Ingin kami jelaskan di sini bahawa cara buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional secara online ini hanyalah untuk golongan yang tidak pernah terima BSH dan juga tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.
Langkau artikel ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat yang baru sahaja diumumkan dalam Bajet 2021; dan juga bila permohonan BPR boleh dibuat.
Ini juga adalah cara permohonan BPN 1.0 yang lama. Sila baca cara mohon BPN 2.0 atau cara mohon BPR 2021 yang terbaru dalam #bajet2021
Langkau artikel ini untuk baca cara daftar BPN 2.0 bagi pengguna baru, dan seterusnya buat permohonan BPN 2.0.
Secara ringkasnya:
- Sekiranya anda penerima BSH sebelum ini, anda tidak perlu mohon. Hanya tunggu sahaja pengumuman untuk buat semakan secara online.
- Sekiranya anda bukan penerima BSH, tetapi berada dalam golongan M40 yang membayar cukai pendapatan di LHDN dan menepati kriteria kelayakan, juga tidak perlu mohon.
- Jika anda tidak termasuk dalan dua golongan di atas dan anda rasa diri anda perlu diberikan bantuan kerana tidak tergolong dalam golongan M40 mahupun T20, serta anda tidak pernah memohon bantuan BSH ataupun membayar cukai, sila buat permohonan mulai 1 April 2020 nanti
Semakan pengesahan data akan dibuat dan bantuan secara adil akan diberikan kepada mereka yang layak.
Sila baca cara login Bantuan Prihatin Nasional untuk buat permohonan BPN. Setelah selesai mohon, sila buat semakan BPN, samada diterima atau tidak.
Jemput rujuk BPN 101 untuk mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai langkah-langkah permohonan Bantuan Prihatian Nasional dari mula sehingga akhir.
Sila buat semakan BPN Fasa 2 untuk mengetahui status pembayaran dan duit masuk.
Sedikit mengenai BPN
Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional.
Bantuan ini adalah pemberian wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion untuk pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu Grab, pesara kerajaan, kakitangan awam dan lain-lain lagi.
Bantuan kewangan ini juga adalah bertujuan untuk meringankan pendapatan rakyat yang terjejas teruk akibat Coronavirus COVID-19.
Kandungan
- Bantuan Prihatin Nasional
- Cara permohonan Bantuan Prihatin Rakyat
- Semak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional
- Daftar Bantuan Prihatin Nasional
- Permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
- Status Permohonan BPN: LULUS
- Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional: TIDAK LULUS
- Cara permohonan BPN
- 1) Siapa yang PERLU memohon?
- 2) Siapa yang TIDAK PERLU memohon?
- Cara pembayaran BPN
- Isi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020
Bantuan Prihatin Nasional
Siapa yang layak terima Bantuan Prihatin Nasional?
Berikut ialah syot layar daripada siaran media di Facebook Kementerian Kewangan Malaysia.
Pastikan anda berada dalam salah satu golongan ini untuk melayakkan untuk buat pendaftaran bagi menerima bantuan ini.
BPN Berkahwin, untuk pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah
- Bantuan untuk yang sudah berkahwin
- Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
- Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
- Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
- Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020
BPN Berkahwin, untuk pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Bantuan untuk yang sudah berkahwin
- Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
- Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
- Jumlah RM500 pada bulan April 2020
- Jumlan RM500 pada bulan Mei 2020
BPN bujang, untuk yang berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan bawah RM2000
- Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
- Khas untuk yang gaji bawah RM2000
- Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
- Jumlah RM500 akan diberi pada bulan April 2020
- Jumlah RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020
BPN bujang, untuk yang berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2000-RM4000
- Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
- Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
- Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
- Jumlah RM250 akan diberi pada bulan April 2020
- Jumlah RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020
Cara permohonan Bantuan Prihatin Rakyat
Pertama sekali, untuk mengetahui samada anda perlu mohon atau tidak, sila baca cara semak Bantuan Prihatin Nasional terlebih dahulu. Jika TIDAK LULUS, sila buat rayuan BPN.
Anda perlu mengetahui anda status anda adalah LULUS, TIDAK LULUS atau TIADA REKOD.
Sila ikut langkah di bawah untuk buat semakan status.
Semak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional
- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan CAPTCHA akan dipaparkan
- Masukkan aksara CAPTCHA yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
- Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
- Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
- Jika status TIADA REKOD: Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
Daftar Bantuan Prihatin Nasional
Seperti yang dinyatakan di atas, jika status semakan BPN ialah TIADA REKOD, barulah perlu buat permohonan baru.
Cara buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional adalah lebih mudah jika anda mendaftar akaun BPN.
Ikuti langkah untuk mendaftar BPN seperti di bawah.
- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Pastikan status semakan anda ialah Tiada Rekod
- Klik butang Permohonan Baru
- Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
- Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
- Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
- Kahwin
- Ibu Bapa Tunggal Balu / Janda / Dua Dan Mempunyai Anak
- Bujang
- Klik Teruskan
- Soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
- Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Seremban
- Klik Teruskan
- Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
- Masukkan Nama Penuh anda
- Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik
- Pilih Kata Kunci Keselamatan
- Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja
- Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
- Antara soalannya ialah:
- Apakah tahun kelahiran ayah anda?
