BPN 2.0 Bila Masuk? (Tarikh Dapat Duit BPN Fasa 2 Ikut Bank)


Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu duit BPN 2.0 bila masuk akaun bank? Jangan bimbang, kalau sudah login BPN dan mendapat status lulus, duit bantuan akan tetap masuk. Cuma perlu semak tarikh bayaran BPN 2.0 dahulu.

Izinkan kami berkongsi berkenaan BPN bila dapat seperti di bawah.

Duit BPN 2.0 bila masuk?

Maklumat ini adalah berdasarkan laporan Berita Harian yang memetik pengumuman dari Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

 

#1 Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Pertama?

Untuk makluman, tarikh bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sudah selesai dibayar kepada penerima bermula hari Isnin, 26 Oktober 2020 yang lalu.

 

#2 Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Kedua pula?

Pembayaran seterusnya dijangka pada:

    • Khamis, 21 Januari 2021

Seperti sedia maklum, semua bayaran bantuan dari kerajaan adalah secara beperingkat. Maksudnya, ada individu yang akan dapat tepat pada tarikh tersebut. Akan ada pula yang menerima hari esoknya, atau minggu depannya.

Jadi, jangan panik jika duit BPN belum dapat. Perlu bersabar.

 

Bila duit BPN 2.0 masuk ikut bank?

Ada desas-desus mengatakan bahawa pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan atau tarikh pengkreditan BPN 2.0 yang lebih awal iaitu antara 19 hingga 22 Oktober 2020. Jika anda salah seorang daripadanya, sila komen di bawah untuk pengesahan.

Apa-apa pun, di bawah ini adalah perkongsian tarikh kemasukan duit BPN 2.0 untuk bank-bank terpilih:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Bermula 21 Januari 2021
  • CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
  • Bermula 21 Januari 2021
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
  • Bermula 21 Januari 2021
  • Affin Bank / Affin Islamic Bank
  • Bermula 21 Januari 2021
  • RHB Bank / RHB Islamic Bank
  • Bermula 21 Januari 2021
  • Bank Muamalat
  • Bermula 21 Januari 2021
  • Maybank / Maybank Islamic
  • Bermula 21 Januari 2021
  • Bank Islam
  • Bermula 21 Januari 2021
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  •  Bermula 21 Januari 2021
  • Agro Bank
  • Bermula 21 Januari 2021
  • Ambank / AmIslamic Bank
  • Bermula 21 Januari 2021

 

Amaun wang BPN 2.0 yang bakal masuk bank

Untuk lebih mudah faham, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

#1 Kategori Bujang B40

Bila duit BPN masuk?

  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020. Pemegang akaun BSN dan CIMB akan menerima lebih awal.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari 2021.

 

#2 Kategori Bujang M40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300

 

Bila duit BPN masuk?

  • Bayaran Fasa Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan pada 26 Oktober 2020. Pemilik akaun BSN dan CIMB dijangka akan terima duit bantuan lebih awal.
  • Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada 21 Januari 2021.

 

#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.

Bila BPN 2.0 masuk?

  • Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020. Pemegang akaun BSN dan CIMB akan menerima lebih awal.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada 21 Januari 2021.

 

#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.

Bila BPN 2.0 masuk?

  • Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada 26 Oktober 2020 berjumlah RM400. Pemilik akaun BSN dan CIMB dijangka akan terima duit bantuan lebih awal.
  • Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200.
  • Belum ada informasi lanjut mengenai tarikh bayaran Fasa 2. Akan diberitahu oleh LHDN nanti.

 

Akhir kalam

Tahniah pada yang sudah terima duit pembayaran BPN 2.0. Bagi yang masih menunggu bila BPN 2.0 masuk, bersabarlah. Duit itu tetap ada, cuma mungkin lambat sedikit. Teruskan buat semakan bayaran BPN 2.0 melalui portal LHDN.

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bpn 2 0 bila masuk

Leave a Comment