Cara Daftar CIMB Clicks (Buat Akaun Dulu, Baru Register Online)

Selain Maybank2u, bank pilihan ramai untuk buat transaksi online ialah CIMB. Tentu sekali anda perlu ada akaun CIMB Clicks untuk menikmati semua kemudahan ini. Izinkan kami berkongsi cara daftar CIMB Clicks yang boleh dibuat secara online.

Izinkan kami berkongsi

1. Cara daftar CIMB Clicks online banking

Sekiranya anda mempunyai akaun bank CIMB dan ingin memulakan perbankan Internet menggunakan servis CIMB Clicks, apa yang harus anda lakukan?

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk register CIMB Clicks:

  1. Layari laman web https://cimbclicks.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke laman hadapan CIMB Clicks.
  3. Pada bahagian atas laman, tekan butang Register for CIMB Clicks.
  4. Pada laman seterusnya, terdapat dua pilihan; CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD serta INVESTMENT, LOAN/FINANCING. Pilih butang CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD.
  5. Pada bahagian bawah butang, tertera beberapa ruangan untuk diisi.
  6. Pada ruangan ATM/Debit/Credit Card Number, masukkan nombor kad debit 16 digit anda.
  7. Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor E-PIN/ATM PIN yang diperoleh ketika pendaftaran di mesin ATM.
  8. Pada ruangan Enter text as per above, masukkan ayat/perkataan/digit yang anda lihat dalam kotak di atas ruangan tersebut.
  9. Tandakan pada kotak untuk Terms & Conditions.
  10. Tekan butang Next.
  11. One Time Activation Code akan dihantar secara SMS ke telefon pintar anda. Sekiranya anda tidak mendaftar di mesin ATM terlebih dahulu, anda tidak akan mendapat activation code
  12. Masukkan nombor One Time Activation Code tersebut pada ruangan seterusnya.
  13. Klik butang Continue.
  14. Pada laman seterusnya, pada ruangan ID, masukkan username atau nama yang anda ingin gunakan untuk akaun CIMB Clicks anda.
  15. Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun ini. Kata laluan ini perlulah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara)
  16. Pada ruangan Re-enter Password, masukkan semula kata laluan yang anda baru sahaja cipta untuk akaun anda.
  17. Pada ruangan Mother’s Maiden Name, masukkan nama ringkas ibu anda. Disyorkan anda menggunakan nama panggilan untuk ibu anda serta nama panggilan untuk bapa kepada ibu anda. Misalnya, Kamisah Kassim.
  18. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda.
  19. Pada ruangan Create Your Secure Word, masukkan apa sahaja perkataan yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda. Misalnya, Naga Merah.
  20. Pastikan anda simpan semua rekod maklumat di atas untuk rujukan pada masa hadapan.
  21. Pada laman seterusnya, kosongkan semua ruangan kerana bahagian ini, yang merupakan bahagian Enter Your Introducer’s Details tidak perlu diisi (optional).
  22. Klik butang I agree & submit.
  23. Proses pendaftaran anda berjaya.

 

2. Cara login CIMB Clicks (First Time Login)

Selepeas siap registration online, anda sudah boleh login CIMB Clicks.

Berikut ialah langkah-langkah untuk log masuk perbankan Internet CIMB Clicks:

  1. Pergi ke laman web https://cimbclicks.com.my/
  2. Pada bahagian atas laman, tekan butang Login to CIMB Clicks.
  3. Pada laman seterusnya, terdapat pilihan pada ruangan I want to; View My Dashboard, View My Accounts, Transfer Money, Pay Bills, JomPAY dan Top Up. Pilih View My Dashboard untuk mendapat akses dan melihat secara keseluruhan serivs yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.
  4. Masukkan ID/username anda pada ruangan Enter User ID.
  5. Kemudian, sebuah perkataan akan keluar, di mana perkataan tersebut merupakan Secure Word anda. Tandakan Yes, this is my SecureWord sekiranya perkataan tersebut merupakan secure word anda.
  6. Masukkan kata laluan anda pada ruangan Password.
  7. Tekan butang Login.
  8. Log masuk anda berjaya.

 

3. Senarai semak sebelum register CIMB Clicks

Untuk mengelakkan masalah semasa pendaftaran, sila buat semakan berikut:

  1. Mempunyai akaun CIMB serta Kad Debit CIMB Bank (Kad ATM)
  2. Mendapatkan E-PIN/ATM PIN dan mendaftarkan nombor telefon anda terlebih dahulu dengan menggunakan mesin ATM CIMB.
  3. Sila rekodkan E-PIN anda bagi memudahkan anda mengingatinya.

 

4. Cara dapatkan E-PIN/ATM PIN CIMB

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB yang berfungsi dan masukkan kad ATM anda.
  2. Masukkan nombor pin enam digit kad ATM CIMB anda.
  3. Pilih Others.
  4. Pilih CIMB Clicks, kemudian diikuti dengan TAC Registration.
  5. Tetapkan E-PIN/ATM PIN anda.

 

5. Cara daftar nombor telefon akaun CIMB

  1. Setelah menetapkan E-PIN/ATM PIN, barulah anda boleh daftar nombor telefon
  2. Masukkan nombor telefon bimbit dan daftarkan nombor telefon anda.
  3. Anda akan menerima slip/resit yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya.

Kemudian, anda akan masuk ke fasa seterusnya iaitu fasa pendaftaran akaun CIMB Clicks secara atas talian.

 

Sedikit mengenai CIMB Bank

Sebelum itu, izinkan kami berkongsi sedikit sebanyak tentang CIMB Bank.

CIMB merupakan salah satu bank komersial yang terdapat di Malaysia. Seperti bank-bank lain iaitu Maybank, RHB, Bank Rakyat dan sebagainya, CIMB juga menyediakan servis untuk transaksi masuk dan keluar kewangan anda.

Kini, teknologi telah pun memainkan peranan untuk memodenkan servis yang terdapat di semua bank komersial di seluruh Malaysia. Seperti Maybank yang mempunyai Maybank2U, serta Bank Rakyat yang mempunyai i-Rakyat, CIMB juga mempunyai platform moden untuk menjalankan transaksi kewangan anda secara atas talian.

Sistem yang dipanggil sebagai perbankan Internet ini ditawarkan oleh CIMB kepada pelanggannya. Servis ini dipanggil sebagai CIMB Clicks.

 

Sedikit mengenai CIMB Clicks

Apa beza CIMB dengan CIMB Clicks pula?

Untuk makluman semua, perkhidmatan perbankan Internet CIMB Clicks merupakan perkhidmatan baru yang diperkenalkan CIMB sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.

Perkhidmatan CIMB Clicks ini hanya boleh digunakan oleh pemegang akaun bank CIMB dan juga pemegang akaun CIMB Islamic Bank.

 

Akhir kalam

Kini, urusan perbankan anda menjadi lebih mudah dengan CIMB Clicks. Cara daftar CIMB Clicks yang kami kongsikan ini juga diharapkan mudah difahami.

Daftarkan akaun anda dan nikmati perkhidmatan yang ditawarkan CIMB melalu CIMB Clicks.

Jika sudah lama tidak guna, dan terlupa kata laluan, sila reset dan tukar password CIMB Bank.

Semoga bermanfaat.

25 thoughts on “Cara Daftar CIMB Clicks (Buat Akaun Dulu, Baru Register Online)”

  1. Bagaimana jika no hp kita baru tapi no hp yg ada dlam acc cimb tu no hp yg lama . Ada ka kita perlu berurusan di CIMB terus. Tidak ada ka cara lain untuk menukar nya. Kerana sy langsung tidak dpt buka cimb click kerana no tac yg diberikan tidak sampai akibat sy telah menukar no HP baru

    Reply
  2. salam sejahtera…macam mana nk selesaikan masalah saya.saya nak daftar cimbclick,bila saya pergi atm mesin daftar no ic dan no telefon.kt skerin tertulis kad xsah….sedang kan akaun cimb saya tiap2 bulan duit keluar masuk..

    Reply
  3. Salam sejahtera,
    Bagaimana cara nak tukar nombor telefon yang saya sudah guna dalam kad ATM cimb

    Reply
  4. Hai. Saya nak tanya macam mana nak buat CIMBClicks dulu sebelum ni saya pernah buat tapi saya lupa password nya, bila saya tekan lupa password dia minta saya masukkan no ATM PIN saya, saya masukkan dia kata ni PIN saya tak sah… sedangkan saya pergi ATM keluar kan duit guna no PIN yang sama boleh pulak

    Reply
  5. Hai. Saya nak tanya macam mana nak buat CIMBClicks dulu sebelum ni saya pernah buat tapi saya lupa password nya, bila saya tekan lupa password dia minta saya masukkan no ATM PIN saya, saya masukkan dia kata ni PIN saya tak sah… sedangkan saya pergi ATM keluar kan duit guna no PIN yang sama boleh pulak

    Reply
  6. Sy ad pergi tukar kad sbb expired dan seblum ni Sy dah ade cimbclicks , jadi sy nak update tapi tersalah pandang sy register balik utk kad baru , macam mane nk selesaikan masalah ni ?

    Reply

Leave a Comment