Cara Daftar i-Citra 2021 (Hanya Perlu No IC dan Nombor Telefon)

Cara Daftar i-Citra 2021 (Hanya Perlu No IC dan Nombor Telefon)

Cara daftar i-Citra KWSP tidaklah sesusah i-Sinar dan i-Lestari. Sebelum ini, pengeluaran duit KWSP perlu melalui i-Akaun kerana tidak ada portal rasmi yang khas. Jadi, izinkan kami berkongsi cara daftar i-Citra melalui icitra.kwsp.gov.my yang lebih kurang sama dengan kaedah pengeluaran i-Sinar.

Selepas buat pendaftaran nanti, untuk check samada lulus atau tidak, sila rujuk semakan kelulusan i-Citra.

Nota:

1. Cara daftar i-Citra KWSP

NOTA:

Bagi yang belum pernah mendaftar, berikut ialah cara untuk membuat pendaftaran i-Citra secara online dengan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon sahaja. Sejurus selepas mengesahkan Nombor Telefon Bimbit, anda boleh terus buat permohonan iCitra.


  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  3. Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk Bukan Warganegara
  4. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  5. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif
  6. Tekan butang TERUSKAN
  7. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
  8. Masukkan Nombor OTP tersebut
  9. Tekan butang SAHKAN NOMBOR OTP
  10. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra
  11. Sekarang, anda perlu mengisi 4 bahagian
  12. Pertama sekali, Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
    • Anda akan dapat lihat paparan AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN
    • Amaun di atas adalah setelah ditolak amaun i-Sinar yang masih belum dibayar (sekiranya ada)
    • Amaun kelayakan yang dipaparkan adalah berdasarkan baki akaun anda setakat tiga (3) hari yang lalu
    • Andaikan AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN anda ialah RM5,000
    • Akan ada dua pilihan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
      • Klik untuk memohon RM5,000
      • Klik untuk mengurangkan Amaun Pengeluaran
    • Pilih Klik untuk memohon RM5,000
    • Anda akan dapat lihat JADUAL BAYARAN untuk:
      • Bulan 1
      • Bulan 2
      • Bulan 3
      • Bulan 4
      • Bulan 5
    • Tekan butang TERUSKAN
  13. Anda kini berada di Bahagian 2: Maklumat Permohonan
    • Semak MAKLUMAT PEMOHON
      • Nama Penuh
      • Nombor MyKad / MyPR
      • Nombor Telefon Bimbit
    • Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu
    • Di ruangan Adakah anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, pilih Ya
    • Masukkan Nama Bank
    • Masukkan Nombor Akaun Bank
    • Masukkan sekali lagi Nombor Akaun Bank
    • Jika anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, anda tidak boleh tekan butang TERUSKAN
    • Jawab soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana
      • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji)
      • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
      • Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan
      • Mengalami penguran pendapatan / gaji
      • Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas
      • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas
      • Sebab-sebab lain
    • Jawab soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk
      • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan
      • Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain)
      • Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu
      • Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak
      • Menambah simpanan / dana kecemasan
      • Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain)
      • Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan
      • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
      • Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
      • Perbelanjaan bukan keperluan asas
      • Hal-hal lain
    • Tekan butang TERUSKAN
  14. Anda kini berada di Bahagian 3: Pengesahan Permohonan
    • Sila semak MAKLUMAT PEMOHON
    • Sila semak JADUAL BAYARAN
    • Tick di ruangan Saya dengan ini mengesahkan
    • Tick di ruangan Saya bukan robot
    • Tekan butang HANTAR
  15. Anda kini berada di Bahagian 4: Selesai
    • Sekiranya semuanya berjalan lancar, permohonan i-Citra anda kini sudah selesai

 

2. Ada masalah untuk register i-Citra KWSP?

Kami tahu, tak semua yang dirancang berjalan lancar.

Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai masalah, layari semula https://icitra.kwsp.gov.my. Sila tekan butang ASK LEYA di sebelah kanan bawah untuk bantuan.

Selain itu, anda juga boleh gunakan talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

 


Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar i-Citra KWSP secara online ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Daftar i-Citra 2021 (Hanya Perlu No IC dan Nombor Telefon)

21 thoughts on “Cara Daftar i-Citra 2021 (Hanya Perlu No IC dan Nombor Telefon)”

  1. Saya nak tukar nombor telefon baru , telefon lama saya sudah lama tidak guna lagi .
    Telefon lama saya pun sudah lama tidak aktif lagi .Telefon baru saya ialah 016-5257581.
    Saya mahu membuat pemohonan I-Citra , menyebabkan telefon lama tidak aktif lagi ,maka tak dapat menerima OTP .Harap pihak boleh menolong membuat penyelesaian secepat mungkin .
    Telefon baru saya ialah 016 5257581.
    Nama: Lee Mee Na
    IC: 811202-13-5392

    Reply
  2. Saya sudah bagi nombor fon Dan ic masih tak dapat Lagi nombor OTP saya juga telah menelifon hot line.. Tapi tak dapat… Saya berharap pihak kwsp dapat menyelesai kan masalah saya

    Reply
  3. Mcmana nak update no tel baru secara online. Sbb no hp lama x guna lg. Bole ke online tukar no hp tu. Please explain sikit. Dah buntu nie nak apply icitra x bole.

    Reply
  4. Pada tang nk tkr phn number kena pg ke kiosk 9am-1pm epf ya. Walk in disana, 8.30am dia akn distribute no sebanyak 100 shaja. Selebihnya kena q ikut turn smpai ckup msa ttup. Update no phn mmg xblh online.

    Reply
  5. Saya pun tak dapat setiap hari cuba asyik suruh pergi kiosk
    Cap jari dah rosak dah tak kerja
    Bshr tak dapat sedih

    Reply
  6. Saya dah memohon i citra..saya semak tentang kelulusan permohonan, dia tulis permohonan saya tidak ada dalam rekod

    Reply
  7. Update nombor telefon baru saya 0108713139
    Syahrul Affinie b Abd Hamid
    Nom ahli kwsp 14910826

    Reply
  8. Awak ckp Ada ruang tick bukan robot .. saya cri ruangan tick tu kt mna ?? Hbistu mcm mna nk tekan hantar .. kalau bahagia 3 je dh Ada masalah ..

    Reply

Leave a Comment