Cara Claim SOCSO (Tuntutan PERKESO Kematian, Accident, Cacat)

Rasanya rata-rata tahu atau sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau mungkin lebih mesra di halwa telinga orang ramai sebagai SOCSO (Social security Organization).Bagi pekerja swasta, caruman SOCSO ini adalah wajib. Daripada pihak pekerja mahupun majikan. Sekiranya majikan enggan mencarum SOCSO untuk pekerjanya, majikan itu sebenarnya telah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan. Pada hari ini izinkan kami berkongsi dengan anda tentang cara claim SOCSO dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web rasmi SOCSO pada pautan ini www.perkeso.gov.my.

Cara claim SOCSO

Macam mana mahu memulakan tuntutan?

Dalam isu ini, Jabatan Sumber Manusia syarikat pekerja akan memainkan peranan. Bantu dari segi memberi panduan untuk proses membuat tuntutan. Disebabkan itu, pekerja atau ahli keluarganya harus segera menghubungi pihak syarikat untuk mendapati segala maklumat atau perincian.

Kami juga sediakan artikel tentang program subsidi upah perkeso sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentangnya, klik sahaja pautan ini.

Cara claim SOCSO, jika kemalangan

Berdasarkan laman web PERKESO, majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama:

1) Kad perakam waktu atau rekod kedatangan

2) Sijil cuti sakit

3) Salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja.

 

Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

Selain itu, apa lagi dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntutan SOCSO dan mengelakkan daripada tuntutan ditolak?

 

1) Borang tuntutan (Borang 10)

2) Surat pengenalan daripada majikan

3) Borang PKS 24 (tuntutan bayaran ganti belanja perjalanan)

4) Borang PKS 26 (Laporan tuntutan bayaran ganti belanja am)

5) Resit rawatan asal (untuk yang berpenyakit)

6) Salinan kad temu janji

7) Salinan laporan perubatan (jika ada)

 

Untuk pengetahuan anda, sekiranya doktor mengesahkan pekerja tidak boleh bekerja selama empat hari (sekurang-kurangnya, termasuk hari berlakunya kemalangan), pekerja terbabit layak mendapatkan manfaat hilang upaya sementara.

Apakah maksudnya? Pekerja tersebut layak menerima bayaran selama tempoh tidak boleh bekerja. Adakah anda tahu mengenai perkara ini?

Selain itu, jika pekerja mengalami hilang upaya kekal kerana terlibat dalam kemalangan di tempat kerja, pekerja terbabit boleh membuat tuntutan faedah hilang upaya kekal, sama ada mampu untuk terus bekerja ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, pekerja tersebut perlu membuat permohonan bertulis kepada pejabat SOCSO dengan rujukan doktor.

Cara claim SOCSO ini memerlukan dokumen. Antara dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan ini ialah:

 

1) Borang permohonan

2) Salinan kad pengenalan

3) Laporan perubahan sama ada hospital atau klinik di mana pekerja mendapatkan rawatan

4) Borang 10

5) Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman SOCSO

6) Butiran akaun bank pekerja yang membuat permohonan

 

Dalam perkara ini, pekerja terbabit boleh memilih sama ada terus bekerja sambil menerima faedah hilang upaya kekal atau tidak.

Perlu diingatkan faedah yang dibayar pula adalah bergantung kepada keputusan dibuat oleh doktor mengenai situasi pekerja terbabit.

Selain itu, pekerja yang hilang upaya kekal sepenuhnya kerana terlibat dalam kemalangan di tenpat kerja layak menerima elaun layanan. Tetapi perlu juga disahkan oleh doktor mengenai situasinya. Mereka ini layak menerima elaun iaitu 40 peratus daripada gaji penuh dengan had RM500 sebulan.

 

Apa itu SOCSO?

Tahukah anda bahawa SOCSO ini sangat penting dan mempunyai banyak manfaat?

Tahukah anda bahawa SOCSO ini membantu anda apabila hilang pekerjaan atau ditimpa kemalangan dan kecelakaan ketika waktu bekerja?

Baiklah. Di sini kami akan menerangkan secara ringkas apa itu SOCSO atau PERKESO.

