Cara Check No Akaun Bank Rakyat (Nak Tahu, Tapi Terlupa Nombor)

Pasti anda adalah antara orang yang tak ingat atau terlupa nombor akaun Bank Rakyat. Jangan bimbang, itu perkara biasa. Kalau nak tahu cara untuk semak no akaun tersebut, ikuti langkah-langkah mudah untuk check no akaun Bank Rakyat ini.

1. Check no akaun Bank Rakyat secara online (irakyat.com.my)

Berikut ialah cara paling pantas untuk menyemak nombor akaun Bank Rakyat:

  1. Buka laman web rasmi Akaun Bank di sini: https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking.
  3. Isikan Username dan Password.
  4. Pilih menu My Account atau Account Info.
  5. Maklumat No Account anda akan dipaparkan di skrin.

 

2. Check nombor akaun Bank Rakyat melalui tele-Rakyat (1-300-80-5454)

Tele-Rakyat merupakan pusat panggilan pelanggan Bank Rakyat yang ditawarkan untuk membantu pelanggan yang sedia ada dan baru.

Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan semula nombor akaun bank anda:

  1. Hubungi Bank Rakyat di talian ini: 1-300-80-5454
  2. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin tahu nombor akaun Bank Rakyat.
  3. Pegawai bank akan meminta nombor IC atau kad pengenalan anda untuk membuat pengesahan dalam sistem.
  4. Setelah pengesahan dibuat, pegawai bank akan memaklumkan nombor bank akaun anda.

Pusat panggilan pelanggan tele-Rakyat juga menawarkan perkhidmatan yang sedia ada di cawangan Bank Rakyat dan platform internet yang dikenali sebagai iRakyat.

Antara perkhidmatan tele-Rakyat adalah:

  • Menawarkan khidmat pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan.
  • Membuat pengumuman tentang promosi terkini.
  • Melaporkan kehilangan/kecurian kad ATM.
  • Menyemak status permohonan pembiayaan.
  • Menawarkan maklumat terbaru tentang kadar semasa.
  • Menyemak maklumat akaun bank anda.

 

3. Semak account number Bank Rakyat melalui buku

Setiap pelanggan Bank Rakyat akan diberi buku bank atau buku simpanan. Nombor akaun akan didapati di muka surat depan buku simpanan anda.

 

4. Semak no akaun Bank Rakyat di ATM

Kalau anda tinggal berdekatan dengan Bank Rakyat, berikut ialah salah satu alternatif:

  1. Hadirkan diri ke mana-man cawangan ATM Bank Rakyat terdekat dengan rumah anda.
  2. Masukkan kad Debit/Credit ATM anda ke dalam slot ATM mesin.
  3. Kemudian, masukkan PIN ATM anda.
  4. Klik Pertanyaan Baki.
  5. Pilih Jenis Akaun.
  6. Paparan skrin akan menunjukkan nombor akaun simpanan anda.

 

5. Cek account number Bank Rakyat di cawangan

Kalau kebetulan mahu dapatkan penyata dan ada masa untuk beratur dan menunggu, berikut ialah cara untuk cek nombor akaun di kaunter Bank Rakyat:

  1. Sila pergi ke kaunter pejabat Bank Rakyat yang terdekat dan memaklumkan kepada pegawai kaunter bahawa anda ingin tahu nombor akaun Bank Rakyat.
  2. Pegawai Kaunter akan meminta maklumat kad pengenalan anda dan pegawai kaunter akan memberi maklumat nombor akaun bank anda setelah pengesahan dibuat.

 

6. Maklumat berkaitan Bank Rakyat

Berikut pula ialah maklumat tambahan yang berkaitan dengan Bank Rakyat:

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai cara check no akaun Bank Rakyat ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Cara Check No Akaun Bank Rakyat (Nak Tahu, Tapi Terlupa Nombor)”

Leave a Comment