Semakan i-Sinar KWSP Kategori 2 (Check Keputusan Lulus / Tidak)

Tahniah jika anda sudah selesai membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 tempohari. Sekarang, mesti berdebar-debar nak tahu bila boleh buat semakan i-Sinar KWSP Kategori 2 pula bukan?

Langkau artikel ini untuk mendapatkan cara tukar amaun i-Sinar; iaitu pengeluaran terbaru tanpa syarat.

Semakan i-Sinar KWSP Kategori 2

Jika ingin tahu keputusan samada lulus atau tidak selepas buat pendaftaran i-Sinar dan juga pemohonan secara online, ada dua cara yang anda boleh gunakan.

Sila ikuti panduan kami seperti di bawah:

#1 Semak i-Sinar KWSP Kategori 2 di isinar.kwsp.gov.my

Persediaan / Pra-Syarat

Sebelum membuat semakan i-Sinar, pastikan anda menepati kriteria berikut:

  • Sudah apply i-Sinar
  • Pastikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad /MyPR yang bakal anda masukkan nanti untuk buat semakan adalah sama seperti yang diisi semasa membuat permohonan i Sinar tempohari
  • Pastikan Nombor Telefon Bimbit anda juga mesti sama seperti yang diisi semasa memohon i-Sinar tempohari
  • Sekiranya salah satu tidak sama, anda akan mempunyai masalah untuk membuat semakan permohonan dan melihat keputusan kelulusan

Sebenarnya, tidak ada beza pun dengan cara untuk buat semakan i-Sinar bagi Kategori 1. Ini kerana kedua-duanya perlu melalui portal i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my.

Namun, untuk memudahkan urusan anda yang sedang khusyuk membaca sekarang ini, kami sertakan juga seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Anda akan lihat dua butang besar ini:
    • PERMOHONAN BAHARU (Permohonan akan tamat pada 30 JUN 2021)
    • SEMAK STATUS PERMOHONAN
  3. Klik butang SEMAK STATUS PERMOHONAN
  4. Masukkan Nombor MyKad/MyPR di ruangan yang disediakan
  5. Masukkan Nombor Telefon Bimbit di ruangan yang disediakan
  6. Sila pilih kod yang mempunyai pilihan berikut:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  7. Seterusnya, masukan Nombor Telefon Bimbit anda yang sah
  8. Tick kotak empat segi Saya bukan robot
  9. Tekan butang SEMAK STATUS
  10. Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar samada lulus atau tidak

 

#2 Semak i-Sinar KWSP melalui i-Akaun di secure.kwsp.gov.my

Persediaan / Pra-Syarat

Sebelum membuat semakan i-Sinar Kategori 2 melalui i-Akaun, pastikan anda memenuhi kriteria berikut:

  • Mempunyai ID PENGGUNA yang masih lagi aktif
  • Sila ambil maklum, ID PENGGUNA bukan nombor ahli
  • ID PENGGUNA ialah username yang anda cipta semasa daftar i-Akaun KWSP tempohari
  • Masih lagi ingat kata laluan

Ini adalah alternatif kepada cara yang pertama tadi.

  1. Layari laman web KWSP ( https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login )
  2. Pilih BM di bahagian atas untuk tukar bahasa ke Bahasa Melayu
  3. Masukkan ID PENGGUNA
  4. Tekan butang Teruskan
  5. Lihat Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia
  6. Pastikan kedua-dua Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia adalah betul
  7. Masukkan KATA LALUAN
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Tekan INBOX di bahagian menu atas
  10. Cari mesej mengenai permohonan i-Sinar diluluskan atau tidak

 

Maklumat lanjut berkenaan iSinar

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai proses semakan i-Sinar atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan berkenaan i Sinar Kategori 2 ini, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

 

Akhir kalam

Alhamdulillah jika anda mendapatkan keputusan lulus. Sekarang, anda perlu standby anda alert dengan makluman berkenaan pembayaran dan tarikh bayaran i-Sinar untuk mengetahui bila i-Sinar masuk.

Bagi yang tidak berjaya, sila hubungi pihak KWSP untuk membuat rayuan i-Sinar.

Akhir sekali, diharapkan agar perkongsian mengenai semakan i-Sinar Kategori 2 KWSP ini dapat memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment