Cara Instant Transfer Bank Rakyat 2021 (Menggunakan DuitNow)

Tahukah anda bahawa sekarang ini, cara Instant Transfer Bank Rakyat (IBTF) telah digantikan dengan DuitNow? Pasti anda tahu tentang maklumat ini tapi kurang faham dengan caranya, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara Instant Transfer Bank Rakyat.

Persediaan / Pra-Syarat

  • Sebagai pelanggan Bank Rakyat, anda mesti mempunyai akses ke akaun online banking i-Rakyat
  • Selepas itu, baru boleh buat proses pendaftaran DuitNow secara online
  • Penting di sini, anda tetap perlu mendaftar DuitNow walaupun sudah mempunyai akaun online banking Bank Rakyat.
  • Klik sini untuk baca cara daftar Bank Rakyat online

Cara Instant Transfer Bank Rakyat

Langkah #1: Daftar untuk menggunakan Instant Transfer Bank Rakyat (DuitNow)

Berikut merupakan cara untuk daftar perkhidmatan DuitNow.

  1. Layari laman web https://www.irakyat.com.my/
  2. Klik Login.
  3. Klik Personal Banking.
  4. Masukkan Username.
  5. Klik Login.
  6. Sahkan Secure Phrase.
  7. Klik Yes.
  8. Masukkan Password.
  9. Klik Login.
  10. Klik DuitNow.
  11. Pilih DuitNow ID Registration.
  12. Klik Next.
  13. Pilih DuitNow ID TypeMobile number (nombor telefon) atau  I/C Number (MyKad).
  14. Pilih Receiving Account.
  15. Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions.
  16. Klik Next.
  17. Klik Request TAC.
  18. Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor telefon anda pada ruangan TAC number.
  19. Klik Confirm.
  20. DuitNow ID Registration successful menunjukkan pendaftaran anda telah berjaya.
  21. Klik OK untuk keluar semula ke menu utama (Landing Page).

 

Langkah #2: Cara guna Instant Transfer Bank Rakyat (DuitNow)

Selepas melakukan pendaftaran untuk ID DuitNow, anda boleh teruskan untuk melakukan transaksi dengan terlebih dahulu login ke i-Rakyat.

  1. Layari laman web https://www.irakyat.com.my/
  2. Klik Login.
  3. Klik Personal Banking.
  4. Masukkan Username.
  5. Klik Login.
  6. Sahkan Secure Phrase.
  7. Klik Yes.
  8. Masukkan Password.
  9. Klik Login.
  10. Klik DuitNow.
  11. Pilih DuitNow pada ruangan Please select your preferable DuitNow features.
  12. Klik Next bagi tujuan cara guna Instant Transfer dimudahkan.
  13. Masukkan maklumat yang terpapar seperti berikut:
    • Transfer from (pilih Savings Akaun anda).
    • Amaun (RM).
    • Transfer To (pilih New DuitNow ID dan pilih Account Number).
    • Pada ruang Beneficiary Details, masukkan maklumat penerima anda.
    • Masukkan nombor akaun penerima pada ruang Beneficiary Account Number.
    • Pada ruang Beneficiary Account Type, pilih Savings Account.
    • Pada medan Beneficiary Bank, pilih bank penerima.
    • Masukkan nama penerima pada ruang Beneficiary Name.
    • Masukkan rujukan penerima pada ruang Recipient Reference.
    • Pada ruang Payment Type pula, pilih Fund Transfer.
    • Letakkan Fund Transfer pada ruang Remark.
    • Pada ruang Effective Date, pilih Immediately (hari ini).
    • Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions.
    • Klik Next.
  14. Semak semula maklumat yang telah diisi bagi memudahkan cara Instant Transfer dilakukan.
  15. Klik Request TAC.
  16. Masukkan TAC Number yang telah dihantar ke nombor telefon anda.
  17. Klik Submit.
  18. Transaksi anda telah berjaya.
  19. Klik Get Receipt.
  20. Resit keluar dalam bentuk pdf dan klik Save.

 

Berapa caj jika guna Instant Transfer?

Pasti anda ingat, sebelum ini pengguna dikenakan RM1.00 untuk setiap transaksi walaupun berapa sahaja jumlahnya.

Sekarang ini, oleh kerana Bank Negara ingin mempromosikan DuitNow, tidak ada apa-apa caj yang dikenakan untuk penerimaan dan pemindahan wang menggunakan Instant Transfer Duit Now dengan jumlah sehingga RM5,000.

Walau bagaimanapun, jika ingin terima atau hantar duit yang berjumlah lebih dari RM5,000, caj minima 50 sen akan dikenakan. Sila check dengan bank masing-masing kerana ada beberapa bank yang tidak kenakan apa-apa.

Sila ambil perhatian bahawa caj ini hanya terpakai untuk pengguna akaun bank individu, dan bukan akaun perniagaan.

Mohon maklumkan kepada kami jika maklumat ini sudah berubah.

 

Akhir kalam

Diharapkan cara guna Instant Transfer Bank Rakyat seperti di atas dapat memudahkan lagi urusan anda.

Sekiranya anda pemegang akaun Maybank dan CIMB Clicks tapi keliru dengan cara guna DuitNow, anda bolehlah baca cara daftar Duitnow dan cara guna DuitNow.

Tapi sekiranya anda rasakan yang DuitNow tidak sesuai untuk anda dan lebih kepada cara konvensional , sila baca Instant Transfer Public Bank  dan pindahan wang guna Maybank2u. 

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Cara Instant Transfer Bank Rakyat 2021 (Menggunakan DuitNow)”

  1. Nak transfer dari bank rakyat ke Maybank tapi bila confirmkan transfer, ada masalah dengan nama penerima sedangkan dah masukkan nama dengan betul…apa masalah ye?

    Reply

Leave a Comment