btr.hasil.gov.my (Portal Rasmi BTR 2023?)


Sebelum ini, kami dapati netizen sibuk berspekulasi tentang portal rasmi BTR 2023 yang belum kunjung tiba. Ya, termasuklah anda yang sedang baca artikel ini. Namun, spekulasi asal sudah boleh ditongsampahkan kerana ia tidak benar. Kerajaan tidak menggunakan btr.hasil.gov.my sebagai portal rasmi untuk login Bantuan Tunai Rakyat. Sebaliknya, pihak kerajaan menggunakan URL bantuantunai.hasil.gov.my sebagai portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ya, agak pelik kerana kami menjangkakan pihak kerajaan akan melancarkan str.hasil.gov.my. Tidak nampak “bantuan” di dalam nama baru tersebut iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Pasrah sahaja, kita rakyat perlu terima.

Apa Itu BTR 2023?

Ini adalah tulisan kami sebelum dimaklumkan bahawa BTR telah bertukar kepada STR. Ya, semudah itu ia bertukar. Laksana Polis Angkasa Gaban yang boleh bertukar dalam 0.02 saat. Jadi, kami kekalkan sahaja kerana intinya tetap sama.

BTR ialah akronim atau singkatan bagi Bantuan Tunai Rakyat, khusus bagi tahun 2023.

Bantuan BTR 2023 ini merupakan satu bentuk sokongan oleh kerajaan yang boleh membantu rakyat yang sedang mengalami kesukaran kewangan.

Bantuan seperti ini oleh kerajaan dapat memberikan sokongan kewangan sementara dan membantu individu mengatasi cabaran ekonomi serta meningkatkan kestabilan kewangan mereka.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan sosial dan emosi yang mungkin dialami oleh mereka yang menghadapi masalah kewangan., terutama sekali yang terlibat dengan bencana banjir.

Seperti BRIM, BSH, BPN, BPR dan BKM sebelum ini, BTR ialah bantuan tahunan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang menepati syarat dan kelayakan.

BTR 2023 akan dapat memberikan bermanfaat bukan sahaja bagi individu, tetapi juga bagi masyarakat secara keseluruhannya.

 

Bila Boleh Login BTR 2023 di btr.hasil.gov.my?

Sekarang, tak perlu tanya lagi bila boleh btr.hasil.gov.my kerana pautan baru ialah bantuantunai.hasil.gov.my

Umum sudah tahu bahawa pautan ini tidak digunapakai.

Teruskan login STR 2023 untuk mengakses STR Hasil.

 

Selepas Login BTR, Boleh Buat Apa?

Walaupun BTR hanya tinggal sebagai masa silam, kami tinggalkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Antaranya perkara yang anda boleh lakukan selepas login BTR adalah seperti berikut:

  1. Buat pendaftaran BTR
  2. Buat permohonan BTR
  3. Kemaskini BTR
  4. Buat semakan BTR

 

Berapa Banyak Bayaran BTR 2023?

Hanya terbahagi kepada dua sahaja:

  1. Kategori Berkahwin: Ketua Isi Rumah (KIR) akan dapat RM300
  2. Kategori Bujang: Bujang akan dapat RM100

 

Bila Tarikh Bayaran BTR 2023?

Pembayaran BTR Fasa 1 (kini dikenali dengan STR Fasa 1) kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.

9 thoughts on “btr.hasil.gov.my (Portal Rasmi BTR 2023?)”

  1. Assalamualaikum tuan / puan.. Pertama kali saya ingin nak tahu bagaimana caranya nak menyemak status penerima BTR 2023 bagi kategori bujang. Ini disebabkan saya baru pertama kali menerima wang BTR melalui akaun bank BSN. Adakah ianya terus masuk ke dalam akaun bank BSN @ saya perlu mengemaskini status akaun saya. Harap pihak tuan / puan dapat membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Sekian terima kasih.

    Reply
  2. status xlayan sedangkan suami da xkerja dro blno tahun lepas entah mna yg xlayaknya.. menyesal undi hri to bantuan langsung xdpt😑😑

    Reply

Leave a Comment