- Apakah tahun kelahiran ibu anda?
- Apakah warna kegemaran adan?
- Apakah makanan kegemaran anda?
- Apakah haiwan kegemaran anda?
- Apakah lagu kegemaran anda?
- Apakah buku kegemaran anda?
- Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
- Apakah sukan kegemaran anda?
- Apakah buah kegemaran anda?
- Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
- Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
- Klik Teruskan
- Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN sekali lagi
- Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
- Klik Teruskan
- Isikan Kata Laluan
- Isikan Pengesahan Kata Laluan
- Klik Daftar
- Pendaftaran BPN anda sudah berjaya
- Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.
Permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
Sila pastikan proses pendaftaran BPN sudah berjaya terlebih dahulu.
Selepas itu, ikuti langkah untuk mohon BPN seperti di bawah.
- Klik Log Masuk
- Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
- Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
- Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
- Kami andaikan anda klik Ya
- Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
- Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
- Maklumat Pemohon
- Pengesahan
- Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
- Nama
- Nombor MyKad
- Jantina
- Alamat
- Poskod
- Bandar
- No Telefon Rumah
- Pekerjaan
- Status Perkahwinan
- Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
- Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
- Nama anak
- No Kad Pengenalan anak
- Umur anak
- Status anak
- Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
- Klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian Pengesahan
- Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
- Jika anda belum daftar BPN, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
- Jika anda sudah daftar BPN seperti di atas, klik Tidak
- Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
- Jika anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
- Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
- Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
- Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
- Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
- Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional baru, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
Status Permohonan BPN: LULUS
Bagi yang berstatus LULUS, sila kemaskini BPN jika perlu.
- Untuk melihat paparan maklumat yang lebih terperinci, anda perlu Log Masuk BPN
- Sekali lagi, sila layari laman web rasmi untuk semak BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk pada bahagian Menu
- Masukkan Nombor Mykad anda
- Anda akan dipaparkan dengan paparan Kunci Keselamatan
- Jika paparan ini adalah sama seperti yang didaftarkan dahulu, sila klik Ya
- Jika paparan ini tidak sama dengan apa yang didaftarkan dahulu, klik Tidak
- Ini adalah penting sebagai satu langkah keselamatan agar tidak maklumat anda tidak diceroboh
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Klik Log Masuk
- Jika semuanya baik, anda akan dapat Log masuk
- Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan\
Jika status LULUS dan ada perubahan dengan Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin), Maklumat Waris, Nombor Telefon, Nombor Akaun Bank dan lain-lain yang berkenaa, sila baca cara kemaskini Bantuan Prihatin Nasional
Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional: TIDAK LULUS
- Jika status permohonan BPN anda tidak lulus, tidak perlu Log Masuk
- Selepas masukkan Nombor Mykad anda, klik butang Carian
- Masukkan aksara CAPTCHA seperti dipinta
- Status TIDAK LULUS akan dipaparkan
- Butang ALASAN TIDAK LULUS juga akan dipaparkan
- Sebarang persoalan kenapa Bantuan Prihatin Nasional anda tidak lulus, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
Jika status TIDAK LULUS, boleh cuba cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional.
Cara permohonan BPN
Izinkan kami berkongsi, siapa yang perlu mohon dan siapa yang tidak perlu mohon.
Ini adalah untuk lebih mudah faham.
1) Siapa yang PERLU memohon?
Untuk mudah faham, cara buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu
- Kategori yang tidak perlu memohon BPN
- Kategori yang perlu mohon BPN
Setelah buat semakan dan status anda TIADA REKOD, anda perlu buat permohonan baru BPN.
Berikut ialah sedikit penerangan mengenai golongan yang PERLU buat permohonan BPN.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
2) Siapa yang TIDAK PERLU memohon?
Setelah buat semakan dan status anda LULUS, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN. Tidak perlu buat apa-apa. Hanya tunggu duit masuk sahaja. Duduk diam-diam.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika anda suami isteri telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu mohon BPN
- Ini bermakna, jika anda pernah terima BSH sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
- Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika anda suami isteri telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda tidak perlu mohon BPN
- Ini bermakna, jika anda pernah bayar cukai pendapatan sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
- Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika anda telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu mohon BPN
- Ini bermakna, jika anda pernah terima BSH sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
- Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika anda telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda tidak perlu mohon BPN
- Ini bermakna, jika anda pernah bayar cukai pendapatan sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
- Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
Semoga penerangan mengenai cara permohonan BPN di atas jelas.
Cara pembayaran BPN
Setelah berkongsi cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional seperti di atas, izinkan kami berkongi bagaimana pembayaran akan dibuat kepada penerima.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, duit BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, duit BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
Isi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020
Harus diingat, perkongsian di sini bukan hanya mengenai cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Ini akan perkongsian tentang pakej rangsangan secara keseluruhannya.
