Cara Bayar Saman Polis Online 2021 (Melalui mybayar.rmp.gov.my)


Pasti ada yang perasan di mana baru-baru ini, kita boleh boleh bayar saman melalui MYEG. Rupa-rupanya, pihak PDRM melancarkan perkhidmatan digital terbaru mereka. Jadi, izinkan kami kongsi cara bayar saman PDRM online melalui MyBayar.

Kalau tak nak bayar dulu pun tak apa. Boleh check saman polis guna no plat dahulu. Cuma rugilah. Ini kerana MyBayar Saman ada memberikan diskaun 50%.

Cara bayar saman online di MyBayar

Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran saman secara online. Namun, anda perlu mengikut langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login.

Kami akan kongsikan satu persatu.

#1 Cara daftar MyBayar untuk bayar saman

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
  3. Tekan butang DAFTAR
  4. Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
  5. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  6. Tekan butang SETERUSNYA
  7. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
  8. Masukkan Kata Laluan yang dipilih
  9. Sahkan Kata Laluan
  10. Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya

 

#2 Login MyBayar di mybayar.rmp.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang LOG MASUK
  5. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman

 

#3 Cara check saman dan bayar di MyBayar Saman

  1. Pastikan anda sudah berjaya login mengikut panduan yang kami kongsikan seperti di atas
  2. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  3. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
  4. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  5. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  6. Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit
  7. Teruskan sehingga selesai
  8. Selepas siap semuanya, anda boleh download resit
  9. Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik atas inisiatif PDRM melancarkan MyBayar Saman ini.

Selain SSO PDRM yang boleh digunakan untuk check saman polis sebelum ini, kami rasa MyBayar Saman ini lebih canggih lagi. Antaramuka UI/UX sangat moden. Terasa seperti menggunakan sistem e-commerce dan bukan sistem tipikal kerajaan.

Kami juga berharap agar perkongsian mengenai cara bayar saman PDRM online ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran anda.

Syabas PDRM!


Artikel Berkaitan

Cara Bayar Saman Polis Online 2021 (Melalui mybayar.rmp.gov.my)

6 thoughts on “Cara Bayar Saman Polis Online 2021 (Melalui mybayar.rmp.gov.my)”

  1. bagaimana cara untuk register bagi akaun syarikat? atau bagaimana boleh saya membayar saman bagi kenderaan syarikat?

    Reply
  2. Saya telah mengikut step pendaftaran tetapi tidak berjaya log masuk. Kenapa Dan bagaimana untuk saya log masuk

    Reply
  3. i already register as a used but can’t login and tried to reset the password waiting 2 days still haven’t get email to reset temporary password

    Reply

Leave a Comment