Rayuan BPR Fasa 3 2021 (Status Permohonan & Rayuan TIDAK LULUS)


Bagi anda yang mendapat status Tidak Lulus / Gagal selepas membuat semakan BPR, sila rujuk cara-cara untuk membuat rayuan BPR seperti yang akan kami kongsikan di bawah. Anda juga buat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 di portal bpr.hasil.gov.my secepat mungkin apabila dibuka nanti.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara buat rayuan BPR Fasa 3 online

Tak perlu buat semakan bayaran BPR untuk melihat samada duit BPR masuk dalam akaun bank ataupun tidak. Sekarang ini, anda mendapat status TIDAK LULUS permohonan BPR. Jadi, jika gagal dalam permohonan, tentu sekali tidak akan dapat bantuan. Sila buat rayuan BPR secepat mungkin.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat rayuan BPR:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan dapat masuk ke portal MyBPR
  10. Klik butang Semakan Status
  11. Sila pastikan status adan adalah TIDAK LULUS
  12. Jika benar memang status tersebut ialah TIDAK LULUS, teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
  13. Tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya
  14. Untuk pengesahan, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
  15. Kami sarankan anda screenshot dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang
  16. Jika ada apa-apa masalah, boleh rujuk semula

 

2. Rayuan BPR Fasa 3 di kaunter LHDN

Sebelum ini, semasa proses rayuan BPN 1.0 dan BPN 2.0, mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN.

Mereka hanya perlu isi borang rayuan BPN 1.0 atau BPN 2.0 dan menyertakan dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Surat rayuan
  • Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan

Untuk rayuan BPR, masih belum dapat dipastikan samada dibenarkan untuk merayu di kaunter LHDN.

Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.

 

3. Boleh merayu BPR melalui email?

Sebelum ini juga, sesiapa yang ingin merayu bantuan BPN 1.0 dan BPN 2.0 boleh  mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke [email protected]

Walau bagaimanapun, untuk rayuan BPR kali ini, masih lagi belum ada berita samada boleh hantar melalui email atau tidak. Kami akan kemaskini laman ini sejurus menerima maklumat terbaru.

 

4. Semakan rayuan BPR Fasa 3

Sekiranya anda sudah buat rayuan, sila layari laman web rasmi BPR untuk menyemak samada rayuan diterima atau tidak di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

 

Akhir kalam

Jangan bersedih jika status semakan kelulusan BPR anda adalah Tidak Lulus.

Teruskan dengan rayuan. Tidak salah mencuba. Dapat atau tidak, itu perkara kedua.

Walapun kawan-kawan yang lain sudah dapat tarikh bayaran BPR dan bakal dapat duit BPR yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank, bersabarlah. Insya Allah, kalau ada rezeki, tak akan ke mana. Rezeki tak pernah salah alamat.

Diharapkan agar proses rayuan BPR ini dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

106 thoughts on “Rayuan BPR Fasa 3 2021 (Status Permohonan & Rayuan TIDAK LULUS)”

  1. Pada 15/6/2021 pukul 1.01pm Saya sudah buat kemas kini information Dan sudah hantar masa itu, apasai sampai sekarang belum dapat bantuan Dari gaverment (my duit BPR) lagi, Sila mintak tolong check betul2, ok

  2. Malaysia Gaverment bila nak bantuan B40 pendapatan rm2500-rm4000?? Malaysia Gaverment bila nak bantuan B40 pendapatan rm2500-rm4000?? Malaysia Gaverment bila nak bantuan B40 pendapatan rm2500-rm4000? Malaysia Gaverment bila nak bantuan B40 pendapatan rm2500-rm4000??

  3. Saya sudah hilang pendapatan satu tahun lebih, mau mati Liao, bila Gaverment boleh Bagi bantuan (B40 pendapatan rm2500-rm4000), dari 2021 January sampai sekarang 29/7/2021 , Malaysia Gaverment Tak Bagi bantuan langsong……..Sila tolong bantuan Bagi (B40 pendapatan rm2500-rm4000) sekarang, tolong tolong…..

  4. Saya juga terkilan dengan cara kerajaan mengkaji bantuan kepada rakyat,saya masih merasa ada kekurangan,banyak bantuan yang tidak sampai kepada maksud sebenar BANTUAN tu sendiri.Contohnya Penerima GKP yang kebanyakan masih berada pada garis kemiskinan tapi tidak diiktiraf sebagai Golongan B40 dengan alasan mereka adalah golongan peniaga dan terus mengandaikan bahawa golongan peniaga mempunyai pendapatan yang tinggi(berpuluh K),sepatutnya dari awal2 kerajaan seharusnya mengkaji golongan peniaga-peniaga kecil yang hidup seperti dipukul ombak laut dan hampir tenggelam.Mereka bukan golongan bisnesman/bisneswomen yang punya pendapatan lumayan,seperti pemunya kontrak2 besar…kebanyakannya cuma berniaga nasi lemak,burger,sayur dan ikan.mereka memohon lesen untuk melayakkan mereka berniaga sahaja…dan bila kerajaan memberi peluang kepada mereka untuk memohon GKP sebagai modal suntikan perniagaan ,sudah tentulah mereka menyambut baik dan berterima kasih.Tetapi persoalannya mengapa BPR ditarik balik?.Kenapa mereka tidak diberi pilihan?.kenapa kalau nak lulus BPR kena pulangkan semula duit bantuan GKP yang sudah disalurkan….?kalau macam tu kenapa tidak biar kami memilih dari awal2 dulu?….tolong laaa….kami juga dalam kesusahan,kami juga miskin dan kami juga bergolak dengan pandemik….tolong kaji lebih mendalam terhadap status kami…

  5. tolong encik.saya memang tidak tahu rayuan bpr saya sudah lulus atau tidak.saya memang
    perlukan bantuan BPR encik.ahli keluarga saya seramai 7 orang.tolong encik bantu kami

Leave a Comment