SOCSO adalah bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan dalam bentuk wang tunai serta manfaat-manfaat lain kepada pekerja di dalam sektor swasta jika berlakunya keadaan kecemasan, ditimpa kecelakaan, dijangkiti penyakit, cedera ataupun meninggal dunia ketika sedang bekerja.

Setakat ini dianggarkan hampir 7 juta pekerja swasta di negara ini mendaftar dengan SOCSO.

Perlu diketahui bahawa sebelum kami kongsikan cara claim SOCSO, terdapat beberapa skim yang ditawarkan di bawah SOCSO iaitu:

 

1) Skim Bencana Pekerjaan

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca atau kesan daripada pekerjaan yang dilakukan.

 

2) Skim Pencen Ilat

Skim ini pula memberi perlindungan kepada perkerja daripada keilatan.

Keilatan ini seperti berlakunya situasi pekerja uzur kekal, tidak boleh diubati atau kemungkinan tidak akan sembuh. Contohnya seperti seorang yang menghidap penyakit kritikal yang boleh membawa maut. Kanser tahap tinggi misalnya. Serangan strok atau seumpamanya. Penyakit-penyakit yang menyebabkan pekerja itu tidak boleh lagi mencari nafkah.

 

3) Skim Insurans Pekerja (SIP)

Selain itu, kini terdapat juga bantuan daripada SOCSO dalam bentuk elaun tunai berjumlah RM600 untuk tempoh tiga bulan kepada mana-mana pencarum yang kehilangan pekerjaan.

Hilang kerja pun SOCSO bantu anda. Anda tahu tak mengenai manfaat-manfaat ini?

Itu secara ringkasnya tentang SOCSO, bagi sesiapa yang tidak tahu tujuan SOCSO atau sekadar tahu dari segi nama sahaja.

Kita tumpukan pula kepada persoalan penting mengenai SOCSO ini. Bagaimana untuk membuat tuntutan SOCSO?

Senarionya hari ini ialah tidak ramai yang ambil tahu mengenai manfaat SOCSO. Jadi apabila kemalangan menimpa seseorang itu di tempat kerja, tiada tindakan diambil oleh pekerja itu sendiri atau ahli keluarganya sekiranya kecelakaan lebih serius sehingga menyebabkan meninggal dunia.

Itu adalah satu kesilapan. Sebaliknya apabila mengalami kecederaan ketika bekerja, pekerja tersebut harus membuat tuntutan dengan secepat mungkin. Kalau pekerja itu tidak mampu, ahli keluarga perlu membantu.

 

Akhir kalam

Jadi, adakah anda sudah dapat memahami serba sedikit mengenai SOCSO dan cara untuk membuat tuntutannya.

Memang tidak dinafikan, proses membuat tuntutan itu agak mengambil masa, lebih-lebih lagi proses-proses tuntutan perlu dilakukan secara manual dengan pekerja terlibat atau ahli keluarga perlu ke cawangan pejabat SOCSO.

Tetapi, perlu diingatkan juga potongan gaji anda setiap bulan untuk caruman SOCSO itu, inilah kegunaannya. Jika anda tidak gunakan, adalah satu kerugian.

Jadi, fahamkan mengenai SOCSO dan kelebihan yang anda ada sebagai pencarum SOCSO. Tuntutlah sekiranya anda layak menerimanya.

Tetapi pastikan semua dokumen untuk menyokong tuntutan anda lengkap!

53 thoughts on “Cara Claim SOCSO (Tuntutan PERKESO Kematian, Accident, Cacat)”

  1. SAYA TELAH JATUH WAKTU KERJA SEMASA MEMBUAT INSPECTION BANGUNAN . KAKI KANAN SAYA TERLUKA DAN BENGKAK.
    SELEPAS WAKTU KERJA DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK RAWATAN .

    SAYA INGIN MEMBUAT TUNTUTAN SOSCO KEMALANGAN
    DIHARAPKAN PIHAK SOSCO CARA MEMBUAT TUNTUTAN TERSEBUT

    Reply
  2. LIYANG AK BUAN
    16/06/2021.06.37 PTG
    saya cedera semasa kerja luka di siku terkena mashine pemotong kayu
    Pada 29/05/2021
    dan terpaksa dibedah dan dijahit .
    28 jahitan pada tangan saya .
    Dan disini saya

    BERNAMA Liyang anak Buan ingin membuat tuntutun sosco kemalangan kerja .diharap Pihak sosco memhubungi saya kerana saya tidak tahu cara menuntut sosco .
    Boleh hubungi saya dia bawah::
    0146625331

    Reply
  3. Sy accdent balik kerja 430ptg ..selepas saya ingat luka jatuh ditangan biasa jer.sy balik umah mandi…terido ..ptg kol 630br terjaga..sakit bila nk dduk solat..

