bpn.hasil.gov.my 2021 (Login BPN & Semak Status Bayaran Online)

Maklumat berkenaan bpn.hasil.gov.my sudah tidak lagi relevan. Untuk permohonan Sumbangan Tunai Rahmah yang terkini, sila layari portal rasmi STR 2023 di bantuantunai.hasil.gov.my. Sila ambil maklum bahawa bantuan terbaru ialah STR 2023 dan bukannya BTR 2023. Pautan BTR Hasil juga tidak wujud.

Adakah anda sudah siap daftar BPN 2.0 dan buat permohonan BPN 2.0 di bpn.hasil.gov.my ?.

Jika sudah, Alhamdulillah. Jika belum, kami akan kongsikan sekali cara kemaskini BPN 2.0 dan buat semakan status Bantuan Prihatin Nasional.

 

1. Portal bpn.hasil.gov.my

Seperti bantuan-bantuan BR1M, BSH dan lain-lain sebelum ini, terdapat banyak proses yang perlu dilalui oleh setiap pemohon. Nampak macam mudah, namun sebenarnya tidak sebegitu.

Kami di The Rohani membina blok-blok bagi menunjukkan gambaran keseluruhan dalam permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Ini adalah penting untuk memudahkan anda memahami setiap proses permohonan dari awal sehinggalah duit pembayaran diterima. Dan setiap proses ini akan kami jelaskan secara terperinci.

 

2. Login bpn.hasil.gov .my

Sila rujuk cara login BPN 2.0 yang lebih terperinci. Jika tidak, boleh sahaja ikuti panduan ringkas untuk Log Masuk bpn.hasil.gov.my seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan ID Pengguna anda
  3. Untuk makluman, ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad anda
  4. Pastikan ID Pengguna tersebut adalah dalam 12 digit
  5. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 780202-01-5555, masukkan 780202015555
  7. Tekan butang Semak
  8. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses BPN login, anda akan boleh Log Masuk ke dalam sistem
  9. Walau bagaimanakan, andai kata anda belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” 
  10. Maka, anda perlu buat pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional terlebih dahulu.

 

3. Kemaskini bpn.hasil.gov.my

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPN 2.0 dengan maklumat yang terbaru

  1. Layari portal rasmi untuk login BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  7. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPN
    • Maklumat Pendapatan
  8. Selepas Papar Borang, buat masa ini tidak ada butang Kemaskini lagi
  9. Sila tunggu sehingga fungsi ini dikembalikan dalam BPN 2.0 pada masa yang akan diberitahu nanti
  10. Tekan butang Kembali
  11. Jika sudah boleh kemaskini nanti, anda perlu buat Kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah
  12. Maklumat tersebut termasuk:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

 

4. Semakan penerimaan BPN 2.0 (Permohonan Diterima)

Untuk meringkaskan lagi panduan ini, sila ikuti cara login BPN di bpn.hasil.gov.my seperti yang dikongsikan di atas sehingga berjaya masuk ke dalam sistem.

Jika sudah berjaya Log Masuk, teruskan dengan buat permohonan sehingga sampai ke bahagian Akaun Pengesahan.

  1. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  2. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  3. Klik butang   jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  4. Selepas tekan butang Hantar
  5. Pastikan anda dapat lihat paparan mesej Berjaya
  6. Ini bermakna proses semak status permohonan BPN 2.0 anda diterima

 

5. Semakan kelulusan BPN 2.0 (Permohonan Lulus)

Seperti biasa, sila Log Masuk bpn.hasil.gov.my terlebih dahulu.

  1. Tekan butang Semakan Status
  2. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  3. Terdapat empat (4) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
      Duduk diam-diam
      Tunggu duit masuk sahaja
    • Jika status TIDAK LULUS:
      Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
      Anda boleh buat rayuan BPN
      Tertakluk kepada kelulusan.
    • Jika status TIADA REKOD:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Anda perlu buat permohonan BPN
      Tertakluk kepada kelulusan.
    • Jika status TIDAK LAYAK:
      Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
      Anda tidak boleh buat rayuan BPN

 

 

Maklumat lanjut berkenaan BPN 2.0

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPN 2.0, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang ingin tahu maklumat lanjut berkenaan kemas kini, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan portal bpn.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat kemaskini Bantuan Prihatin Nasional yang terbaru ini..

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Bantuan Prihatin Nasional ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Selepas selesai semua proses daftar BPN 2.0, mohon BPN 2.0 dan kemaskini BPN, barulah boleh buat semakan BPN 2.0 untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Semoga bermanfaat.

19 thoughts on “bpn.hasil.gov.my 2021 (Login BPN & Semak Status Bayaran Online)”

  1. Assalamualaikum, Saya ingin bertanya,sekarang saya sudah tidak bekerja dengan majikan kerana terpaksa berhenti atas faktor kesihatan anak dan sekarang bekerja sendiri,apakah saya layak untuk memohon untuk BPN,Sekiranya boleh bagaimana caranya

    Reply
  2. saya ada lah penerima BPN ,tetapi sehingga kini saya tidak dapat mengemaskini data saya dalam system ,dan saya juga telah di sahkan positif corona virus pada19-1-2021 saya telah di qurantin selama 14 hari ,10hari di rumah 4 hari di hospital,sehingga sekarang saya masih keliru dan tak tahu bagaimana untuk claim my salam covid 19 ini,saya berharap agar ada pihak yang dapat membantu saya selesaikan masalah ini(0193009431)

    Reply
  3. Change of account from Ambank 0822012003892 to RHB 10708200186306 with effect from today, June 4,2021. Thank you.

    Reply
  4. Yang lulus bpr 2.0 tp x masuk acc bank tu.
    Pergi ke kaunter BSN saja.
    Tunai tiada voucer tu.
    Bukan bini yg pergi ya.MESTI
    Penama BPR [ketua isi rumah]
    Yang ke kaunter BSN.
    TQ

    Reply
  5. Nama isteri digunakan oleh sauadara sebagai pengarah syarikat. Hampir 2 tahun saya tidak dpat bantuan sambil membuat rayuan untuk membuktikan nama isteri saya tiada lagi dalam SSM. Rayuan saya telah diluluskan pada 2020 tetapi tiba-tiba nama saya pula disahkan sebagai 3 pengarah syarikat yang saya tidak kenali. SSM telah mengesahkan nama saya tiada dalam pendaftaran syarikat tetapi LHDN tidak lulus rayuan saya. Oleh itu berharap pihak LHDN boleh mengemaskini sistem & mengesahkan sekali lagi status saya & lulus rayuan saya. Saya amat memerlukan bantuan ini kerana saya seorang pesara tua. Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment