bantuantunai.hasil.gov.my (Portal Rasmi STR 2023)


Teka-teki netizen kini sudah berakhir. Bagi netizen sedang sibuk berspekulasi tentang portal rasmi BTR 2023, anda mungkin rasa sedikit kecewa kerana pautan btr.hasil.gov.my yang dicanang-canang sebelum ini sebenarnya sudah bertukar menjadi bantuantunai.hasil.gov.my. Ini adalah selari dengan penjenamaan semula oleh pihak kerajaan yang menukarkan nama Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023). Ya, kalau ikut akronim, yang bertukar hanya B kepada S sahaja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, anda tidak boleh login Sumbangan Tunai Rahmah kerana masih lagi belum dibuka oleh pihak LHDN. Kami akan terus kemaskini apabila mendapat maklumat terbaru.

Portal STR 2023 bantuantunai.hasil.gov.my

Direct link untuk STR 2023 ialah bantuantunai.hasil.gov.my. Jangan salah taip str.hasil.gov.my kerana pautan tersebut tidak wujud.

Seperti bantuan-bantuan BR1M, BSH, BPN, BPR dan BKM sebelum ini, terdapat banyak proses yang perlu dilalui oleh setiap pemohon. Dari mata kasar, nampak seperti cukup mudah. Mohon, tunggu kelulusan dan semak bayaran. Namun, hakikatnya tidak sebegitu.

Kami sangat memahami perkara ini dan akan berkongsi gambaran keseluruhan dalam permohonan STR 2023. Ini adalah penting untuk memudahkan anda memahami setiap proses permohonan dari awal sehingga akhir. Dan setiap proses ini akan kami jelaskan secara terperinci.

Apa Itu STR 2023?

STR adalah akronim atau singkatan untuk Sumbangan Tunai Rahmah, khusus untuk tahun 2023.

Bantuan STR 2023 ini adalah bentuk sokongan dari kerajaan yang dapat membantu rakyat yang sedang mengalami masalah kewangan.

Bantuan seperti ini dari kerajaan dapat memberikan sokongan kewangan sementara dan membantu individu mengatasi cabaran ekonomi serta meningkatkan kestabilan kewangan mereka.

Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan sosial dan emosi yang mungkin dialami oleh mereka yang menghadapi masalah kewangan, terutama yang terlibat dengan bencana banjir.

Seperti BRIM, BSH, BPN, BPR dan BKM sebelum ini, STR adalah bantuan tahunan dari pihak kerajaan kepada rakyat yang memenuhi syarat dan kelayakan.

STR 2023 akan memberikan manfaat bukan sahaja untuk individu, tetapi juga untuk masyarakat secara keseluruhannya.

Bila Boleh Login STR 2023 di bantuantunai.hasil.gov.my?

Seperti yang dimaklumkan, pautan str.hasil.gov.my masih lagi belum dibuka.

Kami menjangkakan link ini akan dibuka pada 17 Jan 2023 jam 8.00 pagi.

 

Selepas Login STR, Boleh Buat Apa?

Walaupun masih lagi belum live, kami jangkakan bahawa apa yang anda boleh lakukan di portal rasmi STR nanti sama sahaja dengan BKM.

Antaranya ialah:

  1. Buat pendaftaran STR
  2. Buat permohonan STR
  3. Kemaskini STR
  4. Buat semakan STR

Masih terlalu awal untuk menulis panduan ini kerana pautan masih lagi belum live.

Kami akan kembali.

 

Berapa Banyak Bayaran STR 2023?

Hanya terbahagi kepada dua sahaja:

  1. Kategori Berkahwin: Ketua Isi Rumah (KIR) akan dapat RM300
  2. Kategori Bujang: Bujang akan dapat RM100

Ya, tak banyak.

Setakat ini, masih keluar keluar pengumuman rasmi daripada kerajaan berkenaan amaun bantuan secara terperinci.

Bantuan BKM sebelum ini mempunyai kategori bujang, bujang warga emas, ibu bapa tunggal tanpa anak dan ibu bapa tunggal dengan anak.

Masih terlalu awal untuk berspekulasi.

Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada kerajaan nanti.

 

Bila Tarikh Bayaran STR 2023?

Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan di pangkalan data STR pada 17 Januari 2023.

8.7 juta golongan B40 akan menerima pembayaran sebanyak RM1.67 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak, sama ada mempunyai akaun bank atau tidak akan menerima pembayaran pada tarikh yang sama.

Jangan risau jika anda tidak mempunyai akaun bank, anda masih boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan portal bantuantunai.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini..

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Sumbangan Tunai Rahmah ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “bantuantunai.hasil.gov.my (Portal Rasmi STR 2023)”

  1. Saya telah lulus bantuan STR bujang , tetapi saya sekarang sudah berstatus berkawin dan mempunyai 1 anak , adakah saya boleh kemaskini data saya semula , dan adakah saya layak untuk mendapat bantuan isi rumah yg sdah berkahwin ,, saya harap ada jawaban atas soalan saya terima kasih,,

  2. I’ve not been able to apply due to my internet issue as TM hasn’t solved the matter until now.

    My husband and I are retirees of private sector without any income other than my EPF. How can I apply fresh now?

    Will appreciate your kind assistance. Thanking you in anticipation.

  3. Encik saya ini penerima bantuan bkm dan sekarang ini boleh ke saya menerima bantuaan btr sekarang ini

  4. Sy dah lama tak dapat bkm, jadi sy tak dapat la buka mystr.
    Status sy kini, duda anak 5. Macam mana nk mohon str?

Leave a Comment