    Reply
  4. Saya terlibat dalam kemalangan ketika sedang pergi ke kerja pada pukul 7.30 pagi. Saya pengsan ketika kemalangan dan bila sedar sudah berada di Hospital Seberang Jaya, Penang. 2 minggu saya muntah2 akibat kecederaan di kepala. Saya ingin membuat tuntutan SOCSO diatas kejadian yang berlaku. Diharap pihak SOCSO dapat membantu saya.

    Reply
  5. Saya balu kematian suami akibat covid-19..saya jga dijangkiti covid stage 4..adalah permohonan pencen perkeso diuruskn oleh majikan??

    Reply
  6. saya berkerja di pejabat veterinar sebagai security guard(swasta)semasa di tempat kerja saya telah digigit oleh sekor kucing….setelah beberapa hari jari yg terkena gigitan bernanah dan terpaksa menjalani pembedahan….di tahan di wad selama 4hari…setelah dua bulan jari yg di bedah tidak normal.menjadi bengkok dan hanya boleh digerakkan sedikit sahaja…..bolehkah saya buat tuntutan sosco

    Reply
  7. Saya telah dalam kemalangan langgar lari semasa ke tempat kerja.saya pergi ke hospital.doktor sahkan tangan kiri saya patah..adakah socso cover kos operation sy

    Reply
  8. Saya accident motor ketika perjalanan pergi ke tempat kerja pada 25 JANUARI 2021 hari isnin pada pukul 7.30 pagi. Adakah saya masih lagi boleh memohon claim socso?

    Reply
  9. Salah seorang kawan saya (Bayang Anak Buang) mengalami kemalangan semasa kerja. Empat jari kaki beliau terpaksa dibuang. Kemalangan ini berlaku pada tahun 2012. Adakah masih boleh claim SOCSO? Terima kasih.

    Reply
  10. Suami saya pernah luka di tangan semasa berkerjA.dan Kene jahit 4 jarum.tpi majikan tidak urus kan Claim SOCSO suami saya.ape harus suami saya laku kan untuk dpt Claim secso.kemalangan terjadi tahun 2020

    Reply
  11. Sy baru lepas lakukan pembedahan kecil pada 6-10-2021(carpal tunnel)selesai MC,dan meneruskan cuti tanpa gaji…layak kah sy membuat tuntutan socso(pemotongan rumput,syarikat pembersihan awam)01116126329

    Reply
  12. Bapa saya kemalangan jalan raya dan meninggal dunia sewaktu perjalan pergi bekerja, kejadian berlaku ketika saya berusia 12 tahun, sekarang saya berusia 56 tahun, boleh kah saya membuat sebarang tuntutan keatas socso, terima kasih

    Reply
  13. SAYA BARU SAJA MEGALAMI KEMALANGAN MOTORSIKAL . CEDERA DI KAKI KIRI DAN TANGAN KANAN MEGALAMI RETAKAN TULANG . KEJADIAN BERLAKU SEMASA PERJALANAN MENUJU KE TEMPAT KERJA. SAYA SUDAH MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL BAHAGIAN KECEMASAN SEMASA KEJADIAN. SAYA MENERIMA CUTI SAKIT SELAMA SEMINGGU. SAYA TIDAK TAHU LANGKAH SETERUSNYA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN PERKESO DISEBABKAN KAWASAN SAYA TIDAK MEMPUNYAI PEJABAT ATAUPUN CAWANGAN PERKESO. DI HARAP PIHAK PERKESO DAPAT MENOLONG SAYA DALAM HAL INI.

