Perkongsian ini adalah untuk anda yang asyik tertanya-tanya duit i-Citra bila masuk. Pastikan anda buat semakan kelulusan i-Citra terlebih dahulu di icitra.kwsp.gov.my
1. Bila tarikh duit i-Citra dijangka masuk?
Untuk makluman, setiap pemohon mungkin menerima tarikh bayaran yang berbeza-beza. Ini bermakna tarikh Mazlan terima duit i-Citra mungkin tidak sama dengan tarikh Karim.
Tarikh bayaran yang akan dikreditkan ke akaun bank Mazlan dan Karim mungkin tidak sama.
2. Kalau saya mohon i-Citra pada bulan Julai 2021, bila boleh dapat?
Berikut ialah jangkaan tarikh pembayaran i-Citra jika anda mohon pada bulan Julai 2021.
Bila mohon i-Citra? | Tarikh dapat duit i-Citra |
Julai 2021
|
Bulan pertama: Dijangka bermula 2 Ogos 2021 |
Bulan kedua: Dijangka bermula 2 September 2021 | |
Bulan ketiga: Sekitar bulan Oktober 2021 | |
Bulan keempat: Sekitar bulan November 2021 | |
Bulan kelima: Sekitar bulan Disember 2021 |
3. Kalau saya mohon i-Citra pada bulan Ogos 2021, bila duit masuk?
Berikut pula jangkaan tarikh duit iCitra akan dikreditkan jika anda mula buat permohonan pada bulan Ogos 2021.
Bila mohon i-Citra? | Tarikh dapat duit i-Citra |
Ogos 2021
|
Bulan pertama: Dalam bulan September 2021 |
Bulan kedua: Dalam bulan Oktober 2021 | |
Bulan ketiga: Dalam bulan November 2021 | |
Bulan keempat: Dalam bulan Disember 2021 | |
Bulan kelima: Dalam bulan Januari 2022 |
Kenapa mesti mohon lambat-lambat?. In case masih lagi belum mohon, sila daftar i-Citra cepat-cepat.
4. Berapa banyak amaun i-Citra akan dikreditkan ke dalam akaun?
Berikut adalah satu senario untuk mudah faham.
Jika anda memohon i-Citra sebanyak RM5,00 pada bulan Julai 2021, jadual pembayaran adalah seperti di bawah:
Bila mohon i-Citra? | Jumlah amaun | Amaun diterima setiap bulan |
Julai 2021
|
RM5,000
|
Bulan pertama: RM1,000 |
Bulan kedua: RM1,000 | ||
Bulan ketiga: RM1,000 | ||
Bulan keempat: RM1,000 | ||
Bulan kelima: RM1,000 |
Berikut ialah jumlah penerimaan duit i-Citra jika anda layak mengeluarkan RM4,500
Bila mohon i-Citra? | Jumlah amaun | Amaun diterima setiap bulan |
Julai 2021
|
RM4,500
|
Bulan pertama: RM1,000 |
Bulan kedua: RM1,000 | ||
Bulan ketiga: RM1,000 | ||
Bulan keempat: RM1,000 | ||
Bulan kelima: RM500 |
Ini pula jadual pembayaran duit i-Citra jika anda layak mengeluarkan RM3,000
Bila mohon i-Citra? | Jumlah amaun | Amaun diterima setiap bulan |
Julai 2021
|
RM3,000
|
Bulan pertama: RM1,000 |
Bulan kedua: RM1,000 | ||
Bulan ketiga: RM1,000 | ||
Bulan keempat: Tiada | ||
Bulan kelima: Tiada |
Terakhir, jika duit baki KWSP anda tidak banyak; iaitu bawah RM1,000, ini jadual pembayaran duit i-Citra jika anda layak mengeluarkan RM800.
Bila mohon i-Citra? | Jumlah amaun | Amaun diterima setiap bulan |
Julai 2021
|
RM800
|
Bulan pertama: RM800 |
Bulan kedua: Tiada | ||
Bulan ketiga: Tiada | ||
Bulan keempat: Tiada | ||
Bulan kelima: Tiada |
Sila buat semakan i-Citra ini untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran selepas mengetahui tarikh-tarikh ini.
