Semakan Bayaran i-Citra 2021 (Check Tarikh Pembayaran & Status)

Semakan untuk i-Citra ada beberapa jenis. Antaranya ialah semakan status permohonan, semakan kelulusan i-Citra dan juga semakan bayaran. Jadi, dalam perkongsian di bawah ini, kami akan menunjukkan cara untuk buat semakan bayaran i-Citra. Sangat penting untuk anda yang selalu sangat login untuk check i-Citra, dan asyik bertanya duit sudah masuk atau belum.

Izinkan kami berkongsi.

1. Semakan status bayaran i-Citra di icitra.kwsp.gov.my

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan i-Citra:

  1. Layari portal rasmi dan login i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN; atau
  3. Klik direct link ini: https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
  4. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  5. Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
  6. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  7. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
  8. Tick Saya bukan robot
  9. Tekan butang SEMAK STATUS
  10. Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
  11. Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
  12. Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
  13. Sila lihat paparan mengenai maklumat pembayaran
  14. Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
  15. Sila check baki akaun bank anda samada bertambah atau tidak.

 

2. Semakan duit i-Citra masuk dalam akaun bank

Kalau sudah dapat status LULUS, jangan terlalu happy. Tunggu sehingga pihak KWSP memasukkan duit dalam akaun bank anda. Ini kerana walaupun anda berhati-hati semasa mengisi maklumat bank tempohari, ada kemungkinan anda melalukan perkara berikut:

  • Tersalah memasukkan nombor akaun
  • Memasukkan nombor akaun orang lain
  • Memasukkan nombor akaun yang tidak aktif lagi

Jika ini berlaku, anda mungkin mempunyai masalah untuk menerima duit i-Citra.

Sekiranya semua berjalan lancar, sila semak baki dalam akaun bank masing-masing.

 

3. Tarikh dan jadual bayaran i-Citra

Setiap individu yang mohon i-Citra mungkin akan menerima jadual bayaran yang berbeza-beza. Ini tidak sama  seperti bantuan kerajaan yang mempunyai satu tarikh yang sama.

Pastikan anda tengok semula screenshot JADUAL BAYARAN yang anda ambil semasa membuat permohonan tempohari.

JADUAL BAYARAN tersebut akan menunjukkan:

  • Bulan 1
  • Bulan 2
  • Bulan 3
  • Bulan 4
  • Bulan 5

Contohnya, jika anda mula memohon pengeluaran RM5,000 pada 15 Julai 2021, secara asasnya JADUAL BAYARAN anda akan terlihat seperti ini:

  • Ogos 2021: RM1,000
  • September 2021: RM1,000
  • Oktober 2021: RM1,000
  • November 2021: RM1,000
  • Disember 2021: RM1,000

 

4. Tarikh bayaran dah lepas, duit iCitra tak masuk-masuk?

Siapa tak marah duit tak masuk-masuk bukan? Rasa macam nak pergi gegar pejabat KWSP sekarang juga.

Sabar. Kami faham perasaan itu.

Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai masalah pembayaran iCitra, layari semula https://icitra.kwsp.gov.my. Sila tekan butang ASK LEYA di sebelah kanan bawah untuk bantuan.

Alternatif lain, anda juga boleh gunakan talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

Hamburkan segala perasaan anda supaya lega apa yang terbenak di dalam hati.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan bayaran i-Citra KWSP ini akan memudahkan lagi urusan anda dalam mendepani hari-hari mencabar semasa tempoh pandemik ini.

Bagi yang belum mendaftar dan buat permohonan lagi, sila daftar i-Citra cepat-cepat sebelum tarikh tutup 30 September 2021 ini.

Semoga bermanfaat.

17 thoughts on “Semakan Bayaran i-Citra 2021 (Check Tarikh Pembayaran & Status)”

  1. Nkorang langsung tak mention pada pemohon yg hanya boleh terima duit melaui P.O .. saya muflis, mana boleh ada acc kt bank..i sinar sebelum ni dapat melalui kaedah P.O.. takkan i.citra tak boleh ber P.O ??

    Reply
  2. @Nor Ezwina binti Kamaruddin
    ;Kan tak ada mention bagi bayaran po.bayaran pertama sudah dpat,bayaran untk bln 9 ni blm ada info hmm.:(

    Reply
  3. I sinar tak tahu bila dapat..i citra pun tak tahu bila nak masuk akaun..barang dapur kering n basah dah mula kurang..2 hari boleh bertahan..lepas 2 hari tak tahu lah ape nak makan..hutang kereta bank dah mula col n tanya bila nak buat bayaran..

    Reply

Leave a Comment