Cara Daftar Hong Leong Online (s.hongleongconnect.my)

Jika majikan anda memerlukan anda buka akaun bank Hong Leong, pastikan anda baca cara daftar Hong Leong Connect secara online ini.

Bukan itu sahaja, jika kawasan anda tidak ada bank lain, dan yang terdekat cuma ada Hong Leong Bank, anda juga perlu baca.

Kenapa?

Ia bakal memudahkan anda untuk semak gaji masuk, check baki dan juga buat transaksi lain tanpa perlu pergi ke bank.

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar BSN online, AffinOnlineBank IslamCIMB Clicks dan juga Maybank2u.

Sedikit mengenai Hong Leong Bank

Hong Leong Bank Berhad merupakan salah satu bank komersial yang terdapat di Malaysia. Seperti bank-bank lain iaitu Maybank, RHB, Bank Rakyat dan sebagainya, Hong Leong juga menyediakan servis untuk transaksi masuk dan keluar kewangan anda.

Kini, teknologi telah pun memainkan peranan untuk memodenkan servis yang terdapat di semua bank komersial di seluruh Malaysia.

Seperti Maybank yang mempunyai Maybank2U, serta Bank Rakyat yang mempunyai i-Rakyat, Hong Leong juga mempunyai platform moden untuk menjalankan transaksi kewangan anda secara atas talian.

Sistem yang dipanggil sebagai perbankan Internet ini ditawarkan oleh Hong Leong kepada pelanggannya. Servis ini dipanggil sebagai Hong Leong Connect.

Sedikit mengenai Hong Leong Connect

Perkhidmatan Perbankan Internet Hong Leong Connect merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Hong Leong sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Hong Leong melalui Hong Leong Connect.

 

Cara daftar Hong Leong Connect secara online

Ini adalah untuk akaun Hong Leong Bank individu.

Bagaimana untuk mendaftar akaun online banking anda?

Di bawah merupakan langkah-langkahnya:

  1. Menggunakan browser, layari laman web https://s.hongleongconnect.my/.
  2. Anda akan dibawa ke laman depan rasmi Hong Leong Connect.
  3. Scroll ke bahagian kiri laman dan tekan butang Register for Online Banking.
  4. Anda akan dibawa ke laman FIRST TIME REGISTRATION.
  5. Pilih produk Hong Leong yang anda sedang gunakan dan ingin cipta akaun online banking.
  6. Produk yang sedia ada dan boleh digunakan untuk pendaftaran adalah seperti di bawah:
  • Hong Leong Savings / Current Account / Debit Card
  • Hong Leong Credit Card
  • Hong Leong Fixed Deposit Account
  • Hong Leong Loan Account

Langkah 1

Hong Leong Savings / Current Account / Debit Card

  1. Pada laman seterusnya, anda dibawa ke Step 1.
  2. Baca syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk membuat akaun online banking
  3. Pastikan anda berumur 18 tahun dan ke atas, serta mempunyai kad debit Hong Leong atau simpanan Hong Leong / Akaun Semasa. Anda tidak boleh mendaftar dengan menggunakan kad debit Hong Leong Junior.
  4. Anda juga perlu mempunyai:
    • Nombor telefon yang telah berdaftar dengan bank semasa pembukaan akaun Hong Leong, untuk menerima nombor Transaction Authorization Code (TAC)
    • Salah satu, sama ada kad debit dan nombor PIN enam digit, ATAU nombor akaun berserta dengan Temporary ID yang boleh diperoleh di cawangan Hong Leong
    • Maklumat peribadi yang anda serahkan kepada bank semasa anda membuka akaun bank anda.

 

Langkah 2

  1. Anda akan dibawa ke Step 2. Pada Select Verification ID, pilih cara untuk pengesahan pendaftaran anda. Card PIN untuk PIN enam digit kad anda, ataupun melalui Temporary ID, ID yang anda dapat daripada cawangan Hong Leong.

 

Card PIN

  1. Setelah memilih Card PIN, masukkan nombor kad 16 digit pada ruangan Card Number.
  2. Pada ruangan Card PIN, masukkan PIN enam digit kad anda.
  3. Pada ruangan ID Type, pilih New IC Number untuk memasukkan nombor kad pengenalan anda.
  4. Pada ruangan ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  5. Kemudian, pada ruangan bawah, masukkan nombor dan abjad yang tertera di kotak sebelah.
  6. Tekan butang Next.

 

Temporary ID

  1. Pada ruangan Account Number, masukkan nombor akaun 11 digit untuk akaun bank anda.
  2. Untuk Temporary ID, masukkan ID 10 digit yang anda dapat di cawangan Hong Leong.
  3. Pada ruangan ID Type, pilih New IC Number untuk memasukkan nombor kad pengenalan anda.
  4. Pada ruangan ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  5. Kemudian, pada ruangan bawah, masukkan nombor dan abjad yang tertera di kotak sebelah.
  6. Tekan butang Next.

 

Langkah 3

  1. Anda akan dibawa ke Step 3 untuk TAC Verification. Tunggu sehingga anda mendapat SMS daripada Hong Leong yang mengandungi nombor TAC. Kemudian, masukkan nombor TAC tersebut di ruang yang disediakan.

 

Langkah 4

  1. Pada laman Step 4 yang seterusnya untuk Create Credentials, masukkan username dan password yang ada ingin gunakan. Ikuti segala syarat yang ditetapkan oleh Hong Leong untuk mencipta username dan password
  2. Kemudian, pilih gambar untuk anda gunakan sebagai pengesahan untuk login ke akaun anda. Masukkan juga alamat emel anda.

 

Cara daftar Hong Leong Connect (Step 5)

  1. Pada laman Step 5 yang seterusnya untuk Create Security Question, cipta soalan yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan sekiranya anda terlupa username atau password
  2. Sediakan juga jawapan anda.
  3. Pendaftaran anda berjaya.

 

Cara login Hong Leong Connect

Selepas pendaftaran selesai, and sudah boleh login.

  1. Masukkan username yang anda pilih tadi dalam Step 4 di atas
  2. Klik Next
  3. Akan keluar gambar yang anda pilih semasa proses pendaftaran tadi
  4. Username anda juga akan dipaparkan
  5. Masukkan password anda
  6. Klik login
  7. Anda kini sudah berjaya login 

Cara register Hong Leong Connect Biz online

Buat masa ini, kami belum lagi sempat untuk membuat manual bagi Hong Leong Connect Biz untuk syarikat. Akaun bank syarikat sedikit berlainan dengan akaun individu.

Kami akan kemaskini laman ini nanti.

 

Akhir kalam

Mudah sahaja langkahnya untuk daftar Hong Leong Connect secara online. Jika ikut arahan satu persatu, semuanya jadi mudah.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Cara Daftar Hong Leong Online (s.hongleongconnect.my)”

  1. Hi, sy pernah ada akaun Hong Leong bank ketika kerja dahulu. Dan apabila sy berhenti kerja, sy tidak pernah memeriksa baki gaji trakhir sy. Bagaimana hendak memeriksa duit baki itu sekiranya sy sda tidak menyimpan buku, kad dan nombor akaun bank jg sy xtau.

    Reply
  2. Adakah pekerja asing juga boleh membuat online bank, utk makluman.. Mereka ini bekerja pada sesebuah syarikat dan setiap bulan gaji akn masuk ke Account Hong Leong bank

    Reply

Leave a Comment