Bagi anda yang menjalankan perniagaan sama ada secara konvensional ataupun secara atas talian, anda wajib mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM. Persoalannya, bagaimana cara daftar SSM secara online?
Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.
Langkau artikel ini untuk daftar SSM MYDATA.
Sedikit mengenai SSM
SSM ialah badan berkanun yang bertanggungjawan sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
Untuk mendaftar perniagaan anda dengan SSM, anda boleh menggunakan dua cara, iaitu pergi ke kaunter di mana-mana cawangan pejabat SSM di seluruh Malaysia, ataupun mendaftar secara online. Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana untuk mendaftar SSM secara online.
Cara daftar SSM online
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Anda akan tiba di portal rasmi Ezbiz untuk membuat pendaftaran.
- Terdapat paparan untuk login. Tekan butang Sign Up.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Id Type, pilih jenis ID yang anda ingin masukkan. Untuk memudahkan, pilih NRIC, untuk kad pengenalan baru.
- Pada ruangan Id No, masukkan nombor kad pengenalan anda, tanpa tanda sempang. (Misalnya, 800110055014)
- Kemudian, pada ruangan Name as per IC, masukkan nama penuh anda, seperti dan WAJIB sama dengan nama yang tertera pada kad pengenalan anda.
- Tekan butang Register untuk meneruskan proses dan cara daftar SSM online
- Pada laman seterusnya, baca penerangan tentang Ezbiz.
- Untuk langkah seterusnya, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM yang terdekat untuk membuat pengesahan pendaftaran akaun anda.
- Bawa kad pengenalan anda, dan anda akan diberikan thumbprint. Setelah itu, anda berjaya mengaktifkan akaun anda.
- Buka semula akaun anda. Login ke akaun anda. Kemudian, pada menu, tekan My Business Services.
- Di bawah sub-menu New Business Registration, tekan link New Business untuk mula mendaftar perniagaan anda.
- Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisikan. Isi kesemuanya, dan WAJIB isi pada ruangan yang bertanda (*) berwarna merah.
- Pada Name Type, pilih jenis nama perniagaan anda, sama ada PERSONAL NAME, atau TRADE NAME untuk daftar SSM online.
- Pada ruangan Business Name, masukkan nama perniagaan anda.
- Pada Business Start Date, pilih tarikh untuk anda ingin mulakan perniagaan anda.
- Pada Partnership Agreement Date, masukkan tarikh untuk sebarang partnership agreement aktif (sekiranya ada).
- Isikan di bahagian-bahagian lain seperti Registration Period, Business Info untuk info tentang bisnes anda, Status, Incubator, Is Online Seller untuk memastikan sama ada perniagaan anda jenis online seller atau tidak, dan bahagian alamat syarikat di Main Address dan juga Mailing Address untuk alamat surat-menyurat. Isi kesemuanya.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Anda juga diminta untuk mengisi bahagian seksyen lain, iaitu Branches, Business Code, Owners sehingga ke Fees & Declaration.
- Pada seksyen Fees & Declaration, anda akan membuat pembayaran untuk pendaftaran syarikat anda. Jumlah bayaran yang tertera adalah berdasarkan pilihan-pilihan yang telah anda tetapkan untuk perniagaan anda, seperti pada Name Type dan juga Registration Period.
- Tick pada pernyataan di bawah, tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment untuk teruskan proses dan ikuti cara daftar SSM secara online.
- Pada laman seterusnya, anda boleh menekan PAY OVER THE COUNTER untuk membayar di kaunter di mana-mana cawangan SSM yang terdekat. Atau, tekan butang PAY ONLINE untuk membayar secara online.
- Untuk membayar secara online, anda boleh menggunakan dua cara, iaitu membayar menggunakan kad kredit/debit, atau membayar secara online banking.
- Jika anda ingin membayar secara kad kredit/debit, pada ruangan yang tertera di bawah Pay with Credit or Debit Card, masukkan maklumat yang diperlukan. Pada Cardholder Name, masukkan nama anda, sama seperti nama yang anda daftarkan untuk kad anda.
- Pada Card Number, masukkan nombor kad yang tertera di bahagian hadapan kad kredit/debit anda.
- Pada Expiration Date, masukkan tarikh luput kad debit/kredit anda. Pada MM, masukkan bulan, manakala pada YYYY, masukkan tahun. Tarikh luput ini tertera pada bahagian hadapan kad anda. (Misalnya, tertera 05/24, yang bermaksud Mei 2024)
- Pada CVV, masukkan tiga digit yang tertera pada bahagian belakang kad kredit/debit anda.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment.
- Sekiranya anda ingin membayar menggunakan online banking, pilih mana-mana ikon bank yang tertera. Setelah klik ikon tersebut, anda akan dibawa ke laman rasmi bank tersebut. Misalnya, jika anda pilih CIMB Clicks, anda akan dibawa ke laman rasmi CIMB Clicks.
- Ikut prosedur pembayaran online banking melalui CIMB Clicks, sehingga proses pembayaran anda selesai.
- Cara daftar SSM dan pendaftaran perniagaan anda selesai.
Login selepas pendaftaran SSM
Selepas selesai urusan daftar SSM, anda kini boleh login SSM pula.
- Layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my
- Anda kini berada di bahagian Sign In
- Masukkan USERNAME
- Masukkan PASSWORD
- Tekan ikon mata untuk melihat password yang anda taip
- Masukkan VERIFICATION CODE seperti yang terpapar
- Tekan butang Sign In
- Anda kini telah berjaya login SSM
Akhir kalam
Kesimpulannya, SSM memainkan peranan untuk memastikan perniagaan anda berdaftar. Kepada anda yang teringin untuk memulakan perniagaan, daftarlah sekarang dengan SSM.
Ikuti segala prosedur yang diberikan, sehinggalah proses pendaftaran anda berjaya, dan perniagaan anda sah di sisi undang-undang.
Semoga perniagaan anda terus maju dan dilimpahi dengan berkat kasih sayang Allah.
Diharapkan agar perkongsian cara daftar SSM online ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Jika anda terjejas dek Coronavirus COVID-19, boleh cuba mohon bantuan kerajaan dan swasta seperti Geran Khas Prihatin, BSN Micro dan pinjaman TEKUN.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- ssm ebizz