Tarikh Pembayaran BPN 2.0 (Bila Masuk Duit Dalam Bank?)

Bagi anda yang sudah buat permohonan BPN 2.0, pasti akan tertunggu-tunggu bilakah pula tarikh pembayaran BPN 2.0 bukan? Ramai yang tak sabar dan tercari-cari maklumat bila duit BPN masuk?

Bilakah tarikh BPN 2.0 akan dikreditkan ke dalam akaun bank? Dan pasti ada juga yang akan tanya bila duit BPN dapat?

Jadi, sebelum anda buat semakan bayaran BPN 2.0 untuk melihat status terbaru, izinkan kami berkongsi tarikh-tarikh penting ini.

Tarikh Bayaran BPN 2.0 (Bujang & Berkahwin)

Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua. Tidak ada perbezaan untuk golongan Bujang dan Berkahwin.

  1. Bagi Fasa Pertama, pembayaran dijangka akan dilakukan pada:
    • Isnin, 26 Oktober 2020
  2. Bagi Fasa Kedua pula, tarikh bayaran BPN 2.0 yang seterusnya dijangka akan dilakukan pada:
    • 21 Januari 2021

Untuk makluman, bayaran pada 26 October 2020 ini adalah secara beperingkat. Maksudnya, ada orang yang akan dapat tepat pada tarikh tersebut. Akan ada pula yang menerima hari esoknya, atau minggu depannya.

Oleh kerana permohonan baru baru sahaja dibuka pada 15 Oktober 2020, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memerlukan sedikit masa untuk memproses semua permohonan.

Jadi, kami ambil maklum dan memahami akan situasi ini di mana pihak LHDN tidak memberikan tarikh yang sebenar-benarnya.

Andai kata maklumat terbaru diterima, kami akan kemaskini maklumat tarikh pembayaran Bantuan Prihatian Nasional 2.0.

 

Maklumat jumlah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Untuk lebih mudah faham, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

#1Kategori Bujang B40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang B40 ialah RM500.

Bila dapat?

  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar Fasa Kedua akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti

 

#2 Kategori Bujang M40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300

Bila dapat?

  • Bayaran Fasa Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan pada 26 Oktober 2020.
  • Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar Fasa 2 akan dimaklumkan nanti oleh LHDN nanti

 

#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.

Bila duit masuk?

  • Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada bulan Januari 2021.
  • Pengumuman tarikh pengkreditan Fasa 2 akan diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

 

#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.

Bila duit masuk?

  • Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada 26 Oktober 2020 berjumlah RM400
  • Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200
  • Belum ada informasi lanjut mengenai tarikh bayaran Fasa 2. Akan diberitahu oleh LHDN nanti.

 

Akhir kalam

Jika dikira bermula pada tarikh 15 Oktober 2020, duit masuk untuk bayaran Fasa Pertama hanya lebih kurang 11 hari sahaja. Tarikh akhir duit akan dikreditkan ke dalam bank adalah pada 26 Oktober 2020 secara berperingkat.

Walau bagaimanapun, dengar kata ada yang sudah terima awal. Sila buat semakan status bayaran BPN 2.0 mengikut bank masing-masing.

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.

Andai kata orang lain sudah terima duit bantuan dan anda pula masih lagi tak dapat, boleh baca kenapa duit BPN 2.0 tak masuk lagi. Ada beberapa sebab yang anda perlu tahu.

Semoga bermanfaat.

14 thoughts on “Tarikh Pembayaran BPN 2.0 (Bila Masuk Duit Dalam Bank?)”

    • Saya umor da 28tapi dulu saya tada bank account.baru saya buat account bank Cara mcm mana na Minta duwit bpn saya na buat mcam mana

      Reply
  1. Saya punya status dah lulus . Tapi maklumat bayaran takda . Cuma ada paparan maklumat saja . Mcm mana saya nak ambik duet

    Reply
  2. Kalau bpn fasa pertama tak dapat..jadi kalau orang tu daftar yng kedua punya sahaja dia akn dapat rm150 sahaha ke? Macammana nk daptkn rm500

    Reply
  3. Mcm mana status permohonan bpn 2.0 saya boleh lulus dan berjaya kredit dalam acc bank sedangkan acc yg saya bg tu dah tak active..

    Reply

Leave a Comment