Berikut ialah senarai penuh isi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Akan terima RM500 juta untuk tingkatkan keupayaan dalam menangani Coronavirus COVID19
Dana Khas RM8 Juta
Pencarum insurans
Penangguhan bayaran premium selama 3 bulan kepada pencarum insurans yang terjejas.
Petugas khas COVID-19
Tingkatkan elaun petugas khas dari RM400 ke RM600 sebulan sehingga wabak berakhir
ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, RELA
Elaun khas RM200 sebulan untuk ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, RELA
Pelajar IPT
Pelajar di IPT dapat bayaran sebanyak RM 200 secara one-off
Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal
Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal dapat bantuan makanan, kesihatan dan tempat perlindungan
Peminjam PTPTN
PTPTN tangguh pembayaran, memberikan penangguhan PTPTN mulai 1 April hingga 30 September 2020
MySalam untuk B40
MySalam pula memanjangkan manfaat kepada golongan b40 yang dikuarantin.
Pengeluaran pra-persaraan
Pengeluaran pra-persaraan sehingga jumlah RM 1500 tanpa cukai dari April ke Disember 2020.
Pengecualian sewa PPR
Memanjangkan pengecualian bayaran sewa PPR kepada enam bulan, ditanggung sepenuh oleh kerajaan dari April – September 2020. Bagi perumahan awam, DBKL memberi pengecualian.
Pengecualian sewa premis kerajaan
Pengecualian sewa untuk premis kerajaan seperti kafeteria dan bangunan kedai.
Diskaun bil elektrik TNB
15 peratus bil elektrik pelancongan, 2 peratus kepada lain lain- Tambahan, diskaun berperingkat antara 15-50 peratus bil elektrik.
Internet percuma untuk pengguna
15. Internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain, dari April hingga PKP tamat.
Bantuan untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah
Penjawat awam dapat bantuan tunai RM 500 secara one-off untuk Gred 56 ke bawah termasuk kontrak.
Pesara kerajaan
Pesara kerajaan- bantuan RM 500 one-off
Dana Makanan
RM 1 billion untuk dana makanan.
Dana khas untuk perladangan dan pertanian
RM100 juta untuk kemudahan infrasturktur. Dana khas untuk perladangan kawasan dan pertanian kawasan.
Subsidi upah, bantu majikan kekalkan pekerja
Program subsidi upah adalan untuk bantu majikan kekalkan pekerja. Upah RM 600 sebulan untuk tempoh 3 bulan. Khusus untuk mereka pendapatan bawah RM 4000 dan majikan yang mengalami penurunan 50 peratus.
Pemandu Grab
Pemandu E-hailing dapat Bantuan Prihatin Nasional secara one-off sebanyak RM 500
Pemandu teksi
Pemandu teksi akan dapat Bantuan Prihatin Nasional secara one-off sebanyak RM 600
Pekerja kontrak
Kerajaan akan bayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor. Panjangkan tempoh kontrak selama sebulan.
Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS)
Tambah dana dalam kemudahan khas, kadar faedah akan dikurangkan- Kerajaan akan tingkatkan saiz dana kepada 6.8 billion semua sektor ekonomi untuk tingkatkan akses PKS.
- Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan,Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%
- Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
- Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha 14 taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
- Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
- Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.
Khidmat Rundingan Majikan
Bantuan Prihatin Nasional hanya untuk pekerja sahaja.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan tidak meminggirkan majikan.
KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
Pengecualian levi HRDF
Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.
Penangguhan ansuran cukai pendapatan LHDN
Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.
Pinjaman MARA dan TEKUN
Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.
Modal berniaga untuk usahawan B40
Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.
Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.
Bayaran balik hutang sektor korporat
Kerajaan menyambut baik usaha institusi perbankan 18 yang bersedia untuk menstruktur semula bayaran balik pinjaman sektor korporat bersesuaian dengan prestasi perniagaan mereka.
Skim jaminan modal kerja perniagaan
Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan.
Projek kecil
Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.
Akhir kalam
Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.
Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.
Layari laman rasmi https://www.treasury.gov.my/ms/ untuk maklumat rasmi dan sahih.
Mari kita semua berdoa agar penularan wabak Coronavirus COVID-19 cepat hilang dari muka bumi ini.
Bagi yang layak menerima duit BPN, untuk mengelakkan dari terlepas pandang, sila rujuk tarikh bayaran BPN dan pastikan baca cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional.
Semoga bermanfaat.
Bagaimana cara nak mohon bantuan perhatian notinal
Kawan saya tak ada akuan bank cara mohon bantuan perhatian notinal
sye tak perna lagi isi mana mana borang bantuan dan tak pandai nak isi borang rayuan BpN
Saya ingin mohon bpn,Kerna saya tidak pernah dapat bantuan bpn semenjak dua tahun lepas,jadi saya amat memerlukan nye
Bagaimana nak mohon BPN permohonan baru tu ya.saya tidak mohon sebelum ini.bantu saya…
Saya ingin mendaftar bantuaan prihatin nasional. Pemohonan baru