BPR Hasil 2021 (Login, Kemaskini & Semakan di bpr.hasil.gov.my)

Kami mengandaikan bahawa anda sudah selesai mendaftar BPR buat permohonan BPR. Jadi,  anda kini hanya perlu tahu login BPR Hasil 2021 melalui portal MyBPR 2021 dan terus lakukan kemaskini BPR pula.

Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Login BPR Hasil (bpr.hasil.gov .my)

Sila ikuti panduan ringkas seperti di bawah:

  1. Layari portal rasmi BPR di sini: https://bpr.hasil.gov .my
  2. Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  3. Masukkan No MyKad anda
  4. Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  5. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 900202-10-5235, masukkan 900202105235
  7. Tekan butang Semak
  8. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses BPR login, anda akan boleh Log Masuk ke dalam sistem
  9. Walau bagaimanakan, andai kata anda belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” Maka, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.

 

Kemaskini BPR 2021

Sila ikuti langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR Hasil di bpr.hasil.gov.my

  1. Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov .my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  7. Masukkan Kata Laluan anda
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  10. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  11. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
  12.  Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

 

Semakan status BPR Hasil 2021 (Permohonan Diterima)

Sila login BPR Hasil di bpr.hasil.gov.my seperti yang dikongsikan di atas sehingga berjaya masuk ke dalam sistem.

Jika sudah berjaya Log Masuk, teruskan dengan panduan di bawah untuk melihat status semakan samada permohonan BPR telah dihantar dan diterima:

  1. Setelah berjaya Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021, anda akan dapat lihat paparan “Selamat Datang, NAMA ANDA”
  2. Contohnya, “Selamat Datang, SITI ZALEHA BIN SALAM”
  3. Anda akan lihat butang-butang berikut:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  4. Tekan butang Peti Mel
  5. Tekan perkataan Surat di bahagian atas
  6. Kini anda akan dapat lihat Senarai Surat
  7. Anda akan dapat lihat Subjek Permohonan BPR 2021
  8.  Tekan Permohonan BPR 2021
  9. Akan keluar contoh paparan seperti ini
    • “Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BPR untuk semakan permohonan:Nombor MyKad Pemohon: 900202-10-5235
      Nama Pemohon: SITI ZALEHA BIN SALA
      Tarikh & Masa: 25/01/2021 15:30 PM”
  10. Semakan permohonan dihantar / diterima oleh LHDN sudah selesai

 

Semakan status BPR 2021 (Kelulusan)

Sila ikuti cara login BPR Hasil seperti yang dikongsikan di atas sehingga berjaya masuk ke dalam sistem.

  1. Lihat paparan setelah berjaya Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021
  2. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • BPR
      • Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BPR Diterima
      • Contohnya RM800.00
  3. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
      • Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  4. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  5. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  6. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  7. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

 

 

Maklumat lanjut berkenaan BPR

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login BPR, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan BPR Hasil 2021 ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini..

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Bantuan Prihatin Rakyat ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Selepas selesai semua proses daftar BPR, mohon BPR dan kemaskini BPR, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Semoga bermanfaat.

23 thoughts on “BPR Hasil 2021 (Login, Kemaskini & Semakan di bpr.hasil.gov.my)”

  1. Kebanyakan dah lupa password nak login. Tapi bila cuba buat *lupa kata laluan* website punya loading mengalahkan siput. Padahal buat jam
    3-4pagi kadang2 ?

    Reply
  2. Assalamualaikum 🙏..
    Sy penerima brim,bsh,bpn dan bpr 2020(penerima B40).Sy juga tiada perubahan dlm maklumat sy.Bila sy nk lihat semak dlm bpr 2021,sy x dpt nk login.Sy dah bnyk kali cuba daftar”Lupa kata laluan” dlm website,tp tak boleh jugak..😥😢

    Reply
  3. knapa sya sda kemas kini status sya sda brkhawin tpi yg dpt duit bujang ? msalah la mcm ni . da kemaskini bnyak kali tpi ttap yg sma

    Reply
  4. Saya cuba kemaskini pendapatan yang telah berubah dalam profil BPR. Semasa daftar dulu pendapatan saya dibawah M40. Bermula pada tahun 2018 hingga terkini telah berubah kepada B40. Maklumat borang cukai BE yang saya istihar sejak tahun taksiran 2018 hingga terkini adalah consistence dibawah B40. Tetapi untuk kemaskini secara online beberapa kali saya cuba tiada ruang untuk pindaan pendapatan saya. Mohon jawab segera. Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment