Cara Tukar No Telefon Bank Islam (Update di Mesin ATM)

Macam mana cara tukar no telefon Bank Islam sekiranya kita bertukar nombor telefon? Adakah perlu maklumkan ke branch? Izinkan kami berkongsi.

Untuk pengguna Bank Islam, perbankan secara atas talian ataupun online banking menjadi pilihan utama. Namun kita semua tahu bahawa ada baik dan buruknya online banking ini. Antara kelemahan online banking adalah transaksi melibatkan penggunaan nombor telefon anda untuk mendapatkan TAC atas tujuan bank in duit Bank Islam.

Sekiranya telefon anda hilang anda tidak lagi boleh mendapatkan TAC kerana telah berlaku kehilangan nombor telefon anda. Bolehkah kita menukar nombor telefon kita? Jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda cara update nombor telefon Bank Islam anda.

Cara tukar no telefon Bank Islam

Perlu diingatkan bahawa penukaran nombor telefon Bank Islam hanya boleh dilakukan pada mesin ATM sahaja.

Alternatif lain untuk anda, jika anda ingin mengetahui cara menyemak baki Bank Islam anda, kami telah sediakan artikel tentang cara semak baki Bank Islam buat pengguna Bank Islam.

Langkah 1 (Melalui online banking)

  1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah anda perlu mencari lokasi ATM Bank Islam yang berada di sekitar kawasan anda.
  2. Untuk memudahkan urusan pencarian cawangan Bank Islam yang terdekat dengan anda, anda boleh semak pada pautan ini https://www.bankislam.com/need-assistance/branch-locator/.
  3. Setelah anda jumpa lokasi ATM Bank Islam yang terdekat anda perlu ke lokasi tersebu untuk melakukan penukaran nombor telefon Bank Islam anda.
  4. Penukaran nombor telefon Bank Islam hanya boleh dilakukan pada ATM sahaja dan bukan secara online.
  5. Setelah tiba pada lokasi bank anda, anda perlu ke mesin ATM untuk memulakan proses penukaran nombor telefon anda.
  6. Masukkan kad ATM Bank Islam anda pada mesin ATM.
  7. Masukkan nombor pin anda pada ruangan yang disediakan.
  8. Pada menu anda, anda perlu mencari dan klik pada “Online Banking”.
  9. Kemudian pada ruangan yang disediakan, anda perlu memasukkan nombor telefon baru anda.
  10. Mesin ATM akan mengeluarkan resit dan anda perlu menyimpan resit yang dijana oleh ATM sebagai rujukan anda.
  11. Sekiranya pertukaran nombor telefon Bank Islam anda berjaya, pengaktifan nombor baharu anda akan diaktifkan secara serta-merta.

Langkah 2 (Melalui mesin ATM)

  1. Setelah nombor telefon anda berjaya ditukar dan diaktifkan, anda kini perlu melengkapkan langkah pendaftaran nombor telefon baru anda secara online pula.
  2. Pertama, anda harus membuka laman web rasmi Bank Islam.
  3. Log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
  4. Anda perlu mencari dan klik pada tetapan ataupun “Settings”.
  5. Pada paparan berikutnya klik pada “Maintenance Mobile Number”.
  6. Masukkan nombor telefon baru anda pada ruangan yang disediakan.
  7. Selesai proses penukaran nombor telefon baru anda.

Sekiranya nombor telefon anda gagal ditukarkan, anda perlu ke cawangan Bank Islam anda dan mohon bantuan daripada pegawai Bank Islam di bahagian customer service untuk proses mengemas kini nombor telefon baru anda.

Anda perlu membawa kad pengenalan dan buku simpanan anda untuk proses mengemas kini nombor telefon baru anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan penukaran nombor telefon Bank Islam anda. Kalau masih lagi belum ada akaun dengan bankislam.biz, sila baca cara daftar Bank Islam secara online.

Seperkara lagi, ika anda mempunyai akaun KWSP, jemput baca cara tukar no telefon KWSP juga.

Semoga bermanfaat.

11 thoughts on “Cara Tukar No Telefon Bank Islam (Update di Mesin ATM)”

  1. Tak jumpa pon option online bankin. Sbb sebelum ni tekan dekat lain2 n tekan kemaskini nombor telefon. Yg terbaru ni xde pulak. Option online bankin sy xjumpa carik la. Mohon pencerahan

    Reply
  2. Guys… Blog ni dah tak relevant. Kalau nak tukar TAC number Bank islam memang kena pergi kaunter. Takleh dekat website atau ATM. Saya baru je tukar Nov 2021 ni. Staff kat kaunter yang cakap. Memang leceh.

    Reply

Leave a Comment