Semakan Kelulusan BPR 2021 (Check Status LULUS / TIDAK)


Kalau anda ada buat permohonan BPR sebelum ini, macam mana nak tahu samada permohonan tersebut LULUS atau TIDAK LULUS? Izinkan kami berkongsi panduan ringkas untuk buat semakan kelulusan BPR bagi tahun 2021 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 melalui portal bpr.hasil.gov.my.

1. Semakan permohonan BPR diterima

Berdasarkan gambarajah di atas, sebelum anda membuat semakan kelulusan BPR, anda perlu pastikan permohonan anda diterima.

Macam mana mahu check BPR untuk mengetahui status LULUS atau GAGAL jika sebenarnya permohonan anda tidak diterima. Jadi, ini bermakna anda perlu buat semakan penerimaan permohonan BPR melalui portal Bantuan Prihatin Rakyat terlebih dahulu.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem
  5. Klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BPR 2021
  6. Pastikan anda melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.

 

2. Semakan kelulusan BPR (Lulus / Gagal)

Setelah check status permohonan diterima, ucapkan syukur Alhamdulillah dahulu. Seterusnya, barulah anda boleh buat semakan untuk melihat keputusan permohonan samada LULUS atau GAGAL.

Sila ikut langkah-langkah untuk buat semakan permohonan BPR seperti di bawah:

  1. Macam biasa, sila login bpr.hasil.gov.my terlebih dahulu
  2. Tekan butang Semakan Status
  3. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • BPR
      • Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BPR Diterima
      • Contohnya RM800.00
  4. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
      • Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  5. Jika anda berstatus GAGAL, anda akan melihat paparan kod tidak lulus / gagal seperti di bawah:
    • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
    • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
    • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
    • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
    • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
  6. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  7. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  8. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  9. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

Untuk memastikan duit masuk ke dalam akaun, sila buat semakan pembayaran BPR.

 

3. Bila boleh buat semakan BPR?

Untuk makluman, tarikh bayaran BPR telah pun diumumkan. Sila Log Masuk BPR dan buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat.

Tarikh untuk mohon BPR telah tamat dan permohonan baru tidak diterima. Seterusnya, bagi mana-mana individu yang mendapat status Tidak Lulus, sila buat rayuan BPR secepat mungkin.

 

4. Kenapa permohonan BPR Tidak Lulus?

Ini adalah antara beberapa sebab kenapa anda gagal mendapat kelulusan BPR:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan memerlukan pengesahan
  • 12 – Anda berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Anda atau pasangan adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini
  • 31 – Status perkahwinan anda perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

 

5. Maklumat lanjut BPR

Bagi yang mendapat status gagal, anda boleh kemukakan rayuan BPR. Apa-apa pun, ada baiknya anda hubungi pihak BPR untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Talian hotline BPR LHDN:

  • 1-800-88-2747

Talian hotline BPR MoF:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

 

Akhir kalam

Jangan marah-marah jika masih lagi tak dapat check BPR di portal rasmi LHDN. Bersabarlah. Mungkin ramai yang tengah masuk sampai website jadi jem dan perlahan yang teramat sangat.

Pihak LHDN pasti sedang bertungkus-lumus memproses semua permohonan dan juga buat semakan untuk kemaskini terbaru.

Apa-apa pun, kami doakan agar urusan semakan kelulusan BPR dan pembayaran berjalan lancar. Tidak mahu dengar lagi kes yang Lulus BPR tetapi duit tak masuk.

Semoga bermanfaat.

75 thoughts on “Semakan Kelulusan BPR 2021 (Check Status LULUS / TIDAK)”

  1. Salam….. Boleh bagi penjelasan macam mana nak buat rayuan bpr yg alasan tak lulus kod 05 .

    *Slot masa temu janji semua penuh sampai 30 hari bulan .
    *??¿?

  2. Asb maybank.. Saya mohon moratorium 6 bulan.. dan Saya mohon pinjaman mohon pinjaman dari Bsn ….layak mohon..
    TERIMA KASIH..

  3. Sy Suhaimi sdh kawin dan ade anak perempuan seorg,gaji sy rm3995 knpa tidak lulus dpt bpr? Lgi skrg tidak kerja!

  4. nak tahu status bpr lulus atau tidak.Saya amat takut tidak lulus sebab tak ada kerja tiada duit bayar sewa rumah .

  5. Sya nak tau sama ada sya lulus atau tidak, krana sya ibu tunggal dan mempunyai 4 orang anak. Skrang sya tiada perkerjaan 🥺🥺

  6. Saya telah membuat rayuan BPR dan telah hantar borang permohonan di LHDN hulu LANGAT PADA 22HB jun 2021 dan sehingga kini belum mendapat apa2 jawapan. Boleh tolong semak?
    Terima kasih.
    Ismail Affandi
    531004105727
    019 2731138

  7. Hai … saya nak kepastian berkenaan permohonan saya tu .. macam mana boleh tak lulus .. dokument yang saya serahkan adalah original .. boleh bagi penerangan pengesahan apa yang nak dalam sijil cerai.. orang lain lulus ..kami sangat perlukan masa sekarang

Leave a Comment