Cara Tukar No Telefon CIMB (Update Nombor / Kemaskini)

Kepada pengguna CIMB, tahukah anda dengan menggunakan telefon pintar anda sahaja, anda boleh melakukan transaksi perbankan anda secara online dengan menggunakan CIMB Clicks? Segala urusan transaksi perbankan anda termasuk semak baki dan pemindahan wang boleh dilakukan hanya dengan login CIMB Clicks. Namun, pada hari ini, kita akan memberi tumpuan kepada cara tukar no telefon CIMB anda agar anda boleh melakukan transaksi perbankan secara online tanpa mengalami apa-apa masalah.

Kenapa perlu tukar nombor telefon?

Kami andaikan, antara sebab anda mahu tukar nombor telefon adalah kerana menghadapi masalah seperti berikut:

  • Nombor telefon anda disekat (blocked)
  • Nombor telefon anda tamat tempoh
  • Nombor telefon anda hilang disebabkan anda kehilangan telefon pintar anda.

Persediaan / Pra-syarat

  • Anda mempunyai online banking CIMB yang masih aktif
  • Semasa proses pendaftaran CIMB Clicks, perkhidmatan online ini juga memerlukan nombor telefon anda yang masih aktif untuk melakukan transaksi perbankan anda secara online.
  • Ini kerana nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda sebagai bukti pengesahan akaun bank online anda.
  • Maka, sekiranya nombor telefon yang anda daftarkan menghadapi masalah, sudah tentu aktiviti urus niaga online anda akan terganggu.

Cara tukar no telefon CIMB

Untuk menjawab pertanyaan yang sering ditanya iaitu boleh atau tidak kita menukar nombor telefon kita menggunakan telefon pintar kita? Jawapannya adalah tidak.

Sekiranya anda ingin menukar nombor telefon anda kepada nombor yang baru, anda mestilah melakukan penukaran tersebut di mesin ATM CIMB yang berdekatan dengan anda.

Berikut adalah kaedahnya:

#1 Tukar no telefon melalui mesin ATM CIMB

  1. Setelah anda menjumpai mesin ATM CIMB yang berdekatan dengan anda, anda perlu ikuti langkah-langkah seterusnya untuk membuat penukaran.
  2. Masukkan kad ATM CIMB anda ke dalam ruangan yang disediakan.
  3. Masukkan nombor PIN ATM anda dan juga kata laluan (sekiranya diminta).
  4. Pilih dan klik pada “Others“.
  5. Kemudian klik pada CIMB Clicks.
  6. Masukkan nombor telefon baru anda ke dalam ruangan yang disediakan.
  7. Setelah beberapa ketika, anda akan mendapat TAC yang menyatakan penukaran nombor baru anda telah berjaya.

 

#2 Buat penukaran nombor telefon melalui laman web CIMB Clicks.

  1. Layari laman web rasmi CIMBClicks untuk memulakan sesi penukaran nombor di sini: https://www.cimbclicks.com.my
  2. Masukkan nama pengguna anda pada ruangan yang disediakan.
  3. Kemudian masukkan kata laluan anda dan tekan “Login“.
  4. Pada halaman seterusnya, anda akan dipaparkan “Menu Dashboard“.
  5. Kemudian anda perlu mencari “Settingspada Menu tersebut.
  6. Profil anda akan dipaparkan dan apa yang anda harus lakukan adalah klik pada “Update Contact Details“.
  7. Cari tetapan “Phone Number” dan tekan “Edit“.
  8. Masukkan nombor telefon baru anda.
  9. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara tukar no telefon CIMB ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Pastikan anda alert dengan scammer yang kini sibuk mencari peluang untuk menipu.

Bukan sahaja perlu selalu kemaskini dan update nombor telefon yang terkini untuk mengelakkan penipuan berkaitan TAC. Anda juga perlu tukar password CIMB Clicks untuk mengelakkan pencerobohan.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Tukar No Telefon CIMB (Update Nombor / Kemaskini)”

  1. Kepada sesiapa yang nak update TAC nombor telefon, perlu ikut cara no.1 . Cara No.2 hanya akan update nombor telefon untk bank menghubungi anda.

    Reply

Leave a Comment