    Reply
  14. Salam sejahtera..maaf saya nak bertanya bagaimana caranya utk saya memohon khairiat kematian abg saya..Arwah abg saya seorg duda mempunyai anak lelaki ttp tdk tinggal bersama slps bercerai..umur anak skrg 24 thn…saya yg menguruskan bg pihak ibu dan ayah saya..abg saya meninggal pada 01 Jul 2021..apa yg perlu saya buat

    Reply
  15. Saya excident tahun 1995,kesihatan saya terjejas cacat kekal ,semasa excident saya perjalanan balik kampong,bolehkah saya claim SOCSO sekarang,

    Reply
  16. Saya accident motor semasa balik kerja 8bh September 2021 Dan kaki saya patah di bahagian sendi .. boleh ka saya buat tuntutan dokumen seperti laporan police , resit rawatan Dan surat cuti sakit semua agent insurance ambik untuk buat tuntutan insurance.. macam mana saya nak buat tuntutan perkeso

    Reply
  17. Saya telah mengalami kecederaan pada jari kaki saya akibat terhempap kayu semasa berkerja dan saya dikejarkan ke hospital,selepas di x-try jari kaki saya yang nombor tiga telah patah,majikan saya telah buat clime insuran soso nie,cuma saya ingin tahu bilakah saya akan dapat duit papasan saya ini,disini saya sertakan nombor kad pengenalan saya ( 761217-03-5893 untuk rujukan pihak tuan dan tarikh masa kejadian ialah 15/12/2021.diharapkan kerjasama pada pihak tuan untuk selesaikan masaalah saya ini.nombor talifon saya ( 019-9132898.sekian terima kasih.

    Reply
  18. Ayah saya positif COVID-19 tahap 5 dan dimasukan ke hospital pada 14/9/2021-4/10/2021.Selepas keluar dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan dan bekerja lagi kerana mengalami kesukaran bernafas bila banyak melakukan pergerakan dan kini hampir 7 bulan tidak bekerja.Adakah ayah saya dapat membuat sebarang tuntutan daripada pihak SOCSO.

    Reply
  19. Boleh kah tuntutan faedah hilang upaya kekal dibuat 2 kali ?
    Selepas 3 thn kemalangan, sy masih terasa sakit bila hendak
    berjalan…
    Tidak dpt lg bersukan…
    Perlukah sy membuat pembedahan untuk mengeluarkan besi yg di masuk kn ketika pembedahan sebelum ini??

    Reply
  20. Boleh saya tahu tak cara bayaran socso.saya baru pertama kali exciden moto kaki patah waktu balik kerja,saya nak tahu cara bayaran socso macam mana,ada ke permulan socso akan bayaran mc kita,socso dah bayar mc ,saya cuma nak tahu bayaran penuh tu berapa lama yek

    Reply
  21. Boleh saya tahu tak cara bayaran socso.saya baru pertama kali exciden moto kaki patah waktu balik kerja,saya nak tahu cara bayaran socso macam mana,ada ke permulan socso akan bayaran mc kita,socso dah bayar mc ,saya cuma nak tahu bayaran penuh tu berapa lama je

    Reply
  22. Abang ipar baru meninggal dunia pernah carum SOCSO tapi sudah lama berhenti kerja. Skrg dia telah meninggal dunia akibat penyakit. Tp mempunyai anak yg masih belajar. Blh kah anaknya mdpt bantuan dr SOCSO? Tk

    Reply
  23. Saya telah dilanggar lari oleh sebuah kereta semasa balik kerja dan tangan saya patah.Adakah saya dilindungi oleh socso?

    Reply
  24. Saya nak tahu, 2 tahun lepas saya ada accident di kilang sawit tapi majikan saya tak buat repot esok so saya tunggu dan saya dapat tahu majikan saya tak buat report di SOCSO waktu saja accident macam mana saya nak tahu boleh calling lagi ke..

    Reply
  25. salam sejahtera,saya kemalangan sewaktu pulang dari kerja di simpang jalan di langgar oleh kereta.oleh yang demikian saya ingin bertanya berkenaan cara2 tuntutan online memandangkan saya agar sukar untuk bergerak kerana pergelangan kaki kanan saya patah.mohon budi bicara dari pihak perkeso terima kasih.

