Cara Terminate Streamyx Online (Cancel & Tamatkan Langganan)

Adakah anda seorang pengguna Streamyx yang telah lama melanggan bersama Streamyx? Jika jawapan anda adalah ya, maka kami ada satu soalan ingin tujukan kepada anda. Adakah anda berpuas hati dengan servis-servis yang disediakan untuk anda oleh Streamyx? Sekiranya jawapan anda adalah tidak, maka pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara terminate Streamyx.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara terminate Streamyx online

Artikel yang akan dikongsikan pada hari ini akan ditujukan khas kepada anda yang ingin mencuba dan merasai pengalaman servis internet yang disediakan oleh syarikat lain selain TM. Seperti anda sedia maklum, terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis sama seperti TM.

Kami juga ingin menyediakan alternatif dan panduan untuk anda sekiranya anda berhasrat untuk berhenti melanggan sebagai pengguna TM Streamyx.

Kaedah yang pertama ini sesuai buat mereka yang lebih suka melakukan urusan mereka secara online.

  1. Pertama, anda harus membuka laman web portal rasmi TM pada pautan ini.
  2. Tekan Login sekiranya anda telah mempunyai dan telah mendaftar akaun anda bersama TM. Sekiranya anda adalah pengguna baru, maka anda perlu klik Register untuk mendaftar akaun baru anda.
  3. Kemudian, pada pop-up menu, klik pada Home Broadband.
  4. Masukkan alamat e-mel anda, kata laluan dan klik Next.
  5. Pada menu utama akaun anda, klik pada My Activity.
  6. Lalu, anda perlu mencari dan klik Request For Termination.
  7. Pada halaman berikutnya, terdapat langkah-langkah yang anda harus lakukan untuk menamatkan servis langganan anda bersama Streamyx. Baca dan ikut sahaja langkah tersebut.
  8. Perlu diingat, servis langganan anda hanya akan ditamatkan 30 hari selepas tarikh anda minta untuk tamatkan langganan anda.
  9. Klik Proceed sekiranya anda telah bersetuju dan telah membaca semua langkah.
  10. Halaman Care To Share, anda perlu menyatakan sebab mengapa anda ingin menamatkan servis langgan anda bersama TM Streamyx, agar pihak mereka boleh menambah baik kekurangan pada servis mereka dan klik Proceed.
  11. Selesai sudah proses terminasi akaun Streamyx anda.

 

2. Cara terminate Streamyx di kaunter TM

  1. Anda perlu ke cawangan TM berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda.
  2. Ambil nombor dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil oleh pegawai TM.
  3. Apabila nombor anda dipanggil, terus ke kaunter dan nyatakan hasrat anda untuk berhenti melanggan servis TM Streamyx anda kepada operator TM.
  4. Kemudian, anda akan ditanya beberapa soalan sebagai verifikasi dan jawab semua soalan dengan maklumat yang betul.
  5. Operator akan meminta kad pengenalan anda dan anda juga perlu mengisi Cancellation Form.
  6. Proses terminasi anda akan mengambil masa lebih kurang 14 hari. Selepas 14 hari selesai sudah proses terminasi akaun Streamyx anda.

 

Akhir kalam

Perkhidmatan servis TM Streamyx telah ditubuhkan pada April 2001 oleh syarikat TM. Tanggal Jun 2007, syarikat TM telah memperbaik dan mengemaskini teknologi internet Streamyx yang menawarkan rangkain internet yang lebih baik untuk kegunaan masyarakat Malaysia pada ketika itu.

Namun, tak ramai yang guna kerana adanya Unifi dan lain-lain penyedia telekomunikasi yang mempuncayi capaian 4G.

Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan membantu dan memudahkan urusan anda untuk berhenti melanggan bersama TM Streamyx.

Sekiranya anda pengguna Maxis Fibre, jemput baca artikel tentang cara terminate Maxis Fibre sekiranya anda berminat.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Terminate Streamyx Online (Cancel & Tamatkan Langganan)”

  1. Dear Team,

    Please email us cancellation form for terminate under company account Streamyx.

    Thank you.

    Regards,
    Pang
    for and on behalf of
    HHR SETIA SDN BHD
    D04-1, D04-2, D04-3, (Ground Floor-2Nd floor),
    Jalan Dataran Sentral 3,
    Dataran Sentral,
    70200 Seremban Negeri Sembilan
    T. 06-765 2399 / 06-7672399
    F. 06-764 2399
    email. [email protected]

    Reply

Leave a Comment