Cara Daftar Alliance Bank (Register di allianceonline.com.my)

Macam mana cara daftar Alliance Bank supaya boleh guna AllianceOnline online banking untuk transfer duit dan bayar bil melalui perbankan AllianceOnline?

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai perbankan online

Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) allianceonline merupakan perkhidmatan baru yang diperkenalkan Alliance Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya menggunakan komputer riba, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Alliance Bank melalui allianceonline.

Cara daftar Alliance Bank online

Sekiranya anda mempunyai akaun bank Alliance Bank dan ingin memulakan perbankan Internet menggunakan servis allianceonline, apa yang harus anda lakukan? Di bawah merupakan langkah-langkahnya.

Langkah 1: Cara daftar nombor telefon di mesin ATM

Sebelum mendaftar secara online, anda perlu mendaftar nombor telefon anda dahulu di mesin ATM Alliance Bank.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Alliance Bank yang terdekat dengan anda.
  2. Masukkan kad ATM anda serta nombor PIN.
  3. Seterusnya, pilih OTHER SERVICES.
  4. Kemudian, pilih MORE SERVICES.
  5. Pada skrin seterusnya, pilih INTERNET BANKING ACTIVATION OR UPGRADE.
  6. Masukkan nombor telefon anda.
  7. Tekan butang untuk PRESS IF CORRECT.
  8. Proses anda selesai.

 

Langkah 2: Cara daftar Alliance Bank di allianceonline.com.my

  1. Layari laman web rasmi AllianceOnline di sini
  2. Anda akan tiba di laman utama allianceonline. Pilih link First Time Registration.
  3. Pada laman seterusnya, pilih I have an Alliance Bank ATM/Debit Card.
  4. Kemudian, pada laman seterusnya, pada ATM/Debit Card Number, masukkan nombor kad ATM anda. Nombor kad debit/ATM sebanyak 16 digit ini anda boleh peroleh di bahagian hadapan kad debit/ATM anda.
  5. Seterusnya, pada ATM PIN (6 digit), masukkan nombor PIN enam digit untuk kad debit/ATM anda.
  6. Tekan butang Next.
  7. Anda akan menerima T-PIN enam digit melalui SMS di telefon anda. Pada laman seterusnya, masukkan T-PIN enam digit ini di ruangan T-PIN. Tekan butang Submit.
  8. Anda akan dibawa ke seksyen First Time Registration di allianceonline
  9. Pada Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Username anda mestilah panjang daripada 8-20 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol).
  10. Pada New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah panjang daripada 8-20 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol).
  11. Pada Email Address, masukkan alamat emel anda.
  12. Pada Preferred Name, masukkan nama untuk akaun anda.
  13. Pada Secure Phrase, masukkan satu perkataan yang anda ingin gunakan untuk membuat pengesahan bahawa akaun ini ialah milik anda, untuk login yang akan datang. Anda mestilah menghafal Secure Phraseyang anda masukkan ini.
  14. Kemudian, pilih satu kotak di bawahnya sebagai pengesahan bahawa kotak tersebut dimiliki oleh akaun anda.
  15. Baca terma dan syarat pada kotak Terms & Conditions.
  16. Tick Accept. Kemudian, tekan Submit.
  17. Pendaftaran anda berjaya. Pada laman seterusnya, tertera Secure Phrase anda dan juga had transaksi yang dibenarkan untuk dijalankan dengan allianceonline, sama ada pindahan wang, ataupun untuk sebarang pembayaran bil dan sebagainya.

 

Langkah 3: Login AllianceOnline

  1. Layari laman web https://www.allianceonline.com.my/personal/login/login.do
  2. Baca popup SECURITY TIPS jika ada
  3. Klik OK untuk tutup popup tadi
  4. Akan ada paparan Welcome to allianceonline
  5. Masukkan Username
  6. Tekan Login
  7. Semak Secure Phrase anda
  8. Jika betul, klik tick pada I CONFIRM THIS IS MY SECURE PHRASE
  9. Masukkan Password
  10. Tekan Login sekali lagi
  11. Anda kini sudah berjaya login ke dalam AllianceOnline

 

Akhir kalam

Alliance Bank sebagai salah satu bank terkenal yang terdapat di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk menyediakan satu aternatif baru dalam menyelesaikan masalah pelanggan untuk melakukan sebarang transaksi wang dengan cepat dan menjimatkan masa.

Dengan allianceonline, masalah berkaitan transaksi wang diselesaikan di hujung jari sahaja.

Bagi anda yang merupakan pelanggan Alliance Bank, daftarlah sekarang akaun online banking anda dan nikmati pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Alliance Bank.

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Cara Daftar Alliance Bank (Register di allianceonline.com.my)”

  1. Saya sudah ikut step. Sudah p atm untuk aktifkan no hp. Masuk online allince first time registeration, masukkan no debit lepastu pin alliance. Selesai masukkan pin tekan next, no tu jadi panjang lepastu invalid la sbb panjang. Byk kli sdh begitu. Mcmna tu?

    Reply

Leave a Comment