Cara Daftar Bank Islam Online (Register di bankislam.biz)


Bagaimana cara daftar Bank Islam online untuk memudahkan urusan perbankan Internet atas talian? Usah bimbang, kami akan kongsikan panduan online banking ini seperti di bawah.

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar BSN online, AffinOnlineHong Leong ConnectCIMB Clicks, RHB dan juga Maybank2u.

Serba sedikit mengenai Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad (didaftarkan sebagai Bank Islam) mula beroperasi sebagai bank Islam pertama Malaysia pada tarikh 1 Julai 1983. Bank Islam ditubuhkan pada mulanya untuk memberi alternatif kepada rakyat Muslim di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.

Disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992, Bank Islam  telah berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang disegani di negara ini, dengan 89 buah cawangan di seluruh negara, serta menawarkan 50 produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang canggih dan inovatif, setanding dengan yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.

Antara perkhidmatan perbankan Islam terkini yang berjaya diperkenalkan oleh Bank Islam sudah semestinya platform untuk menjalankan perbankan secara atas talian. Untuk memastikan bank Islam tidak ketinggalan kepada bank-bank yang lain, Bank Islam memperkenalkan Bank Islam IB untuk memudahkan pelanggan menjalankan perbankan secara online.

Dengan adanya Bank Islam IB, anda sebagai pelanggan Bank Islam boleh melakukan pelbagai transaksi melibatkan wang anda seperti pemindahan wang, pembayaran bil serta memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan ataupun mesin ATM.

Cuma hasil semakan kami, tidak ada priority banking di Bank Islam. Semuanya sama sahaja.

Serba sedikit mengenai Bank Islam online

Sekiranya anda merupakan pelanggan Bank Islam dan ingin melakukan perbankan online, anda juga perlu mendaftar pada platform Bank Islam IB ini. Beberapa syarat perlu dipenuhi untuk mendaftar:

  • Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
  • Mempunyai nombor PIN untuk kad ATM/kad debit Bank Islam

Bila sudah ada akaun nanti, mudah untuk check baki Bank Islam nanti. Lebih-lebih lagi duit bantuan kerajaan.

Cara daftar Bank Islam online

Untuk mendaftar secara online:

  1. Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz/.
  2. Kemudian, pada laman tersebut, klik butang FIRST TIME USER.
  3. Pada laman seterusnya, tertera terma dan syarat pada ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.
  4. Klik butang Continue.
  5. Pada paparan seterusnya, tekan butang Continue.
  6. Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM Card / Debit Card No:, masukkan nombor kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit anda.
  7. Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor PIN kad ATM/debit anda.
  8. Klik butang Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam anda.
  9. Pada laman seterusnya, terdapat ruangan untuk mengisi maklumat.
  10. Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda.
  11. Pada ruangan IC/ID, masukkan nombor kad pengenalan anda. (tiada tanda sempang “-“ ataupun jarak)
  12. Pada ruangan User ID, masukkan sebarang username yang anda ingin guna untuk akaun anda (mestilah alphanumeric – ada gabungan nombor, simbol dan abjad)
  13. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan (juga mestilah alphanumeric, minimum lapan aksara)
  14. Sekadar ingatan, dalam urusan Bank Islam secara online ini, sila pilih dan gunakan password yang kuat dan sukar untuk dicerobohi.
  15. Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
  16. Pada ruangan E-Mail, masukkan alamat emel anda.
  17. Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif. Masukkan 60 pada petak yang pertama dan baki nombor lain pada petak yang seterusnya.
  18. Pada ruangan Private Word, masukkan kata rahsia yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk memastikan anda boleh detect akaun anda.
  19. Pada ruangan Select One Private Image, pilih mana-mana gambar yang anda ingin guna sebagai langkah keselamatan untuk detect akaun anda.
  20. Pada ruangan Secret Question serta Secret Answer, pilih 3 soalan secara rawak dan anda tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut. Hanya anda sahaja yang boleh mengetahui jawapan untuk setiap soalan tersebut.
  21. Kemudian, klik butang Submit.
  22. Pada laman seterusnya, segala yang anda isi akan dipaparkan semula. Sahkan semula semua maklumat yang anda isi, kemudian tekan butang Confirm.
  23. Sila periksa telefon bimbit/pintar anda. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC berjaya.
  24. Pendaftaran anda berjaya dan anda boleh login ke akaun baru Bank Islam IB anda.

Kepada yang belum mencuba, disarankan anda mendaftar sekarang demi memudahkan urusan anda.

 

Akhir kalam

Cara buat Bank Islam online

Dengan mengikuti cara daftar Bank Islam online seperti yang dikongsikan di atas, mudah sahaja langkahnya bukan?

Selepas ini, sudah boleh bank in duit ke Bank Islam dengan mudah.

Semoga urusan perbankan harian anda dengan bankislam.biz dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

 

Carian dari Google:

  • daftar online banking bank islam
  • user id bank islam itu apa

39 thoughts on “Cara Daftar Bank Islam Online (Register di bankislam.biz)”

  1. tolong beri contoh macam mana nak buat password. Saya mencuba berpuloh kali tapi tak berjaya… naik give up. cuba buat benda yg friendly user…..

    Reply
  2. Asalam saya cuba daftar online banking tapi bila step masukkan no kad dan passwood dia keluar tulisan merah mengatakan saya dah daftar dan boleh log in…padahal saya belum lagi isi maklumat utk step 3 hingga ke 5.Boleh bantu saya knp.tu ya?

    Reply
  3. Sekiranya saya terlupa id dan password internet banking Bank Islam, apa yang perlu saya buat utk dapatkan semula maklumat tersebut.

    Terima kasih.

    Reply
  4. Asalam saya cuba daftar online banking tapi bila step masukkan no kad dan passwood dia keluar tulisan merah mengatakan saya dah daftar dan boleh log in…padahal saya belum lagi isi maklumat utk step 3 hingga ke 5.Boleh bantu saya knp.tu ya?

    Reply
    • assalamualaikum..sy bru dftr online banking..dpt log in kt laptp tp kt fon x blh..ad notification mngatakan sy kne pergi bank islam berhampiran untuk update nombor fon..adakah sy perlu pergi ke bank islam berhampiran untuk update no fon?

      Reply
  5. assalamualaikum..sy bru dftr online banking..dpt log in kt laptp tp kt fon x blh..ad notification mngatakan sy kne pergi bank islam berhampiran untuk update nombor fon..adakah sy perlu pergi ke bank islam berhampiran untuk update no fon?

    Reply
  6. Kak, saya ada bank islam biz tapi daya tak dapat nak transfer duit secara online. Co toh spt beli barang online. Macam mana ye kak

    Reply
  7. Sy dah cuba daftar,dah isi semua details. Bila sampai kat submit dia jem. Last2 sy clear kan la,sbb takot line tak secure.

    Reply
  8. Saya terlupa id dan password.,boleh saya dapat panduan mcmana nak activate balik atau batalkan dan buat yang baharu. Saya call Customer Care tapi sukar dpt line free dan amat urgent sekarang ini dlm PKP utk gunakan online banking Bank Islam

    Reply
  9. Alhamdulillah saya dah buat online bank Islam tapi knp tak boleh lihat jumlah duit yg kita simpan..?

    Reply
  10. saya cuba masukan Atm card/Debit card no dan Atm pin untuk first time user yg betul 16 digit. Lepastu saya nak continue dia tulis ‘u have exceed the number of attempts permitted of the day’ kenapa ea? padahal sekali cuba lepastu saya cuba lagi still sama. Tolong saya :*

    Reply
  11. salam. sy ada 2 bank islam accounts (1 utk pesonal dan 1 lagi utk company). sy ada 1 hand phone shj. apabila sy buat transaction utk first account and verification melalui GO ianya berjaya.

    tapi bila sy logged in into account satu lagi, GO dah tk boleh nk verify sbb GO untk first account shj. How to get Go untk account satu lagi?

    Reply
  12. Assalam. Nk tnya saya dah masuk id dan pasword yg berul.. Tpi bla nk log in ada naik tulisan merah… Tulis acc sya tidak sah.. Sedangkan sya dh daftr dan pernah tranfer 1 kali.. Berjaya.. Bla bka kali ke 2 dh x blh log in.. Mcm mna sya nk log in kembli ke acc sya

    Reply
  13. saya nak daftar online banking dua tiga Kali saya buat online saya kena block mcm Cara nak buka block Itu semula.

    Reply
  14. Saya nak tanya..saya nak daftar utk online.. Tapi bile masukkan used id dengan password asyik keluar tulisan merah je.. Macam mana ye nak buat.. Banyak kali try macam password sye buat tetap tak boleh..

    Reply

Leave a Comment