BPN 2.0 Bila Dapat? (Ini Tarikh Duit Masuk Ikut Akaun Bank)


Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu BPN 2.0 bila dapat? Jangan bimbang, duit tetap masuk. Cuma perlu semak tarikh bayaran BPN 2.0 dahulu.

Izinkan kami berkongsi maklumat berkenaan bila BPN 2.0 masuk seperti di bawah.

Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0?

Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

  1. Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Pertama?
    Untuk makluman, tarikh bayaran BPN 2.0 ini adalah dijangka pada:

    • Isnin, 26 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, ada yang menerima lebih awal. Sila rujuk tarikh masuk mengikut bank seperti di bahagian seterusnya di bawah.
  2. Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Kedua pula?
    Pembayaran seterusnya dijangka pada:

    • Sekitar bulan Januari 2020

Untuk makluman, bayaran pada 26 October 2020 ini adalah secara beperingkat. Maksudnya, ada individu yang akan dapat tepat pada tarikh tersebut. Akan ada pula yang menerima hari esoknya, atau minggu depannya.

 

Bila tarikh masuk duit BPN 2.0 ikut bank?

Ada desas-desus mengatakan bahawa pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan atau tarikh pengkreditan BPN 2.0 yang lebih awal iaitu antara 19 hingga 22 Oktober 2020. Jika anda salah seorang daripadanya, sila komen di bawah untuk pengesahan.

Apa-apa pun, di bawah ini adalah perkongsian tarikh kemasukan duit BPN 2.0 untuk bank-bank terpilih:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Bermula 19, 20 dan 21 Oktober 2020. Ada yang terima pada 22 Oktober 2020
  • CIMB Bank / CIMB Islamic Bank

  • Bermula 22 Oktober 2020. Akan terus dikreditkan seterusnya pada 23, 24, 25 dan 26 Oktober 2020
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic

  • Bermula 26 Oktober 2020. Dikatakan antara bank paling lambat akan buat bayaran. Wallahualam.
  • Affin Bank / Affin Islamic Bank

  • Bermula 26 Oktober 2020
  • RHB Bank / RHB Islamic Bank

  • Bermula 26 Oktober 2020
  • Bank Muamalat

  • Bermula 26 Oktober 2020
  • Maybank / Maybank Islamic

  • Bermula 26 Oktober 2020
  • Bank Islam

  • 26 Oktober 2020
  • Public Bank / Public Islamic Bank

  •  26 Oktober 2020
  • Agro Bank

  •  26 Oktober 2020
  • Ambank

  •  26 Oktober 2020

 

Amaun BPN 2.0 yang bakal diterima?

Untuk lebih mudah faham, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

#1Kategori Bujang B40

Bila dapat?

  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020. Pemegang akaun BSN dan CIMB akan menerima lebih awal.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar Fasa Kedua akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti

 

#2 Kategori Bujang M40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300

Bila dapat?

  • Bayaran Fasa Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan pada 26 Oktober 2020. Pemilik akaun BSN dan CIMB dijangka akan terima duit bantuan lebih awal.
  • Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar Fasa 2 akan dimaklumkan nanti oleh LHDN nanti

 

#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.

Bila duit masuk?

  • Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020. Pemegang akaun BSN dan CIMB akan menerima lebih awal.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada bulan Januari 2021.
  • Pengumuman tarikh pengkreditan Fasa 2 akan diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

 

#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.

Bila duit masuk?

  • Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada 26 Oktober 2020 berjumlah RM400. Pemilik akaun BSN dan CIMB dijangka akan terima duit bantuan lebih awal.
  • Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200.
  • Belum ada informasi lanjut mengenai tarikh bayaran Fasa 2. Akan diberitahu oleh LHDN nanti.

 

Akhir kalam

Jika dikira bermula pada tarikh 15 Oktober 2020, tarikh BPN 2.0 dikreditkan; iaitu duit masuk untuk bayaran Fasa Pertama tinggal lebih kurang 4 hari sahaja. Tarikh akhir duit akan dikreditkan ke dalam bank mungkin pada 31 Oktober 2020.

Bersabarlah. Semoga masa cepat berlalu dan wang yang dihajati segera masuk ke dalam akaun bank. Yang penting, pastikan anda membuat semakan status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank terlebih dahulu sebelum pergi ke ATM.

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.

Sekiranya kawan-kawan lagi sudah terima duit dalam akaun bank dan anda masih lagi menunggu, sila baca kenapa duit BPN 2.0 tak masuk lagi. Takut ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang.

Semoga bermanfaat.


27 thoughts on “BPN 2.0 Bila Dapat? (Ini Tarikh Duit Masuk Ikut Akaun Bank)”

Leave a Comment