11 Perkara Yang Membatalkan Solat (Tak Sah, Perlu Sembahyang Lagi)

Sebelum ini, kami telah berkongsi rukun solat. Selanjutnya, berikut ialah perkara-perkara yang membatalkan solat.

Perkara yang membatalkan solat

  1. Semua perkara yang membatalkan wuduk
  2. Terkena najis jika tidak segera dibuangkan
  3. Terbuka aurat dan tidak segera ditutup kembali
  4. Berkata-kata dengan sengaja, sekalipun sedikit, termasuklah ketawa
    • Tidak boleh berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada Al-Quran, zikir atau doa
  5. Makan dan minum
  6. Tiga kali bergerak berturut-turut seperti bergerak tiga langkah berturut-turut atau memukul tiga kali berturut-turut
  7. Berubah niatnya. Contohnya, niat memutuskan solat atau sangsi iaitu ragu-ragu dalam kehendaknya untuk memutuskan solatnya itu
  8. Menambah rukun fi’li iaitu perbuatan dengan sengaja. Contohnya, menambah bilangan rukuk dan sujud.
  9. Meninggalkan salah satu daripada rukun-rukun solat seperti tidka membaca Al-Fatihan atau tidak iktidal
  10. Meninggalkan salah satu daripada syarat-syarat solat seperti tidak menghadap kiblat
  11. Murtad, iaitu keluar daripada agama Islam

Sekiranya anda melakukan salah satu daripada perkara-perkara ini, solat adalah terbatal. Anda wajib mengulangi semula solat tersebut.

 

Persediaan sebelum solat

Jadi, untuk mengelakkan solat kita dari terbatal, perlulah membuat persediaan yang sempurna sebelum mendirikan solat.

Antaranya ialah:

  1. Berwuduk dengan sempurna (Sila rujuk cara ambil wuduk)
  2. Memakai pakaian yang bersih
  3. Mendirikan solat di tempat yang bersih
  4. Menunaikan solat pada awal waktu
  5. Membaca ayat-ayat semasa dalam solat dengan betul
  6. Melakukan rukun-rukun solat dengan sempurna

 

Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor

4 thoughts on “11 Perkara Yang Membatalkan Solat (Tak Sah, Perlu Sembahyang Lagi)”

  1. Sy solat pada rakaat pertama sedang baca alfatihah sy rasa ragu2 dgn niat solat sy..kemudian sy ambil keputusan utk batalkan solat sy dan ulangi..apakah hukum nya

    Reply
  2. Boleh tolong jawab soalan saudara ini: Sy solat pada rakaat pertama sedang baca alfatihah sy rasa ragu2 dgn niat solat sy..kemudian sy ambil keputusan utk batalkan solat sy dan ulangi..apakah hukum nya

    Reply

Leave a Comment