kad ATM anda.
- Pada ATM Pin Number, masukkan nombor PIN untuk kad ATM anda.
- Pada Type the code shown, masukkan kod yang anda dapat lihat pada rajah di bawah ruang tersebut.
- Tekan Refresh sekiranya anda tidak dapat melihat dengan jelas kod yang tertera.
- Apabila selesai, tekan butang Next untuk meneruskan proses dan cara daftar Agrobank online banking
- Pada laman seterusnya, pilih satu gambar yang anda mahu gunakan untuk keselamatan akaun anda, ataupun lebih tepat, sebagai pengesahan, bahawa gambar ini ialah milik akaun anda.
- Pada Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Kemudian, pada Security Question 1, pilih salah satu soalan yang tertera pada drop-down menu.
- Pada Answer 1, masukkan jawapan untuk Security Question 1. Pada Confirm Answer 1, masukkan sekali lagi jawapan yang anda letak pada Confirm Answer 1.
- Lakukan perkara yang sama pada Security Question 2. Pilih soalan yang berlainan daripada Security Question 1, dan masukkan jawapannya pada Answer 2 dan Confirm Answer 2.
- Ulang proses ini pada Security Question 3, Answer 3 dan Confirm Answer 3. Tiga soalan ini penting, untuk memastikan anda boleh login ke akaun anda pada masa hadapan, andai kata anda terlupa username atau password
- Kemudian, pada ruangan di bawah, masukkan nombor telefon anda.
- Seterusnya, pilih satu gambar keselamatan.
- Klik Register.
- Proses daftar akaun Agrobank online melalui AGRONet anda selesai.
Cara login Agrobank melaui AGROnet
- Untuk login, pergi semula ke laman utama AGRONet.
- Kemudian, terdapat ruangan untuk login.
- Masukkan username anda pada ruangan Enter your username.
- Kemudian, sahkan gambar keselamatan anda sekiranya milik akaun anda. \Sekiranya milik anda, masukkan password anda dan anda boleh login ke akaun anda.
Akhir kalam
Kesimpulannya, Agro Bank sebagai salah satu bank terkenal yang terdapat di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk menyediakan satu aternatif baru dalam menyelesaikan masalah pelanggan untuk melakukan sebarang transaksi wang dengan cepat dan menjimatkan masa.
Dengan AGRONet, masalah berkaitan transaksi wang diselesaikan di hujung jari sahaja.
Bagi anda yang merupakan pelanggan Agro Bank, daftarlah sekarang akaun online banking anda dan nikmati pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agro Bank.
Semoga bermanfaat.
Tapi code bila msuk kan still takmau.. Kenapa ye
Saya terlupa username dan pasword. Saya suda klik ‘forgot username’, dan suda memasukkam detail yg d minta seperti (no acc, no kad bank, no pin)..tapi invalid username..
Tolong ajar step by step cara reset semula username & pasword..terima kasih
Lupe paswood
Saya dah buat online banking ni .. Masa nak masukkan no TAC tiba tiba line wat hal .. dan Saya Tak dapat lansung masuk dalam agronet .. macammana nak buat ? Ada cara Tak nak dapat kan balik ? Tolong saya
Macam mana nak kemaskini number telefon ya.. Perlu ke atm ke.. Saya cari x jumpa cara kemaskini
Saya terlupa username dan pasword.Saya sudah klik forgot username dan sudah memasukkan details seperti no acc,no kad bank,no pin..tapi invalid username..Tolong ajar kan macam mana saya nak reset
online banking yang bangang..dah masuk username dn password pun masih invalid..baik x payah buat online banking
Masuk username…pon invalid..mcm mna ni…..
Macam mana nak aktifkan nombor akaun agrobank saya