Semakan Kelulusan i-Citra 2021 (Check Status LULUS / TIDAK)

Nampaknya, laju betul KWSP buat kerja. Bagi anda yang sudah mohon i-Citra beberapa hari yang lalu, kini sudah boleh buat semakan kelulusan i-Citra melalui laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak penerimaan permohonan i-Citra

Berdasarkan gambarajah di atas, sebelum anda membuat semakan kelulusan iCitra, anda perlu pastikan permohonan anda diterima.

Macam mana mahu check i-Citra untuk mengetahui status LULUS atau GAGAL jika sebenarnya permohonan anda tidak diterima?.

  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Sila buat permohonan i-Citra mengikut panduan yang diberikan
  3. Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
  4. Selesaikan Bahagian 2: Maklumat Permohonan
  5. Selesaikan Bahagian 3: Pengesahan Permohon
  6. Sila ambil perhatian d Bahagian 4: Selesai
  7. Anda akan melihat paparan TERIMA KASIH. Permohonan anda telah diterima. Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat mulai bulan Ogos.
  8. Sila screenshot dan simpan paparan ini untuk rekod.
  9. Selesai

 

2. Cara buat semakan kelulusan i-Citra

Seterusnya, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN; atau
  3. Klik direct link ini: https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
  4. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  5. Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
  6. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  7. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
  8. Tick Saya bukan robot
  9. Tekan butang SEMAK STATUS
  10. Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
  11. Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
  12. Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
  13. Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan
  14. Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
  15. Semakan kelulusan i-Citra anda selesai.

 

Akhir kalam

Bagi yang belum mendaftar, sila daftar i-Citra sebelum tarikh tutup 30 September 2021.

Semasa proses pendaftaran itu nanti, sekiranya anda tidak menerima SMS OTP / TAC, mungkin ada sedikit problem dengan nombor telefon anda. Jika ia berkalu, boleh rujuk cara tukar nombor telefon KWSP

Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan kelulusan i-Citra ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

34 thoughts on “Semakan Kelulusan i-Citra 2021 (Check Status LULUS / TIDAK)”

  1. Says satus semakkan…permohonan rekod je..tak boleh lihat..nomber telofon saya 01151849641…cik tolong saya…cek sudah terima…I citra saya?

    Reply
  2. Semak saya sdh lulus ke? Sebb semak saya tak boleh tengok..ITU tujuk..permohonana anad tiade dalam rekod mcm…ITU!says guna telefon nomber 01151849641…

    Reply
    • Saya minta kelulusan i citra bermohon RM 5000 ada yang Belen RM3000 tidah tak rurus ada kan kalua di rurus tlng MMS bagi saya tahu

      Reply

Leave a Comment