Cara Semak Baki Loan Kereta CIMB Online (Check Balance Pinjaman)

Untuk melihat berapa banyak kena bayar duit kereta secara bulanan dan berapa tahun lagi yang tinggal, jemput ikuti cara semak baki loan kereta CIMB Bank secara online ini. Mudah sahaja, boleh check balance pinjaman kereta di cimbclicks.com.my.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak baki loan kereta CIMB di cimbclicks.com.my

Berikut ialah cara untuk buat semakan baki duit dalam akaun CIMB Bank secara online. Kaedahnya lebih kurang sama seperti mahu semak baki akaun CIMB.

  1. Layari laman web rasmi CIMB Bank online banking di sini: https://www.cimbclicks.com.my
  2. Tekan butang Login to Clicks di bahagian atas sebelah kanan
  3. Sebagai alternatif, anda juga boleh klik direct link ini: https://www.cimbclicks.com.my/clicks/
  4. Isikan ruangan Enter User ID
  5. Tekan butang Login
  6. Sahkan perkataan yang terpapar, samada ia adalah sama dengan perkataan yang anda cipta semasa daftar CIMB Clicks suatu masa dahulu
  7. Jika betul, sila tick Yes, this is my SecureWord
  8. Isikan ruangan Enter Password
  9. Tekan butang Login
  10. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat masuk ke dalam sistem perbankan online CIMB Clicks
  11. Seterusnya, akan ada beberapa paparan menu di sebelah kiri:
    • My Dashboard
    • My Accounts
    • Pay & Transfer
    • Top Up
    • Apply & Invest
    • Rewards
    • Services
  12. Klik My Accounts
  13. Anda akan berada di bahagian My Accounts Overview
  14. Lihat bahagian Loans / Financing di bahagian bawah, selepas Deposits dan Credit Cards
  15. Nombor akaun pinjaman kereta anda akan berada di sebelah kiri
  16. Baki pinjaman kereta anda akan terpapar di sebelah kanan
  17. Klik nombor akaun loan kereta tadi untuk maklumat lebih details
  18. Anda boleh tulis nombor akaun tadi ke atas kertas atau screenshot laman ini untuk untuk rujukan pada masa akan datang
  19. Selesai

 

2. Cara semak baki loan kereta CIMB Bank melalui mobile app

Aplikasi ini adalah untuk pengguna iPhone dan Android.

  1. Install dan download CIMB Clicks Malaysia melalui Apple App Store atau Google Play Store
  2. Buka aplikasi CIMB Clicks Malaysia
  3. Isikan User ID
  4. Isikan Password
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam sistem Internet banking CIMB Bank
  6. Seterusnya, anda akan melihat beberapa menu di sebelah kiri seperti:
    • DuitNow QR
    • Top Up
    • Payments
    • Transfer
    • Accounts
    • Apply
    • Invest
    • Insights
  7. Klik Accounts  > My Accout
  8. Akan terpapar beberapa pilihan:
    • Deposits
    • Credit Cards
    • Loans
    • Investments
  9. Klik Loans
  10. Baki loan kereta CIMB Bank anda akan terpapar di sini
  11. Sila catat atau screenshot laman untuk untuk rujukan pada masa akan datang
  12. Selesai

 

3. Bolehkah buat semakan baki loan kereta CIMB Bank melalui SMS?

Tidak boleh. Anda boleh menyemak dengan kaedah atas talian seperti di atas.

 

4. Ada masalah untuk check balance pinjaman kereta di CIMB Bank melalui cimbclicks.com.my?

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk login CIMB Clicks mahupun tidak jumpa cara untuk semak baki akaun CIMB Bank, boleh hubungi CIMB Bank Consumer Call Centre di talian berikut:

  • 03-6204 7788
  • Talian ini dibuka setiap hari, 24 jam, 7 hari seminggu

Untuk makluman, ada juga boleh hubungi nombor yang tertera untuk membuat semakan baki pinjaman kenderaan.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara semak baki loan kereta CIMB Bank secara online di cimbclicks.com.my dan menggunakan aplikasi CIMB Clicks Malaysia ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Selain check balance, anda juga boleh melakukan urusan-urusan perbankan yang lain seperti tukar password CIMB Clicks dan tukar no telefon CIMB Clicks.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Cara Semak Baki Loan Kereta CIMB Online (Check Balance Pinjaman)”

  1. untuk pembayaran terakhir loan kenderaan WWU4105

    berapa jumlah pembayaran, di mana lokasi bank CIMB Bank Islamik (utk loan kenderaan) dan appointment date

    Terima Kasih

    Reply
  2. Dah hampir 2 bulan col asyik operator je jwb. Kereta nk bt full setle n nk setle yg sangkut. Jji nk col blk. Tp sampai skrg col pon msh lg operator yg jwb. Hurmmm…lemah

    Reply
  3. Macam mana saya nak tengok bank tolak loan kereta ye..sebab tengok 1 acc..ada buat 2 potongan profit interest..bila tengok acc profile tak ada lax save..macam mana ye

    Reply
  4. Selain menggunakan CIMB CLICKS untuk lihat baki loan , bagaimana lagi cara untuk check baki loan selain pergi ke kaunter bank?? Harap dapat membantu. Terima kasih

    Reply

Leave a Comment