    Reply
  26. SAYA KEMALANGAN SEMASA BALIK DARI KERJA. SEMASA MEMBUKA PAGAR RUMAH SAYA,PAGAR TERSEBUT TELAH JATUH DAN TELAH MENIMPA KAKI SAYA.KAKI SAYA CEDERA DARI 11 MARCH 2022 HINGGA SEKARANG.SAYA MENDAPAT CUTI SAKIT SELAMA SEMINGGU.KEPALA MENDAPAT 3 JAHITAN. HASIL UJIAN SINAR-X KAKI SAYA TIDAK PATAH. TAPI MENGALAMI LUKA YANG TERUK PADA TISU KAKI. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT TUNTUTAN DENGAN PIHAK PERKESO DALAM MASALAH SEBEGINI?
    MOHON HUBUNGI SAYA DI ALAMAT EMAIL YANG DISERTAKAN.
    TERIMA KASIH

    Reply
  27. 6/1/22 jam 6.10 sy kemalangan motor sy dilanggar dgn myvi yg meluru keluar Dr simpang.myebbkn tgn sy patah n operation 2x utk proses masukkn besi pd prgelangan tgn.sy dh hntr surat2 utk clim socso dh sebulan x de response. Brp lama bayaran dibuat.

    Reply
  28. Saya telah kemalangan…motor
    terbabas melanggar divaider
    Saya mengalami kecerdaan patah tulang rusuk,tulang bahu Dan tulang belikat..disebabkan itu…tulang bahu Dan tulang belikat
    DOKTOR telah melakukan pembedahan…ke atas tulang bahu Dan belikat…dengan memasang besi…bolehkah saya membuat tututan socso diatas pembedahan tersebut

    Reply
  29. SAYA TELAH MENDAPAT SERANGAN JANTUNG.PADA HUJUNG TAHUN 2019,SEMASA SEDANG BERTUGAS.TERUS BAWA KEHOSPITAL.PADA TAHUN 2020,SAYA BUAT PERBEDAHAN.SEMASA KEADAAN SAKIT,KILANG TAWARAN BERHENTI KERJA.BOLEHKAH CLAIM SOSCO.

    Reply
  30. Sy nk kongsi kisah saya…saya mengalami kecederaan patah jari kaki …sewaktu sy sedang bekerja ..terkepit besi longkang…kemudian sy DPT kan rawatan di hospital kemudian diorg refer sy ke hospital pakar,sepanjang sy mendapat kn rawatan ,doktor mmg berikan saya mc(cuti sakit). Sy d saran kn untuk dibedah membetulkan jari saya yang patah itu. Alhamdulillah semua nya bjalan lancar. Tapi saya xboleh bjalan sepanjang sakit, bila sy dh discharge saya pergi PERKESO untuk claim,diorg bagi borang semua UTK kita isi, kemudian Dy mntak kita sediakan laporan kedatangan ,payslip 6bulan ,MC original,dan tandatangan company kita,…dh selesai hantar, alhamdulillaa pihak PERKESO bayar MC sy…selagi korg ada Mc korg kne hantar je kt PERKESO….kalau blaku kecederaan waktu nk pi kje atau waktu balik kje atau waktu dlm kje…pergi je claim ,… inshallah akn d pmudahkn urusan kalian

    Reply
  31. Saya nak tanya 23/2 /22 saya telah jatuh di bilik air di rumah untuk pergi bekerja dan saya telah pergi ke klinik kesihatan yg mengatakan yang pergelangan tangan kanan saya telah retak.Adakah saya layak untuk claim mc

    Reply
  32. Saya sudah 3 bln kemalangan jln raya terbabas lori dan patah kaki kanan.sy mc dari 24.2.22 Smpai Skrang . masalah nye majikan enggan kerjasama..saya dh buat aduan dekat PERKESO..blh ke Sya claim mc majikanxnk sediakan borang berkait dengan nya.

    Reply
  33. ANAK SAYA KEMALANGAN SEMASA BALIK DARI KERJA MOTOR SAMA MOTOR 13.4.2022. BOLEHKAH SEKARANG CLAIM SOSCO?
    ANAK SAYA LUKA TANGAN KAKI DAN HIDUNG.DUA BLN TAK BOLEH PAKAI KASUT .

