Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (irakyat.com.my)

Macam mana cara daftar Bank Rakyat supaya boleh guna online banking untuk transfer duit dan bayar bil melalui perbankan Internet iRakyat? Izinkan kami berkongsi dalam artikel ini.

Sebelum itu, jika ingin buat pindahan wang, jemput baca cara Instant Transfer Bank Rakyat yang terbaru menggunakan DuitNow.

Sedikit mengenai perbankan online

Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) i-Rakyat merupakan perkhidmatan baru yang diperkenalkan Bank Rakyat sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Bank Rakyat melalui i-Rakyat.

Cara daftar Bank Rakyat

Sekiranya anda mempunyai akaun bank Bank Rakyat dan ingin memulakan perbankan Internet menggunakan servis i-Rakyat, apa yang harus anda lakukan? Di bawah merupakan langkah-langkahnya.

Langkah 1: Daftar Nombor Telefon dan T-PIN di mesin ATM

Sebelum mendaftar secara online, anda perlu mendaftar nombor telefon anda dahulu di mesin ATM Bank Rakyat.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat dengan anda.
  2. Dapatkan T-PIN daripada kaunter. T-PIN ialah nombor enam digit yang anda perlu gunakan untuk melakukan pendaftaran nombor telefon dan juga pendaftaran akaun i-Rakyat anda.
  3. Pergi ke mesin ATM, dan masukkan kad ATM anda serta nombor PIN.
  4. Seterusnya, pilih Others.
  5. Kemudian, pilih Internet Banking TPIN.
  6. Masukkan nombor telefon anda dan TPIN.
  7. Proses anda selesai.

 

Langkah 2: Cara daftar Bank Rakyat Online (Akaun i-Rakyat)

  • Layari laman web https://www.irakyat.com.my. Anda akan dibawa ke laman hadapan i-Rakyat.
  • Kemudian, tekan butang Login. Pada drop-down menu, pilih Personal Banking.
  • Pada laman seterusnya, tekan butang Register.
  • Kemudian, pilih I have a Bank Rakyat MyDebit Card-i/Credit Card.
  • Kemudian, pada laman seterusnya, lengkapkan maklumat mengenai kad debit/kredit anda.
  • Pada Card Type, pilih jenis kad yang anda ingin gunakan untuk melakukan pendaftaran. Misalnya, pilih ATM (MyDebit) Card.
  • Seterusnya, pada ATM Card Number, masukkan nombor kad yang tertera pada bahagian hadapan kad.
  • Pada Mobile No., masukkan nombor telefon anda yang aktif dan berdaftar.
  • Pada T-PIN, masukkan T-PIN anda yang anda peroleh daripada mesin ATM sebelum ini.
  • Seterusnya, tekan butang Next. (Bahagian State dan Branch Name adalah pilihan untuk diisi, dan juga merupakan maklumat untuk cawangan Bank Rakyat temapt anda mendaftar akaun bank anda).
  • Pada laman seterusnya, pada ruangan TAC, masukkan nombor TAC lapan digit yang anda dapat peroleh melalui SMS yang dihantar ke telefon pintar anda.
  • Tekan butang Next.
  • Pada laman seterusnya, anda dikehendaki memasukkan maklumat diri anda.
  • Pada Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Username anda mestilah tidak melebihi 40 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol)
  • Pada New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah tidak melebihi 20 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol)
  • Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin gunakan (mesti SAMA dengan apa yang anda masukkan pada New Password)
  • Pada Email Address, masukkan alamat emel anda untuk log masuk iRakyat online nanti
  • Pada Secure phrase, masukkan sebarang perkataan yang anda ingin gunakan pada masa hadapan untuk mengesahkan akaun yang anda cuba login nanti ialah akaun milik anda. Anda mesti menghafal Secure phrase yang anda masukkan ini.
  • Kemudian, pilih gambar di bawah yang anda ingin gunakan untuk mengesahkan identiti akaun anda.
  • Pada kotak di bawah, baca Terma & Syarat yang ternyata di bawah sebelum meneruskan.
  • Kemudian, tick pada Accept, dan tekan butang Submit.
  • Pada laman seterusnya, Secure Phrase anda akan tertera, berserta dengan maklumat transaksi yang dibenarkan untuk dilakukan menggunakan i-Rakyat. Pendaftaran akaun anda berjaya.
  • Tekan CLICK HERE untuk pergi ke login page.

 

Register online banking bank-bank lain

Untuk rujukan semua, izinkan kami berkongsi panduan untuk mendaftar bank-bank lain di Malaysia seperti di bawah:

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, urusan perbankan anda menjadi lebih mudah dengan i-Rakyat. Daftarkan akaun anda dan nikmati perkhidmatan yang ditawarkan Bank Rakyat melalui iRakyat online.

Kami berharap agar cara daftar Bank Rakyat secara online di irakyat.com.my ini benar-benar dapat membantu anda.

Apa yang dapat kami simpulkan, pendaftaran akaun sangatlah mudah.

Semoga bermanfaat.

23 thoughts on “Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (irakyat.com.my)”

  1. Kalau dah tukar nombor baru mmcna ya, sebab kalau daftar perlukan nombor lama,sedangkan saya dah tukar nombor fon baru, yg lama dah tak ingat dah.

    Reply
  2. Hello.nak tanya.tak boleh ke kalau daftar online banking tanpa pergi kaunter@mesin atm?..kat tempat saya tiada bank rakyat..kena pergi bandar lagi ..ada cara ke nak daftar online banking selain pergi kaunter and mesin ATM?.maksud saya daftar melalui laman web bank rakyat..dan dapat t pin sekali… terima kasih

    Reply
  3. Saya lupa username dengan password.. Saya duduk luar negara. Mcm mn saya nk daftar balik akaun bank rakyat online?

    Reply
  4. Saya lupa username dengan password.. Saya duduk luar negara. Mcm mn saya nk daftar balik akaun bank rakyat online?

    Reply
  5. saya isi no telepon betul d bahagian ke2, sekali time mau send TAC through SMS, no hp saya berubah, telebih no 1 pd bahagian depan

    Reply
  6. Saya dah banyak kali cuba masuk utk buat pembayaran, ttp bila masuk bg tahu username salah sedangkan belum tulis lagi…hampir sebulan tak boleh buat apa2 transaksi

    Reply

Leave a Comment