5. Check balance akaun bank, bila dapat duit iCitra
Sila buat semakan bayaran i-Citra melalui portal icitra.kwsp.gov.my dengan segera untuk mendapatkan pengesahan status LULUS. Namun, jangan terus bergegas ke ATM untuk keluarkan duit. Sila semak baki duit dalam bank secara online terlebih dahulu.
Berikut antara panduan untuk check baki duit dalam akaun bank-bank yang terpilih:
Bank | Link |
Maybank / Maybank Islamic | Semak baki duit Maybank |
BSN | Semak baki duit BSN |
Bank Islam | Semak baki duit Bank Islam |
RHB / RHB Islamic Bank | Semak baki duit RHB |
Ambank | Semak baki Ambank |
Agro Bank | Semak baki Agrobank |
Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic | Semak baki Hong Leong Bank |
Affin Bank / Affin Islamic Bank | Semak baki Affin Bank |
Bank Rakyat | Semak baki Bank Rakyat |
Akhir kalam
Kami harap perkongsian tarikh pembayaran i-Citra ini dapat melegakan kerisauan anda. Jangan bimbang. Kami yakin pihak kerajaan dan KWSP akan masukkan duit i-Citra mengikut tarikh yang ditetapkan.
Biar mereka buat kerja mereka. Jangan gangu mereka. Jangan asyik tanya bila duit i-Citra masuk.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Semoga bermanfaat.
Saya nak kemaskini nombor telefon
Untuk permohonan i-citra.nombor yang telah di daftarkan dengan KWSP tidak lagi digunakan . tolong bantu saya
0177572810
sya nk kemaskini nombor telepon sya sbab nombor telepon sya ta boleh di guna kn lagi tlong bantu
apehal plk tarikh 2hb-5hb ni sy pnya 7hb mcm mna?info sahih ke info copy paste ni..adoiiii penat laa korang ni..
500
5000
mcm mna saya nk cek trikh duit i citra bila di kreditkan ke acc bank??mntk tnjuk ajar..tq
Saya punya tarikh 2hb ogos…harini…bila masuk dalam akaun bank maybank sy ye?tahu tak tuan puan…help me
Saya nak tukar nombor telefon baru yang lama dah hilang’
Pengeluaran kwsp sudah dikeluarkan,duit masuk bank.sudah dapat sms.tapi sy check akaun duit tak masuk.sampai sekg duit tak masuk.macam mana ya..
Tarikh kwsp dh pn di ubah suai pada 1 Sept 2021..apa dah jadi..masih tertanya2 kenapa pembayaran ini masih tiada hingga jam 8 pm 1 sept 2021…kenapa withdraw untuk 1 Sept 2021 dah pn direkodkan tp dlm bank hanya baki saja tertera…ni menyusahkan Dan bukan meringankan beban rakyat…jika rekod dh keluarkan kita x terima mcm Mana nk buktikan jika ada pertikaian Dr kwsp mengatakan duit tersebut telah pn di kreaditkan?
Asal duit i citra tak masuk lagi kata bulan September ni 490 jer pon susah sangat ka
Inda pun skg ,4 hb uda byr ako mau ni byr ni main main jk kamu ni tau,;(
Samalah kita duit i citra tk masuk2 lgi yg bln septmber. kata 1 , 2 dn 3 hri bln pmbyaran i citra sktg dh 4 hri bln…dorang kwsp tk malu ke…tukan duit kita org…
Kenapa pulak ni pembayaran i citra lambat pulak masuk untuk bulan 10 ni apa masaalah pulak ni kenapa lambat sangat,tak fikir ke orang nak guna terdesak ke apa ke,saya nak guna untuk keperluan harian kot bukan nya nak coping tu pon tak boleh nak bagi lagi lebih baik i sinar cepat pon cepat i citra ni main bayak suka lengah kan masa untuk ambik kesempatan betul la,i citra ni main main.
Saya nak i citra bayar duit saya untuk bulan 5/10/2021 ni sebab saya terdesak dengan saya tak ada kerja lagi lepas tu saya tak dapat duit keperluan bulanan lagi tu pon tak reti nak fikir ke, macam mana dengan orang yang miskin tegar kerana mereka miskin tegar macam mana mereka nak lalui dan macam mana mereka nak beli keperluan harian mereka i citra ni susah betul la sebab main bayak.