Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam (Transaksi Overseas)

Kalau anda biasa guna online banking, mesti pernah dengar tentang transaksi luar negara? Tapi, cara nak aktifkan kad debit Bank Islam untuk transaksi overseas/international kurang pasti, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara pengaktifan tersebut di bawah. Bagi yang belum ada akaun online banking lagi, boleh baca cara daftar Bank Islam.

 

Persediaan / Pra-syarat

  • Anda perlu mempunyai kad debit Bank Islam yang masih lagi aktif
  • Anda masih lagi belum ke luar negara
  • Jika sudah berada di luar negara, anda perlu buat panggilan telefon antarabangsa
  • Ini kerana sejak 1 Januari 2016, semua perkhidmatan yang melibatkan transaksi luar negara telah ditutup bagi menjaga keselamatan pelanggan Bank Islam.
  • Oleh itu, pelanggan perlu buat permohonan terlebih dahulu mengikut pilihan masing-masing untuk mengaktifkan semula.

Cara aktifkan kad debit Bank Islam

Berikut ialah beberapa langkah yang ringkas dan mudah untuk mengaktifkan kad debit Bank Islam:

#1 Activate debit card Bank Islam untuk transaksi overseas secara online

Berikut merupakan cara untuk activate debit card bagi perkhidmatan transaksi luar negara.

  1. Layari laman web Bank Islam di sini: https://cif.bankislam.com.my/CNP/.
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan pada borang yang dipaparkan.
  3. Pada bahagian Personal Information, masukkan maklumat peribadi anda seperti yang diminta.
  4. Masukkan nama anda pada ruang Customer Name.
  5. Pada medan NRIC No.(New), masukkan Mykad baru anda. Pada ruangan NRIC No. (Old), masukkan sekiranya ada Mykad lama.
  6. Masukkan nombor kad debit anda pada ruang Debit Card No bagi tujuan cara aktifkan kad debit Bank Islam anda.
  7. Masukkan bulan dan tahun tamat tempoh kad anda pada ruang Card Expiry Date.
  8. Letakkan maklumat tentang transaksi terakhir anda pada ruang Last Transaction.
  9. Masukkan nombor telefon anda pada ruang Mobile No.
  10. Masukkan nombor pejabat anda pada ruang Office No.sekiranya ada.
  11. Masukkan nombor telefon rumah pada ruang House No. sekiranya ada.
  12. Masukkan e-mel anda pada ruang E-mail Address.
  13. Pada bahagian I wish to active, pilih Online Transaction (transaksi online)/Overseas Transaction (transaksi luar negara) atau Both (kedua-dua sekali).
  14. Klik pada kotak Please Tick If You Want To Specify The Expiry Date sekiranya ingin menyatakan tamat tempoh bagi transaksi yang anda pilih seperti di atas.
  15. If Date Is Not Specified, The Service Will Be Activated Until Card’s Expiry Date, notis ini membawa maksud sekiranya anda tidak klik pada kotak tamat tempoh seperti di atas, perkhidmatan bagi online dan overseas transaction akan diaktifkan sehingga tamat tempoh kad debit anda.
  16. Pada ruang Activation  Start, nyatakan tarikh mula pengaktifan kad debit anda.
  17. Pada ruang Activation End, nyatakan tarikh akhir pengaktifan kad debit anda.
  18. Ada satu Captcha diberikan.
  19. Pada ruang Word Verfication, taip semula Captcha seperti diberikan.
  20. Baca dan klik pada kotak I HEREBY CONFIRM THAT I HAVE READ AND UNDERSTAND THE INFORMATION AND RISK ASSOCIATED TO CNP AND OVERSEAS TRANSACTION AS STATED ABOVE. I ACKNOWLEDGE AND AFFIRM THAT ALL THE INFORMATION PROVIDED IS TRUE.
  21. Klik Submit.

 

#2 Aktifkan kad debit Bank Islam melalui talian khidmat pelanggan

Selain cara di atas, anda boleh terus call pada nombor 03-26 900 900 bagi mengaktifkan kad debit Bank Islam anda untuk transaksi luar negara. Anda hanya perlu ikut arahan yang ditanya pada talian khidmat pelanggan tersebut. Pegawai Khidmat Pelanggan akan bertanya beberapa soalan bagi tujuan verifikasi. Selesai.

Akhir kalam

Bank Islam telah mengambil langkah yang terbaik bagi menjaga keselamatan para pelanggan.

Diharapkan agar perkongsian cara aktifkan kad debit Bank Islam seperti di atas dapat memudahkan lagi urusan anda.

Sekiranya anda berminat untuk lakukan transaksi online dan luar negara menggunakan e-wallet, sila baca panduan daftar Paypal.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam (Transaksi Overseas)”

  1. Hi, macam mana nak tahu kad kita telah diaktifkan atau belum. sbb saya dah isi semua dan submit, then form nya terus kosong semula.

    Reply
  2. Macam mana nk tahu kad kita dh aktif untuk kegunaan transaksi luar negara sebab saya langsung tak dapat notice dari pihak bank yang menyatakan kada saya dah aktif untuk transaksi luar negara

    Reply
  3. Assalam, saya sudah isi kan maklumat dalam borang tersebut dan bagaimana nak tahu bila transaksi foreign telah aktif dan boleh dibuat?

    Reply
  4. macam mana nak tau bank islam dah approve international transaction ye? adakah mereka akan inform melalui email atau panggilan telefon? mohon jawab pertanyaan saya.

    Reply
  5. Lepas isi borang boleh transfer tapi tak boleh guna app go. Kena masuk google
    Dan masih tak dapat keluarkan cash sebab kena telepon dulu

    Reply
  6. gd eve, i have been trying to call your service centre from oversea the last 3 hours for emergency, but too disappointing keep listen to your alfa advert ….

    Reply

Leave a Comment