Cara Daftar Affin Bank Online (Register di affinonline.com)

Bagaimana cara daftar Affin Bank online untuk memudahkan urusan perbankan atas talian? Usah bimbang, kami akan kongsikan panduan seperti di bawah.

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar BSN online, Hong Leong ConnectCIMB Clicks dan juga Maybank2u.

Serba sedikit mengenai Affin Bank

Affin Bank Berhad (atau Affin Bank) ialah bank di Malaysia yang dimiliki oleh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di dalam papan utama Bursa Malaysia.

Affin Bank merupakan salah satu bank komersial yang terdapat di Malaysia. Seperti bank-bank lain iaitu Maybank, RHB, Bank Rakyat dan sebagainya, Hong Leong juga menyediakan servis untuk transaksi masuk dan keluar kewangan anda.

Kini, teknologi telah pun memainkan peranan untuk memodenkan servis yang terdapat di semua bank komersial di seluruh Malaysia.

Seperti Maybank yang mempunyai Maybank2U, serta Bank Rakyat yang mempunyai i-Rakyat, Affin Bank juga mempunyai platform moden untuk menjalankan transaksi kewangan anda secara atas talian. Sistem yang dipanggil sebagai perbankan Internet ini ditawarkan oleh Affin Bank kepada pelanggannya. Servis ini dipanggil sebagai AffinOnline.

 

Serba sedikit mengenai AffinOnline

Perkhidmatan Perbankan Internet AffinOnline merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Affin Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Affin Bank melalui AffinOnline.

Bagi anda yang mempunyai akaun Affin Bank, anda juga boleh mendaftar di AffinOnline untuk melakukan online banking. Beberapa syarat perlu dipenuhi sekiranya anda ingin membuka akaun online banking AffinOnline.

  • Pastikan anda mempunyai akaun bank Affin Bank.
  • Pastikan anda mempunyai kad bank Akaun Simpanan / Akaun Semasa Affin Bank ataupun kad kredit Affin Bank.
  • Pastikan anda meminta IB-PIN (Pengenalan Peribadi Internet – Nombor Peribadi Sementara) enam digit di mana-mana ATM Affin Bank dengan menggunakan Kad Debit / Kad kredit Affin anda. Bagi anda yang menggunakan Akaun Bersama dengan mandat ‘salah seorang akan menandatangani’ atau ‘kedua-dua akan menandatangani’, maka anda perlu melawat ke cawangan Affin Bank untuk memautkan akaun anda ke akaun online banking AffinOnline
  • Selepas pendaftaran di mesin ATM, anda perlu melawat ke mana-mana cawangan Affin Bank untuk mendapatkan nombor telefon bagi penghantaran SMS yang mengandungi nombor TAC.
  • Setelah selesai, barulah anda boleh mula mendaftar akaun online banking
  • Anda juga akan diminta untuk mengisi borang di cawangan Affin Bank untuk membolehkan anda registerakaun online banking

 

Cara daftar Affin Bank online

Untuk mendaftar akaun online banking AffinOnline anda:

  1. Pada browser anda, layari laman web https://www.affinonline.com/.
  2. Anda akan dibawa ke laman depan rasmi AffinOnline.
  3. Scroll ke bahagian atas kanan laman dan tekan butang Personal untuk register buat kali pertama.
  4. Kemudian, pada laman seterusnya, scroll juga ke bahagian kanan atas laman dan tekan butang Login.
  5. Anda akan dibawa ke laman ini: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang First Time Login.
  7. Pada laman seterusnya, anda diminta untuk memasukkan butiran kad anda.
  8. Pada ruangan Card Number, masukkan nombor kad 16 digit anda.
  9. Pada ruangan ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Untuk memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad), pilih Identity Card – New sebagai ID Type
  10. Pada ruangan ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  11. Pada ruangan IB PIN From ATM / Branch, masukkan IB PIN enam digit yang anda peroleh di mana-mana ATM Affin Bank.
  12. Kemudian, tekan link Request TAC untuk meminta nombor TAC. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank yang mengandungi nombor TAC tersebut.
  13. Tekan butang Continue.
  14. Pada laman seterusnya, pada ruangan Username dan Password, masukkan username dan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  15. Kemudian, tekan butang Login.
  16. Baca juga terma dan syarat pada butang Terms And Conditions. Kemudian, tekan butang I Accept.
  17. Jawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers untuk menyempurnakan proses pendaftaran akaun online banking
  18. Proses pendaftaran anda berjaya.

Kepada yang belum mencuba, selamat mencuba! Boleh terus login Affin Bank online selepas ini.

 

Akhir kalam

Dengan mengikuti cara daftar Affin Bank online seperti yang dikongsikan di atas, mudah sahaja bukan?

Semoga urusan perbankan harian anda dengan AffinOnline dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Cara Daftar Affin Bank Online (Register di affinonline.com)”

  1. Memang kne mntk IB PIN dulu ke dekat pejabat affin bank tu? Baru boleh register affin bank online? Sbb sekarang ni nk kluar pon tkut. Affin bank pon jauh dari rumah.

    Reply
  2. hye nak tanya klu akaun bersama boleh tak affin online tu penma kedua letak dibhgian utk online bank..klu boleh mcmna ya caranya?

    Reply

Leave a Comment