    Reply
  34. Sy ada potong pekso tpi tak lama 3 bulan sja lepas tu bhnti kerja , lama sdh bhnti krja krja kebun, baru2 nie kaki sy kna patuk ular , bolh kh sy tuntut pekso , minta pndapat mcm mna , dapat ke tdk claim pekso

    Reply
  35. Anak saya Shamer Irqmal excident pada malam 17/1/22 pukul 11lebih
    Ketika mahu balik ke rumah bukan waktu bekerja mengalami kecederaan patah dibahagian betis Kiri , peha Kiri , pergelanggan tangan kanan dn pinggul..sekarang masih lagi cuti..sekarang majikan tidak mahu bekerjasama untuk claim socso
    Boleh bantu saya macam mana hendak memohon socso ?

    Reply
  36. SAYA MENGALAMI KEMALANGAN PADA APRIL LEPAS, SEKARANG SUDAH JULY..MASIHKAH SAYA BOLEH CLAIM SOCSO..?MACAM MANA KAH PROSES DIA..?LAPORAN POLIS SUDAH DIBUAT,MC RECORD RAWATAN SUSULAN HOSPITAL JUGA ADA..

    Reply
  37. 机构管理员同人,大家好,本人想提问:有关于强制性规定雇主为雇员提交socso投保计划,与公积金计划必须是公司聘用日或月提供会员注册,可如果说该公司并无依法履行此(强制性规定)而没为员工第一时间注册成为会员。这行为算犯法烦规吗?

    Reply
  38. Ng Siew Siew

    Selamat Tengahhari, saya punya pekerja mengalami accident yang serius masa lepas kerja dalam perjalan kaki balik rumah.
    Kejadian berlaku dalam tarikh dan masa 09/08/2022.08.50 MALAM
    Masa melintas jalan besar di depan kedai, kereta berwarna hitam memandu dengan cepat justeru terus terlanggar pekarja saya.
    Sekarang pekerja saya masih dalam hospital. Tangan kirinya hancur tak dapat dijahit. Punggung tulang juga retak. Sekarang cuma boleh tunggu doctor pakar datang cek keadaan baru boleh tahu macam mana operation boleh dijalankan.

    Saya sebagai pengarah harap boleh membantu pekerja saya bernama Gary Chin Kok Sheng ingin membuat tuntutun sosco kemalangan kerja .diharap Pihak sosco memhubungi saya kerana saya tidak tahu cara menuntut sosco .
    Boleh hubungi saya dia bawah::
    0189698828 Ribuan Terima Kasih.

    Reply
  39. sya telah kemalangan pda bulan 4.. tp sya tiada buat laporan polis,tp sya mengalami patah bahu atau terkeluar sya pun kurang pasti..
    boleh x sya mohon untuk kecacatan kekal??
    mohon pencerahan..

    Reply
  40. Sya telah kemalangan pda ;13/4/2022 ,sya mengalami patah kaki..patah 3 sebelah kaki boleh x sya mohon untuk kecacatan kekal?

    Reply
  41. saya nk tanya suami sya ade menjalani operation pacemaker iaitu sejenis battery pada 4 nov 2022 . Saya nk tanya macam mana nk claim under critical illness dan suami sya layak tak untuk mendapa pencen ilat

    Reply
  42. Pada 20.12.2022 suami saya mengalami kecederaan di tangan di jahit 12jahitan. Nak tanya macam mana caranya untuk saya buat tuntutan tersebut.

    Reply
  43. Assalam..saya muhaimi,mengalami kemalangan jalanraya semasa hendak pergi kerja pada 11 jan 2023 lepas.
    Saya menaiki motosikal melalui bulatan pahang setelah menghantar isteri bekerja di HKL pada pukul 7.40pagi.motosikal yg dinaiki dilanggar oleh kereta honda berwarna kerana beliau hendak keluar simpang dari kanan ke kiri.Saya berada dilaluan tengah.
    Saya mengalamai kecederaan tulang retak sedikit dan tisu2 koyak dibahagian bahu kiri…jadi boelhkah saya claim kecederaan ini?
    Doktor yg bertugas di bhgian kecemasan hanya memberi mc 2minggu…akan ada rawatan susulan selepas 2minggu tersebut.
    Boleh bg pencerahan…terima kasih

    Reply
  44. Saya mengalami kecederaan pada tissu betis semasa berjalan kaki Dari parking pekerja ke tempat kerja,Dan sedang mejalani rawatan serta cuti sakit ..adakah saya boleh claim socso

    Reply

Leave a Comment