Cara Daftar Public Bank Online (Register di pbebank.com)

Macam mana cara daftar Public Bank supaya boleh guna online banking untuk buat urusan seperti transfer duit dan bayar bil? Klik untuk baca.

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai Public Bank

Public Bank Berhad merupakan salah satu bank komersial yang terdapat di Malaysia. Seperti bank-bank lain iaitu Maybank, RHB, Bank Rakyat dan sebagainya, Public Bank juga menyediakan servis untuk transaksi masuk dan keluar kewangan anda.

Kini, teknologi telah pun memainkan peranan untuk memodenkan servis yang terdapat di semua bank komersial di seluruh Malaysia.

Seperti Maybank yang mempunyai Maybank2U, serta Bank Rakyat yang mempunyai i-Rakyat, Public Bank juga mempunyai platform moden untuk menjalankan transaksi kewangan anda secara atas talian.

Sistem yang dipanggil sebagai perbankan Internet ini ditawarkan oleh Public Bank kepada pelanggannya. Servis ini dipanggil sebagai PBe.

 

Sedikit mengenai PBe Bank Online

Perkhidmatan Perbankan Internet PBe merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Public Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Public Bank melalui PBe.

Cara daftar PublicBank online

Bagi anda yang sudah mempunyai akaun bank Public Bank, anda juga boleh mendaftar akaun online banking PBe. Bagaimana?

Cara daftar Public Bank guna mesin ATM

  1. Pergi ke mana-mana mesin Automated Teller Machine (ATM) untuk mendaftar servis PBe.
  2. Untung pemegang akaun bersama (mandat ‘salah seorang akan menandatangani’), maka anda perlu datang ke mana-mana cawangan Public Bank untuk memohon.
  3. Pada mesin ATM, pilih OTHER SERVICES.
  4. Pada laman seterusnya, pilih Register Internet Banking.
  5. Akan keluar notis menyatakan bahawa pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan tidak sah melalui mesin ATM. Dinyatakan juga bahawa user ID buat anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
  6. Pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda untuk mendapatkan resit untuk PBe Authentication Code (PAC). Nombor telefon anda bagi yang Malaysia mestilah tidak melebihi 11 digit, manakala bagi yang Singapura mestilah tidak melebihi 10 digit.
  7. Kemudian, pada laman seterusnya, masukkan kod PIN enam digit yang anda mahu gunakan untuk akaun PBebank anda.
  8. Pendaftaran anda berjaya. Ambil semula kad anda dan slip cetakan.

 

Register Public Bank ID di kaunter

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Public Bank.
  2. Maklumkan bahawa anda ingin mendaftar akaun PBe.
  3. Anda akan diserahkan borang untuk mendaftar akaun ini. Ikuti prosiding yang dinyatakan oleh pegawai bank dan lengkapkan borang tersebut.
  4. Serahkan borang tersebut bersama dengan dokumen lain yang relevan kepada pegawai bank.
  5. Proses pendaftaran anda selesai. Anda akan mendapat ID dan password untuk login ke PBe.

 

Cara login Public Bank di pbebank.com

Selepas pelesai pendaftaran, barulah anda boleh login PublicBank online.

Secara ringkasnya, untuk login ke PBebank:

  1. Klik laman rasmi https://www.pbebank.com/.
  2. Anda akan dibawa ke laman depan rasmi PBe.
  3. Scroll ke bahagian kiri atas laman untuk lihat ke bahagian URL. Pastikan ada tertera butang hijau yang bertulis Public Bank Berhad [MY], tandanya anda berada di website yang selamat.
  4. Scroll pula ke bahagian kanan atas laman, dan tekan butang Login.
  5. Akan keluar sub menu. Kemudian, tekan butang PBe.
  6. Anda akan dibawa ke laman seterusnya yang memerlukan anda untuk login buat kali pertama. Pada ruangan Login to PBe, masukkan ID yang anda dapat dengan pendaftaran melalui mesin ATM ataupun cawangan Public Bank. Tekan butang Next.
  7. Satu lagi ruangan akan tertera. Masukkan password yang juga anda peroleh melalui dua acara ini. Kemudian, tekan butang Login.
  8. Pada laman seterusnya, baca terma dan syarat dengan teliti. Setelah selesai, scroll ke bawah dan tekan butang Accept.
  9. Pada laman seterusnya, pada ruangan New User ID, masukkan ID baru yang anda ingin gunakan untuk akaun PBebank anda. ID anda mestilah mempunyai 6 hingga 12 aksara, mempunyai abjad sahaja pada dua aksara yang pertama, serta ID secara keseluruhan hanya mempunyai nombor dan abjad SAHAJA tanpa sebarang ikon dan simbol yang lain.
  10. Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Passwordanda mestilah mempunyai 8 hingga 12 aksara, mesti mempunyai minimum satu abjad dan satu nombor, serta password ini bersifat case sensitive. Misalnya; KUCING123 tidak sama dengan kucing123.
  11. Pada ruangan Confirm New Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
  12. Pada ruangan Memorable Question, pilih soalan yang anda ingin gunakan sebagai backup sekiranya anda terlupa ID atau password anda untuk login PBebank online yang seterusnya.
  13. Pada ruangan Memorable Answer, masukkan jawapan anda untuk soalan tersebut.
  14. Pada ruangan Personal Login Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa pendek yang anda ingin gunakan sebagai pengesahan untuk akaun anda. Personal Login Phrase atau PLP ialah frasa khusus yang wujud untuk mengesahkan bahawa akaun yang anda cuba untuk login itu adalah betul-betul akaun anda. Sekiranya frasa PLP anda tidak terpapar semasa proses login anda, sama ada PLP langsung tidak terpapar atau PLP lain daripada PLP yang anda cipta terpapar, jangan login kerana kemungkinan anda sedang loginkepada akaun milik orang lain.
  15. Pastikan PLP anda mempunyai 13 hingga 20 aksara alpha-numeric, yang juga mengandungi aksara istimewa menggunakan simbol. PLP juga tidak boleh sama dengan ID atau password akaun anda.
  16. Pada ruangan Email Address (Optional), masukkan alamat emel anda.
  17. Tekan butang Submit.
  18. Login kali pertama anda akan diproses dan mengambil masa 2 hingga 10 minit untuk disempurnakan. Anda akan keluar daripada akaun anda secara automatik setelah ID yang anda cipta berjaya diproses. Anda kemudian boleh login semula ke akaun PBe anda menggunakan ID dan password yang anda cipta.

 

Akhir kalam

Kami berharap agar cara daftar Public Bank secara online di pbebank.com ini benar-benar dapat membantu anda.

Apa yang dapat kami simpulkan, pendaftaran akaun sangatlah mudah.

Bagi anda yang masih belum mempunyai akaun PBe, selamat mencuba.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Cara Daftar Public Bank Online (Register di pbebank.com)”

  1. Saya dah buat..bnyk kali tekan submit .tapi masih tak boleh .die tulis situ ada satu atau lebih maklumat yg salah .sy dah check semua.dah reset semua..tapi still tak boleh nak submit😢

    Reply
  2. saya buat password yg saya mahu tak boleh kemuadian cuba berkali kali sampai boleh akhirnya saya tak tahu apa pasword yg saya buat..nak reset sma juga sat g tak ingat juga selalu mcm google boleh jugak bukak biji mata nak tengok kata laluan atau password..ni tak boleh..lpas ni saya boleh tekan tak duit kat bank

    Reply

Leave a Comment