Akaun BPR Disekat (Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)

Masalah ini biasa berlaku apabila anda cuba login BPR di bpr.hasil.gov.my dan terlupa jawapan kepada SOALAN KESELAMATAN. Cuba ingat-ingat balik, anda sendiri pernah set suatu masa dahulu semasa pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat tempohari bukan. Jadi, kalau frust sangat tak boleh log masuk, izinkan kami berkongsi apa yang perlu dibuat jika akaun BPR disekat.

Nota:

  • Jika anda TIDAK LULUS, sila buat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat
  • Tarikh rayuan BPR bermula 15 Jun 2021

1. Kenapa akaun BPR disekat?

Seperti yang dimaklumkan di atas, sebab utama ialah anda gagal menjawab SOALAN KESELAMATAN. Akan keluar ralat seperti ini:

Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat.

 

2. Apa perlu buat kalau akaun BPR kena sekat?

Di bawah ralat tadi, ada notis seperti berikut:

Sila hubungi Hotline BPR atau hadir ke cawangan LHDNM berdekatan untuk tindakan lanjut.

Jadi, apabila anda mempunyai ralat seperti di atas, jangan panik. Sila tunggu dalam masa lebih kurang 10 minit. Selepas itu, boleh cuba lagi.

Walau bagaimanapun, jika masih lagi tidak berjaya, solusi paling cepat dan pantas adalah anda perlu membuat panggilan telefon ke Hotline Bantuan Prihatin Rakyat. Pihak BPR akan membantu anda menyelesaikan masalah ini.

 

3. Apa nombor Hotline BPR?

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) LHDNM adalah seperti berikut:

  • 1800-88-2747

Talian hotline BPR dari MOF (Kementerian Kewangan) pula adalah seperti berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Walau bagaimanapun, memandangkan sekarang adalah waktu puncak, anda mungkin rasa kecewa kerana tidak dapat menembusi talian.

Ini kerana, orang yang cuba menelefon talian BPR bukan sahaja orang yang mempunyai masalah akaun yang disekat. Akan juga antara mereka yang call untuk bertanya tentang semakan BPR dan mahu tahu bila duit BPR masuk.

Talian akan menjadi lebih sibuk kerana tarikh bayaran BPR Fasa 2 2021 masih lagi belum diumumkan oleh kerajaan.

Sekiranya anda mempunyai masa dan jarak rumah anda ke cawangan LHDN tidak jauh, kami sarankan anda hadirkan diri ke sini. Ini bukan sahaja membolehkan anda menyelesaikan masalah akaun BPR disekat, tetapi boleh bertanya tentang perkara-perkara lain seperti semakan bayaran BPR.

 

4. Login BPR semula selepas tiada sekatan

Selepas masalah sekatan selesai, anda boleh ikut langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Tekan butang Semak
  4. Anda akan berada di bahagian SOALAN KESELAMATAN
  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Sila jawab semula soalan keselamatan yang dipaparkan, contohnya:
    • Soalan Pertama: Apa haiwan kegemaran anda?
    • Soalan Kedua: Apa buah kegemaran anda?
    • Soalan Ketiga: Apa makanan kegemaran anda?
    • Soalan Keempat: Apa sukan kegemaran anda?
    • Soalan Kelima: Apa nama panggilan anda ketika kecil?
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan dapat masuk ke BPR Hasil
  10. Selesai

 

Akhir kalam

Jika anda memilih untuk menelefon talian Hotline BPR, sila bersabar jika talian tidak dapat ditembusi. Jika anda memilih untuk pergi ke cawangan LHDN untuk menyelesaikan masalah akaun BPR disekat, kawal emosi semasa bertemu dengan pegawai di sana.

Jangan terlalu ikutkan hati dan berlaku tidak sopan.

Sama-sama kita jaga akhlak di bulan Ramadan ini.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Akaun BPR Disekat (Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)”

  1. Macam mana nak kemaskini klau kita lupa password dan kita dh tukar email tk di daftarkan. Soalan keselamtan pun tkingt.

    Reply
  2. Akaun disekat
    Tak dapat nak jawab soalan keselamatan bila terlupa kata laluan
    Bila hubungi no Hotline tak ada pulak minta tekan butang untuk pertanyaan lain2

    Reply

Leave a Comment