Tarikh Bayaran i-Citra Ogos 2021 (Pembayaran Melalui Pengkreditan Bank)

Perkongsian ini adalah untuk anda yang mahu tahu tarikh bayaran i-Citra bagi pembayaran bulan Ogos 2021. Pastikan anda buat semakan kelulusan i-Citra terlebih dahulu di icitra.kwsp.gov.my

1. Bila tarikh bayaran i-Citra bagi bulan Ogos 2021?

Tarikh pembayaran i-Citra bagi bulan Ogos 2021 ialah pada 2 Ogos 2021. Ini hanya terpakai bagi yang memohon i-Citra yang awal-awal, iaitu pada bulan Julai 2021.

Tambahan lagi, setiap pemohon mungkin menerima tarikh pembayaran yang berlainan. Tarikh 2 Ogos 2021 itu ialah tarikh paling awal.

Ada yang melaporkan, mereka mendapat maklumat dari dalam portal iCitra di mana tarikh pengkreditan ialah pada 5 Ogos, 7 Ogos dan lain-lain lagi.

 

2. Cara pembayaran i-Citra

Untuk makluman, semua bayaran i-Citra akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Apa itu pengkreditan terus? Nampak macam susah nak faham apa itu pengkreditan bukan?

Sebenarnya, pengkreditan terus itu ialah duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pemohon yang memohon i-Citra.

Jadi, jika pengkreditan gagal sekalipun, anda tidak boleh ambil duit secara tunai di mana-mana cawangan KWSP.

 

3. Pengkreditan i-Citra gagal? Macam mana boleh berlaku?

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan pembayaran terus ke dalam akaun anda gagal. Antara masalah yang dikenalpasti ialah:

  • Akaun bank anda tidak aktif (Jika tidak aktif, bank akan reject)
  • Akaun bank yang diisi bukan nama anda (iaitu pemohon yang buat permohonan i-Citra)
  • Akaun bank yang diberikan bukan akaun simpanan atau akaun semasa (mungkin anda tersilap masukkan akaun syarikat)

Jika ini berlaku, sila hubungi pihak KWSP segera di talian 03-8922 4848 bagi menyelesaikan permasalahan  berkenaan pengkreditan.

 

4. Kalau saya mohon i-Citra KWSP pada bulan Julai 2021, bila tarikh pembayaran?

Seperti yang dimaklumkan, sesiapa yang memohon awal-awal pada bulan Julai 2021, mereka akan menerima duit iCitra pada awal bulan Ogos.

Untuk mudah faham, berikut ialah jangkaan i-Citra bila masuk jika anda mohon pada awal bulan Julai 2021.

Bila mohon i-Citra? Tarikh bayaran i-Citra
Julai 2021
Bulan pertama: Dijangka bermula 2 Ogos 2021
Bulan kedua: Sekitar bulan September 2021
Bulan ketiga: Sekitar bulan Oktober 2021
Bulan keempat: Sekitar bulan November 2021
Bulan kelima: Sekitar bulan Disember 2021

5. Kalau saya mohon i-Citra pada bulan Ogos 2021, bila duit masuk?

Berikut pula jangkaan tarikh duit iCitra akan dikreditkan jika anda mula buat permohonan pada bulan Ogos 2021.

Bila mohon i-Citra? Tarikh pembayaran duit i-Citra
Ogos 2021
Bulan pertama: Dalam bulan September 2021
Bulan kedua: Dalam bulan Oktober 2021
Bulan ketiga: Dalam bulan November 2021
Bulan keempat: Dalam bulan Disember 2021
Bulan kelima: Dalam bulan Januari 2022

Kenapa mesti mohon lambat-lambat?. In case masih lagi belum mohon, sila daftar i-Citra cepat-cepat.

 

6. Berapa jumlah pembayaran amaun i-Citra yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank?

Berikut adalah satu senario untuk mudah faham.

Jika anda memohon i-Citra sebanyak RM5,00 pada bulan Julai 2021, jadual pembayaran adalah seperti di bawah:

Bila mohon i-Citra? Jumlah amaun Amaun diterima setiap bulan
Julai 2021
RM5,000
Bulan pertama: RM1,000
Bulan kedua: RM1,000
Bulan ketiga: RM1,000
Bulan keempat: RM1,000
Bulan kelima: RM1,000

 

Berikut ialah jumlah penerimaan duit i-Citra jika anda layak mengeluarkan RM4,500

Bila mohon i-Citra? Jumlah amaun Amaun diterima setiap bulan
Julai 2021
RM4,500
Bulan pertama: RM1,000
Bulan kedua: RM1,000
Bulan ketiga: RM1,000
Bulan keempat: RM1,000
Bulan kelima: RM500

Ini pula jadual pembayaran duit i-Citra jika anda layak mengeluarkan RM3,000

Bila mohon i-Citra? Jumlah amaun Amaun diterima setiap bulan
Julai 2021
RM3,000
Bulan pertama: RM1,000
Bulan kedua: RM1,000
Bulan ketiga: RM1,000
Bulan keempat: Tiada
Bulan kelima: Tiada

Terakhir, jika duit baki KWSP anda tidak banyak; iaitu bawah RM1,000, ini jadual pembayaran duit i-Citra jika anda layak mengeluarkan RM800.

Bila mohon i-Citra? Jumlah amaun Amaun diterima setiap bulan
Julai 2021
RM800
Bulan pertama: RM800
Bulan kedua: Tiada
Bulan ketiga: Tiada
Bulan keempat: Tiada
Bulan kelima: Tiada

Sila buat semakan i-Citra ini untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran selepas mengetahui tarikh-tarikh ini.

 

7. Semak baki akaun bank, pada tarikh bayaran iCitra

Sila buat semakan bayaran i-Citra melalui portal icitra.kwsp.gov.my dengan segera untuk mendapatkan pengesahan status LULUS. Namun, jangan terus bergegas ke ATM untuk keluarkan duit. Sila semak baki duit dalam bank secara online terlebih dahulu.

Berikut antara panduan untuk check baki duit dalam akaun bank-bank yang terpilih:

Bank Link
Maybank / Maybank Islamic Semak baki duit Maybank
BSN Semak baki duit BSN
Bank Islam Semak baki duit Bank Islam
RHB / RHB Islamic Bank Semak baki duit RHB
Ambank Semak baki Ambank
Agro Bank Semak baki Agrobank
Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic Semak baki Hong Leong Bank
Affin Bank / Affin Islamic Bank Semak baki Affin Bank
Bank Rakyat Semak baki Bank Rakyat

 

Akhir kalam

Kami harap perkongsian tarikh pembayaran i-Citra ini dapat melegakan kebimbangan anda. Jangan risau. Kami yakin pihak KWSP dan kerajaan Malaysia akan membuat pembayaran duit i-Citra mengikut tarikh yang ditetapkan.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Tarikh Bayaran i-Citra Ogos 2021 (Pembayaran Melalui Pengkreditan Bank)”

  1. That my comment we all knowing that much problem thy do settle that in good day come government and kwsp descuss that problem go or open all portal in 1th because icitra kwsap more time in 1 month, so no to must us to complaining, and that quaitly.

    Reply
  2. ASSALAMUALAIKUM. Saya nak tanya satu soalan sahaja. ADMIN, ada ke x link bank CIMB ? Sekian, terima kasih. WASSALAM.
    #StaySafe
    #StayAtHome
    #KitaJagaKita

    Reply

Leave a Comment