Tarikh BPN 2.0 Dikreditkan (Bila Bermula Masuk Akaun Bank?)

Bagi anda yang sudah mendapat status Lulus BPN 1.0 mahupun baru memohon BPN 2.0, tentu sekali mahu tahu bilakah pula tarikh BPN 2.0 dikreditkan bukan? Ramai yang tak sabar dan tercari-cari informasi tarikh bayaran BPN 2.0 dan bila bayaran BPN akan bermula. Persoalannya, duit BPN 2.0 bila dapat? Atau yang lebih ekstrim lagi, duit BPN dah masuk akaun ke belum?

Jadi, sebelum anda buat semakan bayaran BPN 2.0 untuk melihat status kemasukan duit yang terkini, izinkan kami berkongsi tarikh-tarikh penting ini. Bagi Bantuan Prihatin Rakyat 2021, sila rujuk tarikh bayaran BPR yang terkini.

Tarikh BPN 2.0 Dikreditkan

Ini adalah informasi yang diambil dari Soalan Lazim berkenaaan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Pengkreditan duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

  1. Fasa 1
    • Pembayaran dijangka akan dilakukan pada 26 Oktober 2020 secara berperingkat. Ini bermakna bukan semua pemohon akan dapat bayaran pada tarikh tersebut. Mungkin ada yang awal, mungkin ada yang lambat.
  2. Fasa 2
    •  Pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada bulan Januari 2020. Masih belum ada apa-apa makluman lagi mengenai bayaran Fasa 2. Kita tunggu bayaran Fasa 1 selesai dahulu.

Oleh kerana permohonan baru baru sahaja dibuka pada 15 Oktober 2020, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memerlukan sedikit masa untuk memproses semua permohonan.

Jadi, kami ambil maklum dan memahami akan situasi ini di mana pihak LHDN tidak memberikan tarikh yang sebenar-benarnya.

Andai kata maklumat terbaru diterima, kami akan kemaskini maklumat tarikh pembayaran Bantuan Prihatian Nasional 2.0.

 

#1 Bila bayaran BPN 2.0 bermula bagi Bujang?

Kami sudah maklumkan tarikh BPN 2.0 dikreditkan seperti di atas.

Walau bagaimanapun, untuk lebih mudah faham dan tambahan beberapa lagi maklumat, kami pecahkan mengikut kategori seperti di bawah:

Kategori Bujang B40

  • Jumlah penuh bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang B40 ialah RM500.
  • Pembayaran BPN 2.0 Fasa Pertama untuk Bujang B40 adalah sebanyak RM350 dan akan dibayar pada penghujung bulan Oktober 2020.
  • Pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua untuk Bujang B40 adalah sebanyak RM150 dan akan dibayar  pada bulan Januari 2021.
  • Pembayaran ini adalah tertakluk kepada status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit yang terpapar dalam.
  • Sekiranya Berjaya Kredit, duit terus masuk dalam akaun bank.
  • Sekiranya Gagal Kredit, perlu ambil secara tunai di BSN.

 

Kategori Bujang M40

  • Jumlah keseluruhan bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300
  • Bayaran Fasa Pertama untuk Bujang M40 adalah sebanyak RM200. Duit ini akan dikreditkan pada penghujung bulan Oktober 2020.
  • Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Duit ini akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
  • Bayaran ini adalah tertakluk kepada status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit yang terpapar dalam.
  • Sekiranya Berjaya Kredit, duit terus masuk dalam akaun bank.
  • Sekiranya Gagal Kredit, perlu ambil secara tunai di BSN.

 

#2 Bila kemasukan duit BPN 2.0 (payment date) bagi Isi Rumah?

Berikut pula tarikh BPN 2.0 dikreditkan untuk golongan Isi Rumah.

Kategori Isi Rumah B40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.
  • Ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 bakal diterima pada bulan Oktober 2020.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula bakal diterima pada bulan Januari 2021.
  • Pengkreditan duit BPN 2.0 ini adalah bergantung samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit.
  • Jika Berjaya Kredit, akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang dipilih.
  • Jika Gagal Kredit, perlu penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

 

Golongan Isi Rumah M40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.
  • Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada bulan Oktober 2020 berjumlah RM400.
  • Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200.
  • Pengkreditan duit BPN 2.0 ini adalah bergantung samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit.
  • Jika Berjaya Kredit, akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang dipilih.
  • Jika Gagal Kredit, perlu penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

 

Akhir kalam

Jika dikira bermula pada tarikh 15 Oktober 2020, tarikh BPN 2.0 dikreditkan; iaitu duit masuk untuk bayaran Fasa Pertama tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja. Tarikh akhir duit akan dikreditkan ke dalam bank mungkin pada 31 Oktober 2020.

Bersabarlah. Semoga masa cepat berlalu dan wang yang dihajati segera masuk ke dalam akaun bank.

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.

Semoga bermanfaat.

16 thoughts on “Tarikh BPN 2.0 Dikreditkan (Bila Bermula Masuk Akaun Bank?)”

  1. Acc maybank saya dah lama di bekukan,jadi saya nak tukar ke acc bank lain saya mohon jasa baik semua.

    Reply
  2. Bila nk bayar duit bpn.katakan 21 Hari bulan dah 23 dah.belum masuk lagi.ingatkan habis bulan ke.tolong lah cepat sikit

    Reply
  3. Assalamualaikum.. Kenapa semua orang dh sy belum.. Kata cimb dh masuk.. sy cimb jgak knapa xmasuk lgi kawan sy semua dh dapat sy je yg belum

    Reply

Leave a Comment